Pages

Khamis, 3 Jun 2021

Lepak di Perpustakaan Negeri Sembilan, Seremban 2

Ni kisah masa bulan April 2021, aku jer lambat update. Sebab dah kena lock down minggu ni kena lah isi masa lapang update blog yang dah bersawang ni. Jadi jangan kecam aku pulak hahaha!!

Perpustakaan Negeri Sembilan ni baru je buka di Seremban 2. Terletak di bangunan PKNS, berdekatan dengan AEON Mall S2. Kira satu bangunan dengan SAINS lah. Dulu kedai2 je dalam ni tapi sunyi jer, takde orang sangat datang sini. KIra kerajaan negeri tukarkan jadi perpustakaan. Memang cantik dan kemas. 



Buku - buku termasuk novel korang suka baca mesti ada dalam ni. Jadilah ahli boleh baca free... 

Buku kanak-kanak pun banyak. Macam2 ada. 

Ilhan baru lepas dapat hadiah sebab ambil bahagian dalam pertandingan mewarna di library ni. 

Time ni belum lock down lagi, jadi ramai bebudak datang untuk ambil bahagian mewarna. 

Tunggu urusetia umum pemenang dan bagi hadiah pada peserta cilik. 

Yang budak dua ni tak minat nak mewarna-warna, jadi belek2 buku yang diorang minat nak baca jer. 



Sebenarnya aku amik peluang time ni suruh Ilhan siapkan kerja rumah dia. 
Bagus buat kat sini sebab suasana dia lain. Budak ni semangat sikit nak siapkan. 

Letih woo nak pujuk dia siapkan kerja rumah huhuhu.

Tengah semangat laju sikit dia tulis. 

Hujung minggu ibu memang off kerja dapur ler,
kita makan kat kopitiam jer. 


Sekian....

1 ulasan:

  1. Teruja bila nampak novel tulisan saya (BAYANGAN GURAUAN) terselit dalam gambar blog Sis Hasny... Terima kasih Perpustakaan Negeri Sembilan sudi letakkan BG di library anda... ^_^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...