Pages

Jumaat, 25 September 2020

AGM ke-6 Persatuan Penduduk Tritonix.

     Dah dekat dua bulan AGM berlalu baru nak update dekat blog ni kui kui kui... Ni AGM ke - 6 dalam taman aku ni, so malam tu secara rasmi husband dah serah jawatan dia sebagai timbalan pengerusi kepada ahli penduduk lain yang telah diundi.. Kebetulan malam tu mak ayah dan Helmy masih ada di rumah kami jadi kami ajak diorang join makan2 dekat court basketball dan playground taman ni. 

Ada kambing bakar dan nasi beriyani ditempah khas oleh AJK2 persatuan taman untuk dijamu oleh penduduk yang hadir. Sayang tak ramai yang datang mungkin ada alasan2 mereka. Jadi makanan memang terlebih, maka jam 10.00 malam husband ajak semua yang ada keluar makan. Sebab masa ni tengah PKPP lagi, jadi kena ikut prosedur SOP, mungkin tu yang tak ramai yang nak hadir. 

Ayah dan AJK2 selesai makan dan sembang2 

Notis banner ni dah dinaikkan sebulan awal untuk makluman penduduk2 taman supaya dapat luangkan masa utuk hadir majlis AGM ni. 

Nasi beriyani masih banyak lagi, lauk pauk semua. Aku dah kenyang sebab dah masak dan makan malam kat rumah tadi. Mak ayah, anak2 dan Helmy pun dah kenyang. Cuma nak jamah2 jer makan. 
Anak2 dah lari main kat taman, tak ingat nak makan sebab dah kenyang pun.. 

Kambing pun dah selesai bakar, masih ada banyak lagi daging bakar tu. Lepas tu pulak ayam KFC ditempah berkotak2 untuk diberikan kepada wakil setiap isi rumah yang hadir. 

Helmy pun pilih makan daging kambing bakar. 

Nak makan nasi beriyani pun perut dah kenyang dah. 

mak tgh menjamu selera makan kambing bakar. 


Alhamdulilah, kenyang sungguh malam ni. 


Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...