Pages

Jumaat, 7 Februari 2020

Qaireen 11 tahun sudah

Happy birthday Qaireen, tahun ni dah masuk 11 tahun dah. Tahun 2020. Sekarang ni dah makin padat jadual kelas sebab dia ada peperiksaan UPKK. Jadi sudah ada kelas tambahan petang untuk persediaan UPKK tu.

Makan dulu sebelum masuk kelas petang- kelas tambahan untuk UPKK.

Tahun ni takde celebrate sangat pun, aku pun tak beli kek sebab Qaireen tak makan kek. Ingat lagi tahun lepas beli kek tapi dia makan sikit jer. Sudahnya kami jenuh nak habiskan huhuhu. Makan celebrate tahun ni kat PappaRich jer, makan kiew tiew goreng lagi puas hati. 

So bila dah meningkat umur ni, dia dah berubah jadi introvert pulak. Tak nak keluar dari rumah langsung. Masa harijadi dia tahun lepas aku belikan basikal kat dia, sebab Qaireen cakap basikal dia dulu dah kecil. Tapi lepas tu jadi tukun dah basikal baru, manalah dia nak tunggang sangat. Selalu juga aku bising, "Qaireen keluar ler pergi main ker, exercise ker bagi berpeluh sihat. Asyik terperap je duk rumah".... Dia tak nak, duduk rumah jer. Tengok tv tak pun baca buku isssssshhhh....

Tapi sebenarnya Qaireen ni macam aku juga. Aku pun jenis introvert masa sekolah rendah, mana pernah masuk apa2 pertandingan atau persatuan kelab. Duduk rumah jelah. Kalau ada pun masuk sukan itu pun masa awal tahun ada MSSD cikgu akan selit nama aku untuk pasukan lari berganti2 hahaha nak cukupkan forum ler tu. Kalau masa darjah 6, wakil pasukan bola jaring tak main pun. Jadi permainan simpanan jer duduk kat tepi padang hahaha.. 

Kalau ikutkan tiada isu pun kalau kita tak aktif, elok jer belajar. Tiada sekatan apa2 kalau kita tak aktif ker, tak de wakil sekolah ker, wakil daerah ker, wakil negeri ker.... Elok je belajar sampai habis hah!! Sampai masuk IPT takde masalah apa2 pun. Jadi apa ler yang ibu nak risaukan ye tak huhuhu!!!


Family mart bagi redeem ice cream free untuk birthday girl!!
Yummy!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...