Pages

Khamis, 4 Jun 2020

Selamat Hari Raya 2020 || 1443 Hijrah

Dua minggu dah raya berlalu... Baru  aku nak update hehehe.

Citer tiga hari sebelum Hari Raya, maka kita ke pasar besar Seremban untuk cari barang2 nak masak di hari raya. Pagi pukul jam 8.00 dah sampai dah kat pasar ni. Tapi semua laluan masuk kena tutup. Macam kena kepung tak bagi keluar masuk. Hanya satu jalan masuk je kat depan. Biasalah NEW NORM, kena beratur, kena check suhu dan tulis nama sebelum masuk. Tak boleh bersesak2 dalam tu.


Kat luar ni ada lah juga orang open table jual sayur2 kampung. 
Tapi jam 11.00 pagi dah kemas, kosong. Sebab pukul 12.00 tengahari dah kena tutup.

Tapi hari tu pihak pengurusan bagi lanjut sampai jam 2.00 petang. Yelah nak raya kan, kelam kabut orang nak beli barang2 nanti. 


Apalagi beratur jela. 
Adalah dalam 100 orang kat luar ni. 

Tapi kan kesian juga, 
sebab ada warga emas kena beratur. Macam tak ada laluan fast track utk diorang.

Penat wooo!! Dekat 30 minit berdiri nak masuk dalam pasar. Pihak pasar bagi lepas kalau umur dah 70 tahun ke atas je. Balik rumah kaki aku jadi kejang sebab lama berdiri, cuba bayangkan kalau warga emas. Lagi kesian...

Kat rumah, anak2 ditugaskan bersihkan rumah dan isi kuih dalam balang. 

Jom merendang.
Petang sebelum raya, aku masak rendang daging. 

Buat dalam 1 setengah kilo jer. Untuk makan anak beranak. Confirm memang takde orang akan beraya, sebab PKPB tak dibenarkan aktiviti ziarah menziarah ni.

Rebus nasi himpit. 30 peket kecik je. 

Pagi raya, makan lontong dulu. 
Lemang tu tempah kat member opis di kg Felda Sendayan. Ambil 4 batang, cukup makan anak beranak. 

Lepas solat raya, minta maaf dengan ayah dan ibu... Salam tu ada makna ler tu hahaha

Lepas bersalaman minta maaf, kita ambil gambar raya ye. 

SELAMAT HARI RAYA 2020
RAYA PKPB namanya kan... 

Selamat hari raya, anak2 ibu ayah
Umar, Ilhan dan Qaireen. 

Kawan main dan gaduh diorang berdua ni.
Sejak PKP start makin menjadi2 perang.
Bosan ler tu duduk rumah.

Macam tak ikhlas jer mintak maap hahaha!!

Ni memang nampak ikhlas kan!!


Yeahh, beraya sesama sendiri jer.. 

Kita geng, adik and kakak katanya hahaha. 
Perasan ibu ni hohoho. 

Husband sibuk tunjuk buah mempelam dah ada. Lama tak buah, 
sebab PKP jaga elok baja baru buah balik kan!!

Lepas tu buat video call dengan opah kat Taiping. Lepas tu VC dengan atok dan wan kat Johor. Opah tak buat lemang raya ni, takde mood sebab anak2 cucu tak balik beraya kampung huhuhu. 

Lepas makan..
makan...
sambung makan....

dah raya nama kan, makan jelah 

Alhamdulilah...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
kepada semua pembaca blog ini. 





Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...