Pages

Isnin, 24 Ogos 2020

Beli kitchen island di IKEA

Sebenarnya dapur memang ada table top tapi macam tak cukup ruang jer bila nak memasak. Macam tak work station sebab kat table top ler nak letak blender, rice cooker lepas tu kat situ juga nak memotong-motong, kerja nak siang ke kupas ke memang jadi sempit. Tak de ruang nak buat tu semua tu. 

Tu pasal ler tergerak nak beli tambah kitchen island letak kat dalam wet kitchen. Kena ada juga lebih2 lagi bila masak banyak huhu masa orang datang time raya wei. 

Jadi ambil cuti sehari dan bergegas pergi ke IKEA Cheras. Harap2 jumpa dan terus beli. Dah usha2 dalam website dia sebelum ni. 

Yang ni outdoor, untuk buat BBQ boleh. 
Eh fokus2 cari yang sepatutnya hehe. 


Akhirnya jumpa dah kitchen island, saiz ni paling ok. Dan material dia tahan lasak. Ada lagi mahal! Harga dekat RM2000 huhuhu.



Tempat penyidai memang menarik, tapi harga dia memang tak menarik langsung. Macam ni jer dekat RM200!! Baik beli kayu kat kedai hardware buat sendiri jer kan... 

Selesai beli barang pergi ke MyTown sebelah Ikea tu. Perkenakan laksa dan cendol. Sedapnya. Kami memang tak lalu nak makan meatball IKEA huhuhu. 


Rasa tamak mula menguasai nampaknya, semua benda nak dimkaan dan ditelan ahahaha!!



Lepas makan dan solat cepat2 kami gerak balik ke Seremban. Kereta Avanza memang betul2 muat isi semua barang2 dalam tu. Dengan syarat tiada penumpang. 


Besok balik dari kerja, husband start pasang. Huhu berpeluh2 nak siapkan. Dah harga mahal kena pasang sendiri pulak tu. Kedai perabot kalau beli dah siap pasang dan boleh pakai dah - kata dia 
He he he.. !! Kesian pun iye. 

Kasi center dan seimbang ye.

Ok balance!! :)


Ok dah siap. Si Umar pun sibuk nak interframe masa ibu dia amik gambar dah siap.. 

Oklah, muat2 ada ruang juga lah nak ke sana sini.. 
Ok dah boleh potong2 kat atas tu... yeah!!


 



Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...