Pages

Jumaat, 2 Julai 2021

Buat kuih abok-abok

Duduk di rumah taman, memang tiada niat pun nak tanam pokok pisang belakang rumah 😂😂 

Bila teringin nak buat kuih abok-abok, kena cari daun pisang lah jawabnya. 

Mujurlah kat Seremban 2, sekitar Garden Avenue ada jual daun ni, sepasang warga emas jual hasil-hasil kampung. 

Seikat ni harga dia RM2.00.

Memang banyak dia bagi. Aku pakai sikit jer. 
nampak gaya kena masak menu lain yang guna daun pisang lagi ni. 😋😋


Kuih abok-abok dah siap untuk dikukus. 

Kuih abok-abok ni ringkas sahaja bahan untuk buat kuihnya. . . 
Biji sagu, kelapa parut, garam dan gula melaka. 

Nak tengok tutorial dia, boleh klik pada link ini. https://fb.watch/6uULJS6mhT/


Hasilnya setelah dikukus selama 40 minit. 😄😄
Nyaman. . . 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...