Pages

Isnin, 24 Ogos 2020

Belajar Technical Analysis dengan Remisier kami

Gara2 MCO tempoh hari aku tercebur diri masuk dalam pelaburan saham. Sebenarnya bukak akaun CDC ni dah buat tahun lepas. Tapi dekat setahun, tak buat apa2 pun sebab sibuk kerja kan. Nak beli dan jual stok pun tak reti.  Tapi disebabkan tempoh PKP yang panjang tu yang boleh main saham untuk isi masa lapang kan ....

Dah mula melabur stock /saham dalam market jadi kenalah tahu juga serba sedikit ilmu analysis dalam pelaburan saham ni. Tak kan main hentam jer nak beli sebarangan. 

Jadi remisier2 Maybank Investment ni bergabung membuat satu kelas technical analysis sehari (pagi hingga petang) kat Seremban. 

Belajar mengenal smart money, bila jerung masuk dalam sesuatu kaunter.
Yang ni remisier aku, Pn Nora.

Fasa- fasa dalam support dan resistance. 

Cara nak setup indicators dan teknik screener yang paling baik dan mudah. 

Screener yang paling baik adalah bacaan volume. 

Penceramah kedua ialah dari Tuan Zaid. 

Dan penceramah ketiga adalah Pn Farah. 

Dua kali juga aku datang nak hadam ilmu2 dari sifu2 ni. 
Itu pun aku nak bagitau bukan mudah. 
Kena banyak belajar. 
Banyak membaca.
Cari pengalaman. 

Tapi adat melabur. Tuan Zaidi bagitau. Untung itu InshaAllah dapat, rugi itu pasti. Hahaha. 
Dah nama melabur kan. Mana ada untung jer memanjanggggg. 

Terima kasih atas perkongsian semua sifu2 ini. 




Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...