Pages

Selasa, 21 September 2021

Jalan-jalan di PD Forest @ Sungai Menyala

Hari Ahad 19 September 2021, hari last day cuti sekolah. 

Memandangkan Negeri Sembilan dah masuk fasa 3 Pelan Pemulihan Negara jadi aktiviti riadah boleh dijalankan. 

Hanya dalam negeri sahaja.

Dah lama berkurung di rumah, jadi kami pergi ke PD Forest di Sungai Menyala, Port Dickson. 

Pilihan bijak, sebab tidak ramai orang berbanding kawasan pantai agak padat orang datang berkunjung di Port Dickson. 


Jam 10.00 pagi, kita daftar dulu dan bayar RM5.00 seorang di pejabat. 




Deretan kereta kepunyaan team basikal. 
Ada trek basikal di sini, dan basikal boleh disewa atau bawa sendiri. 



Jom kita jalan. Jarak trek ini ke ladang tongkat ali sejauh 4 km. 




Bunyi reriang, memang terasa sejuk dan segar berjalan di sini. 
Cuaca redup. 



Trek untuk denai ke pokok jelutong yang berlubang dan pokok terbesar di Nismilan, sayang kedua-dua  dah tumbang tahun lepas. 


Kami tak ikut jalan denai sebab pakaian tak sesuai hari tu. 
Hanya nak jalan santai-santai. InshaAllah akan datang lagi dan ikut trek denai ni ke dalam hutan. 
Kena berhati-hati sebab banyak pacat. 
Lucu teringat balik Ilhan main-main dengan pacat kat tangan dia. 





Ladang tongkat ali.



Tongkat ali. 



Ke hadapan ada danau dan kebun-kebun lain serta penempatan orang asli. 
Kalau ada basikal memang terasa 'adventure'! 



Kawanan semut sedang berpindah tempat. 




Budak yang sangat suka dengan serangga :)



Rabu, 15 September 2021

Dah mula bekerja di pejabat

Tiga bulan duduk bekerja di rumah tahun ni. BDR sepenuhnya.

Dari bulan Jun sehingga Ogos 2021.

Dan bulan September ini dah keluar surat arahan mula kerja masuk pejabat.

Dah staf cukup dua dos vaksin. 


Bilik pejabat aku yang 'comel', dah tiga bulan tak jenguk masuk. Komputer sangat lembab sebab lama tidak 'log in'. 

Totally work from home sungguh.


Masih kedengaran lagu sunyi dan sepi. 

Tiada seorang pelajar pun yang lalu lalang. . . 

Makmal yang tidak beroperasi sekian lama. . .


Selepas Oktober ini, pelajar-pelajar yang lengkap dua dos boleh hadir ke kampus dan pembelajaran akan dijalankan secara hybrid. 

Semoga kita semua dilindungi daripada ancaman wabak covid-19. Amin . . . 


Kemaskan Rumah Sewa di Cyberjaya

Bulan ni rumah di Cyberjaya telah dikosongkan sepenuhnya oleh penyewa-penyewa bilik. 

Lama penyewa bilik #1 tinggal di sini, dua tahun lebih. Apakan daya rezeki beliau kerja di sini setakat di situ sebab kontrak tidak diperbaharui lagi.

Sama juga penyewa bilik #3. Terpaksa balik kampung di Sabah sebab jabatan dikecilkan dan unit beliau terpaksa ditutup. Cuba cari kerja lain tetapi tiada rezeki di sini.

Zaman pandemik Covid-19 menyebabkan banyak syarikat ambil langkah 'downsize' dan buang pekerja.


Jadi minggu ni aku pergi balai polis dan mohon kebenaran rentas negeri.

Perbaiki dan kemaskan apa yang patut. 

Masalah utama kalau bangunan 'high rise' ini adalah kebocoran dari level atas. 


Kesannya adalah penghuni di level bawah. 


Paip dah patut ditukar, penyewa dah minta nombor 'plumber' tapi nampaknya tak tukar juga. 


Saja tampal wall paper bagi elak dinidng jadi basah dan kotor. 

Hujung minggu kena datang sekali lagi untuk perbaiki segala kerosakkan. Tukar paip dan cuci aircond semua bilik. Penyewa baru dah masuk dan aku kena selesaikan sebelum diorang komplen.

Asam garam tuan rumah. 

Tinggal 2 bilik untuk dipenuhkan. 










Selasa, 7 September 2021

Pokok mangga madu buahnya lebat . . .

 Pokok mempelam madu ni ditanam tahun 2014.

Beli di Pasar Tani Batu 4, Port Dickson.

Sekali beli pokok pinang ekor tupai yang aku kongsi dalam blog sebelum ni.

Anak-anak suka makan manggo a.k.a mangga.

