Pages

Jumaat, 18 September 2020

Anak2 ibu makan apa ye??

Selalu balik kerja aku akan terus masak. Jarang2 kami makan luar kalau anak sekolah dan kita bekerja. Makan luar ni masa hujung minggu jer sebab nak rehat sambil2 berjalan2 kat luar. Itu pun kena banyak berhati2 sebab SOP masa PKPP ni masih berjalan. Makan pun nak fikir juga sebab kadang2 anak2 ni cerewet tu tak makan, ini tak makan. Kalau pergi makan kedai jer selalu lama2 jadi boring juga. 

Malam ni masak nasi ayam ye. Nampak banyak benda yang dimasak tapi sebenarnya aku amik masa dalam 1 jam 30 minit jer. Cara dia guna pressure cooker, microwave dan oven serentak kui kui kui!!

  1. Rebus ayam dgn halia dalam pressure cooker dalam 20 minit, lepas tu toskan ayam tu. Lumurkan kicap manis, masin, tiram, madu dan minyak bijan. Bakar dalam oven 20 minit.
  2. Air rebusan ayam tu pulak amik sedikit untuk buat sup, campur sos cili dan kuah kicap dia. 
  3. Kemudian masukkan beras basmati dalam pressure cooker bersama air rebusan tu, tabur garam secukup rasa (nak letak kiub ayam pun boleh tambah perisa) lepas tu masak steam dalam 7 minit sahaja, siap. 
  4. Sayur dan tauhu lembut aku steam pakai microwave, masak sos tiram campur bawang putih dan cili, siap terus curahkan atas sayur dan tauhu tu. 

Masak banyak sebab nak bawak bekal ke tempat kerja. Tengahari kami memang makan kat dalam jer, malas nak makan kat luar. 


Picnic kat dalam bengkel ibu jer haha. Jimat dan selamat untuk dimakan. 





Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...