Pages

Jumaat, 19 Jun 2020

Aktiviti Ilhan sepanjang PKP 2020

Start sahaja PKP (Perintah Kawalan Pengerakan) pada pertengahan bulan Mac 2020 maka tadika Ilhan Wafiq kena tutup lah, Buku2 semua dibawa balik. Jadi tiada persekolahan dijalankan sepanjang tempoh PKP sama seperti abang dan kakak dia.

Tapi hampir dua minggu kemudian, pembelajaran dimulakan secara online. Maksud aku cikgu dia akan hantar task mengunakan group whatassap kepada semua keluarga yang terlibat. Jadi parents pun dapat ler banyak task yang dihantar oleh cikgu2 tadika untuk disiapkan oleh Ilhan. Setiap hari dan setiap minggu kecuali hari Sabtu dan Ahad. Dah settle task kena ambil gambar dan vidoe sebagai bukti telah siap dibuat kepada teacher Ilhan.

Melukis beg sekolah, sebab printer takde aku kena lukis beg tu dan bagi Ilhan warnakan... huhuhu. 

Oklah, lebih kurang mcm beg yang cikgu dia bagi. 

Hari seterusnya, buat tempat letak pensil dan pen pulak. 


Wah wajah Ilhan, bangga ler tu dapat siapkan hahaha

Belajar mengenal saiz dan ukuran. Kalau mewarna dia lebih suka guna krayon dari pensil warna. Laju sikit hahaha... 

Belajar tulis pulak... 


Seterusnya belajar mengenal nombir. Tulis macam susah sikit sebab tak pandai nak pegang dan gerakkan pensil. Kekok lagi huhuhu. 



Hah task buat medal ni dibantu oleh kakak Qaireen, sebab ibu nak masak untuk berbukalah... 

Yeah, siap dah 



Task seterusnya... Buat penanda buku.. 

Alamak mcm lucu pulak bila lukis penanda buku dia ni huhuhu, gigi terjongang sikit. 

Belajar kenal huruf-huruf

Isi batu dalam cup kuih tu, pakai jela apa yang ada di rumah. 


Yang ni pulak buat skeleton guna cotton bud. 

Step by step. susah nak lekat.. 

Rambut skeleton ala Marilyn Moore ahahaha

Guna tab, sebab printer takde lagi masa ni. 



Yeas saya berjaya siapkan!!

Task buat kuih raya, tapi Ilhan buat kek batik jer. 

Seronok dia buat, tak bagi langsung aku kacau ishhhhh. 

Siap dah, abis sudip dijilatnya... 


belajar mengenal makanan sunnah dan halal..

Sains topik mengenal bahagian tumbuh-tumbuhan. 

Keperluan asas tumbuh-tumbuhan. 

Belajar masak pasta. 

Kenal nombor. 



Belajar bersedekah. Mengenal fakir dan asnaf. 


Belajar buat french fries. 

Nasib baek kertas, kalau tak dah lama telan makan ni!!


Task kena buat roti telur. 

Siap dah tapi tak makan pun, Ilhan tak nak. Tak kena dengan selera dia. 

Belajar tanam pokok pulak. Nak tanam pokok kacang takde biji kacang. 

Last2 guna bawang jer lah ahahaha!!


Tolong ayah tanam bayam brazil.. 


So banyaklah aktiviti tadika Ilhan kena buat dan siapkan, ni aku letak dlaam blog mana yang sempat aku ambil dan simpan. Jadi memang dia takde duduk sepanjang 3 bulan tanpa belajar apa2. 

Aku ler kena usaha cari masa untuk teman dia dan ajar guide buat. Tapi bila dah start kerja ni macam susah juga nak cari masa lapang untuk siapkan kerja sekolah tadika Ilhan. Kena bersabar jelah masa nak ajar sebab ikut mood kanak2 lima tahunkan. 


2 ulasan:

  1. bagusnya.. jadinya dia belajar macam2 hari2

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, kena teman layan dia. Dah kerja takde masa nk buat. Nasib baik tadika dah beroperasi hari ni

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...