Jadi kita tanamlah konon-konon harapan pokok berbuah lebat tak payah beli buah kat pasar nanti.


November 2014: Baru dua bulan  pindah masuk rumah baru. 


Sebelum ni pernah berbuah tapi tak selebat mungkin pokok masih kecil lagi.

Tahun ni pokok berbuah lebat. Menjadi-jadi.

Mungkin sebab musim PKP. 

Tuan rumah ada banyak masa nak belek-belek pokok di laman rumah kot ahahaha.

Luar pagar rumah, buah-buah bergayutan. . . 

Satu tangkai ada lebih dari 3 biji buah, dahan jadi melentur turun ke bawah.

Yang ni satu dahan ada beberapa tangkai buah yang lebat.

Mempelam madu, buah dia memang tidak besar. 
Kecil comel tapi manis dan wangi baunya. 




Alhamdulilah syukur. 


Isnin, 30 Ogos 2021

PdPR budak 6 tahun

Umur 6 tahun, Ilhan Wafiq kerjanya hanya bermain. . . 

Jika disuruh buka buku siapkan kerja PdPR, lantas lari menyorokkan diri.

Atau mengeluh sebab mengantuk atau penat.

Tapi bila bermain tetap kekal cergas bersahaja. . . .

Anak.. anak.. 





 

Pokok 3 beradik

Pokok pinang ekor tupai, kadang-kadang orang panggil ekor musang. 

Beli kat pasar tani di Batu 4, Port Dickson tahun 2014. 

Kiranya kami tanam pokok ni masa mula-mula masuk rumah baru. 

Kisah tanamnya ada kat blog ini. 

Ada 3 pokok, simbolik ada 3 anak dalam rumah ni. Seorang sepokok ya hahaha. . . 



Gambar tahun 2015. Pokok pinang masih kecil baru ditanam masa ni. 



Sekarang. . . .

Tanam pinang rapat-rapat. . . 

Kejadian semalam, Ilhan takik batang pinang ni huhu. 
Dia bilang tak suka, biar ada dua pokok je hahaha
Kasihan batang pokok calar balar.

 

Khamis, 19 Ogos 2021

Persiapan Validasi Encik Suami

Lambat seminggu update.

Validasi husband dah selesai pada hari Rabu 4 Ogos 2021.

Persiapan dah lama, tapi asyik bertangguh kerana pandemik Covid - 19 (kena lockdown, PKP dan sebagainya).

Alhamdulilah dah selesai akhirnya. . . 


Jadi berminggu-minggu, sambil BDR kena siapkan fail dan temuduga secara dalam talian. 
Jadi banyak dokumen perlu kena scan.


Fail dah siap, masukkan siap2 dalam beg. 
Mudah nak bawa. 


Ada dalam 10 fail dan dokumen perlu dibawa ke bilik validasi. 


Alhamdullilah selesai pada jam 12 lebih tengahari. 
Dalam sejam tempoh validasi dengan dua pegawai panel. 
Dah boleh tidur lena. . . .


اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

 “Ya ALLAH, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…” 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selasa, 3 Ogos 2021

Lengkap dua dos vaksin

 Alhamdulillah.

Hari ni lengkap vaksin dos kedua aku.

Temujanji jam 2.00 petang di USIM.

Tarikh 3 Ogos 2021.



Alhamdulilah. . Alhamdulillah . . 

Semoga kita sentiasa sihat dan sejahtera selalu. 



Ahad, 1 Ogos 2021

Selamat ulang tahun menjadi penjawat awam

Hari ni genap 19 tahun jadi penjawat awam. 

Tarikh keramat ni aku lapor diri di Politeknik Seberang Prai sebagai staf Politeknik Kulim.

Memandangkan Politeknik Kulim belum siap jadi kita menumpang jela kat sini dulu. 

Surat ni sesat. . . 

Aku dapat surat lapor diri dua sebelum tu. Puncanya surat ni alamat dia salah. Bila masa pulak aku menetap di Kluang huhuhu.

Mujur jiran aku, Pakcik Nordin kerja sebagai posmen. Dia yang datang rumah bagi surat kat ayah aku. 

Dua hari kelam kabut siapkan barang dan beg. Aku cuma bawa baju empat, lima pasang sahaja.  

Ak tak berani tangguhkan tarikh lapor diri, sebab takut surat saman sampai. Jangan main-main dengan KPM. Kalau sambung ijazah tanpa kebenaran memang akan disaman oleh KPM. 

Sehari sebelum tu, sempat beli sepasang kasut, seutas beg tangan dan sebatang gincu serta bedak muka. Aku memang tak ada benda-benda ni semua. 

Lapor diri dan terima surat ini.

