Pages

Jumaat, 31 Disember 2021

Kita Berjalan di Ipoh - Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village

Lepas jejalan kat Virctoria Bridge, kita terus ke Ipoh ikut jalan lama Sungai Siput. Pergi ke Qing Xin Ling Leisure and Cultural village di Ipoh (QXLL). Masa nak sampai sini kita sesat juga hahaha. Tempat ni bukak masa hari weekday saja ya. Jadi hari Sabtu, Ahad dan cuti umum tempat ni TUTUP. Ya DITUTUP ya. Tiket masuk rm10.oo. Kanak-kanak bawah 6 tahun percuma.

Aku rasa sebab tempat ni dekat gila dengan taman perumahan!! Maybe resident dia rasa rimas kot banyak pelancong luar datang dan kereta dan bas bersepah2 menyusahkan penduduk taman tu jadi pihak QXLL ni restricted tak nak pelawat waktu2 puncak macam tulah. Merata-rata dia letak warning JANGAN SEBARANGAN PARKING untuk kereta dan bas.

Masa sampai sini, husband aku rasa was2. 
"Betul ke taman kebudayaan ni?? 
Boleh ke masuk?? 
Macam nak masuk kuil Buddha je? 

Banyak pulak dia tanya hmmm lepas tu nampak hah ada orang melayu lah!! Fuh lega2 takuut kita masuk tokong cina mana2 lah pulak hahahaha!! Tapi memang cantik tempat ni. Dia macam ada konsep zen lah, macam taman2 budaya kat negara Cina rasanya. Entah sebab aku pun belum sampai di Cina kan. . Sedey....

So cultural, sangat tenang wei. . . 

Tempat semata-mata untuk orang suka posing nak bergambar, sangatler sesuai!!


Pandai lah Ilhan posing bergambar. 

Buai laju-laju!!

Tasik dia ada dua, yang belakang ni warna hijau, banyak ikan toman. 





Kemain nak bancuh minum kopi kat kopitiam ni.






Murah rokok dulu2 ya haha



Cantik tempat ni, tenang sungguh. 

Batu gua yang terbentuk sangat unik. 

Batu -batu dia memang ambil masa beratus tahun utk proses luluhhawa.  Bayangkan kita dikelilingi permandangan batu dan hutan dan tasik yang jernih. Subhanallah.



Vintage koleksi. 
Pusing2 adalah sejam lebih.
Lepas tu jom balik ke Seremban. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...