Pages

Rabu, 27 Oktober 2021

Balik kampung di Johor

Dah balik kampung utara, kini giliran kita balik ke kampung di selatan pulak. 

Jadi minggu lepas, kami balik ke Batu Pahat. Kalau di Batu Pahat, faham-faham jela apa yang akan dicari bila datang sini. Nasi Beriani ler!!!


Makan di Restaurant Nasi Beriani Power di Taman Soga Batu Pahat. 

Nasi Beriani Gam kambing. 



Masa datang ni baru pukul 10 lebih nak dekat pukul 11.00 pagi. Kedai maklumkan mereka tinggal tiga set sahaja nasi beriyani gam kambing. Yang jenis ayam dan daging, ada tapi tak banyak. . . Aku tengok kat belakang kedai, berderet bungkusan yang akan diambil oleh pelanggan yang tempah awal pagi ni.  

Ayah aku pesan dah semalam, nak makan datang awal sebelum pukul 11 pagi. Kat mana2 kedai beriani area BP ni akan habis sebelum tengahari sebab manusia tengah mengelupur nak makan gara-gara boleh rentas negeri sekarang ahahaha!!! 

Memang betul kata ayah aku tu hehehe. 

Bismillah. . . Rezeki, Alhamdulillah. 

Lepas petang pulak, makan roti nan garlic dengan kambing cincang. Ilhan nak makan bubur. Selalu makan kat Kedai Syuib dekat Klinik Pergigian BP tapi tutup pulak.  Jadi makan kat Restaurant Nikmat di jalan Syahbandar sahaja. 

Roti nan garlic dan kuah kambing cincang 

Bubur nasi favorite Ilhan, tapi tak boleh lawan dengan Kedai Syuib (tutup pulak hari tu) 

Petang tu makcik Intan (adik ayah) buat bacaan doa selamat untuk ank lelaki dia nak nikah 30 Oktober di Kelantan. Jadi wakil keluarga ayah akan pergi ke sana ialah family Mak Limah dan Mak Wah. Ayah dan emak tak ikut, sebab tak larat jauh sangat nak ke sana. 

Lepas bacan doa selamat, jamu makanan yang dimasak oleh mak2 sedara . . .



Semua adik beradik ayah dah bersara dari perkhidmatan masing-masing. Semoga kalian sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan cergas selalu. 

Hari sebelum balik Seremban, emak mintak tolong temankan adik aku, Helmy survey kereta baru. Helmy sibuk nak beli kereta baru yang mampu milik. Dia berkenan sangat dengan Perodua Axia. Jadi aku dan husband pun bawa dia ke Perodua Batu Pahat. Aku ajak Umar ikut sekali sebab dia peminat kereta. 


Hah kira punya kira, berapa nak bayar komitmen sebulan ni. Dah ada kereta MyVi  kat rumah tapi dia tetap sibuk nak cari kereta baru huhuhu. 

Lepas tengok Axia, tengok Bezza pulak. Banding tengok perbezaan kedua-dua kereta ini. 

Lepas selesai survey di Perodua, tengok kat Proton pulak. Survey kereta Saga pulak. 
Menarik pulak kereta  Saga 1.3 jenis Standard ni hehehe. Umar sibuk aajak test Proton X50. Adoiiiii!!!

Hah masih tengah kira-kira, bagi tengok berapa komitmen sanggup nak keluar dan bayar tu. 

Petang tu sebelum balik ke Seremban, aku dan husband suruh dia fikir dalam-dalam dulu nak pilih mana yang sesuai dengan diri dia. Pandai-pandailah kamu buat pilihan terbaik ya. 






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...