Pages

Selasa, 8 September 2020

Jejalan di KLCC time PKPP

Selepas kenduri doa selamat rumah abang aku, aku sekeluarga tidur semalam kat rumah dia. Besok pagi sebab dah alang2 dekat dalam KL, Ilhan semangat nak ajak jalan-jalan kat KL. Disebabkan Ilhan terlalu suka dengan KLCC bila tengok dalam TV maka kitorang pergi ler ke KLCC. Sebab masa ni masih lagi Perintah Kawalan  Pengerakan Pemulihan(PKPP) jadi kena jaga SOP. 

Last jejalan KLCC tahun 2016. 

Masa masuk dalam KLCC Ilhan tak teruja sangat. Dia pun tak tau dia dalam KLCC hehehe.
Bila keuar aje, aku cakap"Ilhan cuba tengok belakang Ilhan.."
Dia toleh terus terpegun, hahaha ada KLCC tersergam depan mata dia. 


Qaireen dan Umar tak heran dah. Diorang dah ke sini pun beberapa tahun lepas. 



Ibu dan ayah pun nak amik gambar juga kat sini 


Ada pokok2 besar di tengah2 taman KLCC. 

En Somi macam nak masuk ke dalam tu ker?? Ahaha

Lepas jejalan kat luar sekitar taman tu, baru kitaorang masuk balik dalam Suria KLCC. Hajat seterusnya ialah ke Kinokuya Book Store. Qaireen dan Umar asyik cari buku diorang kat MPH dan Popular tapi takde pun. Buku tu buku oversea, jadi maybe kat sini ada stok dia. Macam2 lah budak ni baca buku game ajer. 

Sementara ayah temankan Qaireen dan Umar cari buku diorang, aku temankan Ilhan tengok buku kat area lain. Besar betul Kinokuya ni, jadi tak mustahil diorang akan jumpa buku2 tu. 

Lepas aku pun join juga mencari, dari satu rak ke rak lain. Jumpa buku yang lebih kurang tapi diorang nak juga buku2 tu. So cari lagi. Cari... Cari...
Ni ha tajuk buku dia. Qaireen siap google sebelum cari dalam PC Kinokuya ni hah. Rak dia tak tau kat area mana. Tengah mencari lagi. 



Cari... cari.... Mana ler buku tu sembunyi. Akhirnya jumpa. Dia punya seronok hahaha
Ibu yang semput, harga buku RM80++ aiyoooo!!
Buku import punya pasal.... 

Ilhan macam tertarik dengan buku ni. Pasal pemprosesan dan recycle sampah. 
Mcm ibu dia selalu asingkan sampah kalau kat rumah. 
Belikan jugalah, sebab buku dia so interactive!!

Lepas dah bayar harga buku2 tu semua, kita pun cari ler kedai makan pulak. Nak isi perut dulu sebelum balik Seremban. Cari2 restaurant macam tak kena selera jer hahaha. Cuba juga nak cari mee tarik, akhirnya jumpa kat food court. 

Sedap mee tarik dia. Nyummm.

Anak3 makan western. makanan ni sesuai sangat dengan tekak diorang kalau kat luar. dan confirm akan abis. 


Ilhan mmg suka mee putih-  cabonara spaghetti. 



Oo aku siap beli mask extender ni kat konikuya sebagai kenang-kenangan. Beli ni confirm aku akan simpan dan jaga elok sebab harga dia hahaha!! dan sangat menarik kat mata aku. 








1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...