Gaji permulaan adalah RM897.00 sebulan. Itupun akan diterima setelah tiga bulan bekerja. 

Tiga bulan tiada gaji, mujur aku buat skim sangkutan sebelum lapor diri. 

Emak pun ada berikan duit poket dalam RM300 sampailah gaji masuk. . . 

Zaman kerja ni adalah zaman ikat perut. Gaji kecil tapi cukup.

Jalan kaki sama2 dengan student dari rumah sewa ke politeknik.

Naik bas balik kampung atau ke bandar Bukit Mertajam atau ke Pulau Pinang. 

Duit cukup bagi emak, ayah. Simpan sedikit dalam ASB. Cukup buat belanja.

Makan pun banyak memasak sendiri. Lebih separuh gaji disimpan. Sebab nak guna untuk sambung ijazah setelah tiga tahun berkhidmat. Tak perlu berhutang. 

Surat tawaran sambung belajar. 

Cukup 3 tahun, sah jawatan aku pun mohon penempatan belajar beberapa universiti.

Sangkut kat UTHM, sayang betul UTHM pada aku. Lagipun dekat kat kampung halaman sendiri. 

Jimat kan  . . .  

Kenapa aku susah payah menyimpan separuh gaji? Sebab ketika cuti belajar - gaji aku akan jadi separuh sahaja. Nama pun cuti belajar separuh gaji. 

Habis cuti belajar, surat arahan lapor diri diterima. Politeknik seterusnya adalah Politeknik Kuching. 

Dari Utara bertukar ke Borneo pula. 


Selamat tinggal Utara. 
Selamat datang Borneo. 



Ini slip gaji aku Ogos 2008. 

Slip gaji ini aku terima sekali dengan surat lapor diri ke Politeknik Kuching dari Politeknik lama aku. 

19 tahun sudah, alhamdulillah. 

Rezeki Allah bagi sentiasa murah. walaupun adakalanya perjalanan kadang2 sukar dan lambat tapi perancangan Allah itu ada hikmahnya. 

Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. 













Susun dan organisasi kabinet dapur.

 Sebab dah lama sangat "lockdown" dan duduk rumah, jadi datang pulak rajin nak susun dan kemas barang dalam kabinet dapur.

Aku pernah kongsi pasal kabinet dapur dalam blog ni. 

Sebab entri tu banyak dapat view dan komen dari pembaca.

Kebanyakkan tanya pasal kos dan company yang buat kabinet dapur tu. 

http://www.hasnyjalil.com/search?q=kabinet+dapur

Dan kali ni aku susun je, bagi lebih kemas. Dan buat label.

Label pun tak payah beli yang cantik dan lawa, janji ada label. 

Tulis apa kandungan yang ada dalam bekas tu.

Jadi senang nak pantau, bekas2 yang ada bahan yang lama kau tak usik-usik hahaha!!


Pakai bekas tupperware sahaja, dah mencukupi. 

Ini dalam kabinet dapur basah. 

Ada para 3 tingkat, tapi atas sekali kosng setelah penyusunan dan penyisihan dibuat. 


Ruang ini sahaja untuk storage bahan masakan dan rempah. 

Tak mahu pakai ruang banyak2. Akan rasa semak nanti 😞😞


Label pun aku pakai masking tape, tulis dengan pen sahaja. 

Tak adalah nak print dan tampal sticker cantik2.

Yang penting masih boleh baca. 

Tapi terpulanglah citarasa masing-masing sebab mungkin orang suka benda yang cantik. 

Makanan kering. 


Yang bawah ni pula untuk kabinet dapur kering.





Bila kemas-kemas, barang tak banyak pula.

Cuma ada gula, milo, nescafe, teh dan sedikit makanan kering. 

Lega juga, nasib masa sebelum pindah tak nak buat kabinet full height. 

Memang kosong tak tahu nak isi barang apa. 

Ruang di bahagian kiri. 
Sticker tak menarik pun tapi janji BOLEH BACA.

Ni ruang belah kanan, 
yang atas tiada barang makanan kecuali storage untuk bekas Tupperware kosong. 
. . . . . 
(dulu aku jadi ejen tupperware kat opis kui kui kui). 

Ni kabinet dalam island. 

Aku rasa sebab ada banyak ruang kabinet tu pasal barang nampak tak banyak kot. 

Lepas ni kena kemas sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Semak barang mana dah habis dan tamat tempoh. 

Sebab tu aku tak suka simpan stok atau beli banyak2. Sekadar perlu sahaja. Kalau barang habis nanti baru beli. 

Bukan susah pun nak keluar beli. Start enjin kereta, pergi pasaraya, jaga SOP dan beli barang yang PERLU sahaja. 

Ingat, YANG PERLU sahaja.😁😁😁

Sekian. . . 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...