Pages

Isnin, 29 Jun 2020

Selamat Tinggal Sofa Lama

Sofa ni dah lama aku beli masa posting ke Sarawak. Beli kat kedai perabot di bandar Kuching, tahun 2009. Anak sulung pun belum lahir lagi.

Diorang masih kecik suka jumping2 atas sofa ni bila dengar lagu kat channel cartoon. 

Tahun 2014, kami tukar slip cover dan sarung kusyen dia. Sebab nak bagi elok balik maklumlah kena lenjan je bebudak2 sampai reput koyak sarung kusyen dia. Yang ni ada aku share dalam blog aku ni.


Tahun ni, 2020 aku rasa sampai masanya kami tukar sofa baru. Actually sofa ni dah nak bolos dah huhuhu sebab asyik kena lenjan dengan anak2 ni termasuklah paling kecik Ilhan Wafiq. Dia suka buat kusyen sebagai rumah kecil dia. Buat macam pondok dan menyorok dalam tu. Aku banyak kali kemaskan lepas tu tegah "jangan sepahkan kusyen ni... "  "alaaaa Ilhan nak buat rumah ni..." Haha Ilhan kan dah duduk dalam rumah ni, buat apa nak buat rumah lagi hehehe.

So aku contact kedai jual perabot terpakai Senawang. Bagi gambar sofa, dia cakap dia nak beli. Nak amik besoknya. Alamak minggu tu pulak kebetulan aku jemput kawan2 opis datang makan kat rumah, tak kan diorang nak duduk bersila pulak datang rumah ni. Jadi aku deal datang ambil hari Ahad lah.

Hari ahad lori dah datang, Ilhan pelik lori ni buat apa kat depan rumah. Aku bagitau kerusi sofa ni dah nak jual. Sebab nak beli sofa baru. 

Staf kedai perabot tu datang angkat sofa2 tu masuk dalam lori .

Susun bagi kemas. Sebab dia nak masukkan lagi perabot lain daripada taman lain. 

Masa ni Ilhan macam terpinga2 kenapa orang tu angkat sofa rumah kita?? 

Dari mula2 dia excited tetiba dia mcam termenung tengok sofa tu kena angkut susun dalam lori. 

TErmenung perhatikan orang tu susun sofa dalam kerusi. Aku pun sebak juga tengok Ilhan macam sedih je sebab kerusi dia main selalu dah takde. 



Siap duduk cangkung lagi panas2 tengok sofa dia kena angkut susun dalam lori. 
Hanya dia, yang abang dan kakak dia tak kisah apa2 pun. 

Lepas sandar termenung tengok lori tu lagi..

Aku just panggil dia, peluk pujuk dia cakap kerusi tu dah ada orang punya. Nanti kita dapat kerusi baru ye... Kesian pulak tengok dia sayu macam tu huhuhu. T_T


Selamat tinggal sofa lama kami. 
Banyak kenangan anda pada keluarga kami. Anak2 membesar dengan sofa ni. 
Terima kasih banyak2. 




Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...