Pages

Isnin, 25 Oktober 2021

Balik kampung di Perak

Bila Perdana Menteri umum dah boleh rentas negeri, aku rasa semua rakyat Malaysia confirm rancang nak balik kampung terus dah . . .

Termasuk aku, kami pilih balik ke Perak dahulu. Siap ambil cuti hari Khamis dan Jumaat, rancangan yang baik.  Sebab bila balik ke Seremban, berderet kereta sesak menuju ke arah utara. Fuuuh nasib baik . . 

Balik kampung, berjumpa sanak saudara. Adik beradik husband datang rumah bercerita khabar terutama kes Covid yang melanda sebelum ni kat kampung Changkat Ibol. Abang ipar pula kena tahan masuk wad sebab oksigen turun. Keluar dari hospital berat dia susut 7 kilogram ish ish ish. . .

Kalau area Bukit Gantang memang terkenal dengan durian dan sungai dia. . . 

Kami mandi di sungai dekat kebun abang husband. . . 

Lokasi dia memang rahsia sebab masuk ke dalam jauh. . .  
Dan terletak antara tanah dusun penduduk-penduduk kampung di sini. 

Kami sahaja yang berada di sini waktu pagi. 
Jam 9.30 pagi dah mandi sungai. 

Dia punya sejuk, Ilhan mengigil-gigil masa mandi,sampai biru bibir dia.
Tapi tetap tak nak naik sebab seronok mandi air sungai. . .





Anak kampung Changkat Ibol seronoklah dapat balik kampung noh. . .




Graviti balance, kalau pergi mandi sungai mesti buat benda ni hehehe.


Dah tengahari, baru balik rumah. Lepas Asar, kita ke pasar malam di Bukut Gantang. Saja jalan-jalan bawa anak saudara. Ilhan tak ikut sebab tidur kepenatan mandi sungai. 


















Beli ayan percik kat sini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...