Pages

Selasa, 28 Januari 2020

Makan Dan Santai di Tiara Sendayan ||Burger LAB

Dah dekat dua minggu berlalu, baru nk update dalam blog. Mcam biasa Matrix buat lagi jamuan makan-makan!! Kali ni diorang belanja makan burger kat area Tiara Sedayan.


Terpampang iklan ni dekat billboard di pintu masuk Sendayan Tech Valley.  Siap dapat message dan sms bagai dari MAtrix jemput datang. 

So macam biasa ler, confirm kami datang ahahaha!!. Dekat dah sangat kan. Makan free pulak. Untung orang Sendayan kan. Kami sampai dalam jam 11.30 pagi. Masa tu tak ramai pun orang.

Beratur ni sebab tunggu set burger siap, sekali masak dalam 30-40 set. Jadi kena tunggu turn kalau set tu habis sebab tengah masak lagi. 


Memang tak ramai, tak penuh pun tempat. Beratur pun tak panjang mana. Matrix belajar makan limau mandarin, yelah nak dekat Chinese New Year kan.. Nak bagi banyak ong maa!!

Register dulu, lepas tu dia bagi kupon untuk kita collect makanan yang disediakan. 

Wah, dia bagi nachos ahaha, yang segera dah ada. Tinggal tuang sos atas dia je kan. 

Kupon dia bagi, ayah dan anak tak sabar nak makan hehehe. 

Operasi membakar daging burger besar-besaran. 

Bersih dan tersusun, bagus Burger Lab buat kerja.Kalau ada sesiapa nak tempah untuk buat majlis atau party sesuai sangat guna khidmat Burger Lab ni hah. 

Website Burger LAb.. 


Sangat cekap dan profesional, diorang memang biasa buat untuk event besar-besaran.


 Ok dah dapat set tu siap air sekali. Buger ni kalau tak silap aku jenis 'Say Cheese" rasanya...


Harga dia kalau ikut website dia dalam RM15.00, wow!! 

Kalau beli tak kot, nasib baik free je hehehe.syukur Alhamdulilah, rezeki kan.. Unik sebab roti burger ni warna hitam, sebab tu Ilhan tak nak makan huhuhuhu

Bismillah!! Nyummmm!!

Muka happy makan burger mahal kan... 

Sangat sedap!! Very Juicy!!
Alhamdulilah. Kenyang sungguh makan ni. Terima kasih MAtrix  :)






Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...