Pages

Rabu, 12 Januari 2022

Dapat Kunci Rumah Safira

Hujung tahun 2021 aku dapat surat dari IJM...

Akhirnya tunggu punya tunggu dapat dah surat Vacant Procession dari developer. Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru ko!!

Kira mereka berjaya tunaikan janji dapat kunci tahun 2021 walaupun dah hujung-hujung tahun, sebab asyik kena lockdown dan PKP je dari 2020 sehingga 2021 huhuhu.

Buat temujanji, 
8 Januari 2022 waktu dalam tengahari nak datang ambil kunci di pejabat pengurusan. 


Daftar masuk dulu dekat sekuriti di hadapan. Boleh tahan juga, ketat sekuriti dia, bagus!! 
Maksud aku peraturan dia, bukan pak guard dia hahaha.


Pangsapuri ni 1 blok sahaja, aku suka. Tak congested sangat.
Maksud aku low density, kalau banding projek apartment IJM yang satu lagi  kat Seremban 2. 

Wow pintu masuk dia, pintu gerbang dia memang ada faktor WoW!!

Ambil kunci kat Office Management

Ok, selseai part 1. Ambil kunci. 
Next kita check defect pulak, sebab rumah baru kan. 




Sabtu, 8 Januari 2022

Melupuskan Perabot Lama Rumah Kami

Rumah kami ni ada simpan perabot lama yang dibeli masa kerja kat Sarawak. Jadi perabot yang ada ni tak pakai dah. Tapi kami masih simpan lagi sebab puncanya kami tak tahu nak lupus macamana. . . Contact kedai perabot terpakai pun diorang tak nak sebab teruk dah. 

Jadi biar je dalam rumah ni sejak kami pindah masuk ke rumah baru. Adalah juga kami betulkan sebab patah sana, tercabut sini. Maklumlah anak2 kecil, siap ada main sorok-sorak dalam almari dan drawer pun ada, alah alah alah. . .



Kabinet tv ni dah terkeluar habuk-habuk kayu dia. 

Bulatan-bulatan merah tu, itu adalah kesan gigitan oleh Ilhan Wafiq  6 atau tujuh bulan masa tu. Time tu gusi dia gatal nak tumbuh gigi. Sebab dia baru pandai memanjat dan berdiri maka  habislah bucu-bucu rak tv tu dia gigit-gigit macam tikus huhuhu. . 

Dan bahagian atas rak ni telah menjadi mangsa curahan pelbagai air susu dan minuman oleh budak-budak sampai jadi kembang hah!! 

Alamari berlaci ni dulu telah menjadi tempat Qaireen dan Umar menyorok, 

Aku rasa husband dah betulkan, paku banyak kali. Akhirnya sampai dah hayat dia jadi senget benget dah macam tu. 

Beli drawer baru dari IKEA untuk gantikan drawer lama ni. Sudahnya jadi tempat letak longgok barang-barang pulak. 

Almari baju ni bagi kat bilik anak-anak laki, tapi macam tak praktikal pulak. 

Diorang ni sesuai pakai drawer je. Almari terbuka macam ni simpan habuk je. Dan tilam kat belakang tu nak lupus macam besar dan berat sangat. Kadang-kadang kalau adik aku datang tidur kat rumah kami, tilam ni dia tarik buat tempat tidur dia. 

Hah ni katil aku baru beli sebelum aku bersalin Ilhan Wafiq. Baru nak masuk 7 tahun. Tapi dah bukak dan letak kat tepi bilik tak mau pakai dah. 

Punca nak lupus, sebab tikus suka sangat buat sarang kat katil ni. Banyak kali wei. . . Aku pantang betul kalau tikus datang buat sarang kat rumah, menyirop darah. Geram punya pasal last2 lupus je lah katil ni. Fed up dibuatnya! Haha marah kat tikus, katil terus nak buang kan kan kan :(



Nak lupus pun masalah, try contact lori dalam FB dan web untuk lupus barang.
 Dari KL charge RM350 huhu. Lepas try kat area PD. Pun charges RM350!!

Huhu banyak juga duit nak bayar, dah ler semata-mata  nak lupus buang perabot je. Bukan dapat barang tapi buang barang, duit kena keluar banyak pula huhu, dilemma aku. Tulah punca simpan bertahun-tahun kan. Lepas tu nak lupus sesuka hati nanti jadi masalah sebab rumah taman kan. Tak pasal2 kena saman kalau buang atau bakar perabot-perabot ni. 


Akhirnya aku contact Majlis Perbandaran Nilai, nak lupus perabot. Harap boleh bantu. Dia bagi nombor SuperVisor yang kendalikan bahagian tu. Aku call, SV tu suruh mesej alamat rumah aku. Lepas tu dia senyap jer. . tak balas apa2 ko?!

Dua hari lepas tu, pagi tu tetiba dia call " akak, barang2 nya kat mana ya? Saya kat depan rumah ni!!"
Lah mana lah aku tahu dia nak datang pagi tu, so aku minta ambil hari lain sebab aku nak susun dulu kat luar. Dia hanya kutip di luar rumah sahaja ya. Jadi kena susun siap2 di luar rumah senang pekerja dia nak ambil masukkan dalam lori. 

Malam tu apa lagi kami anak beranak ler kemaskan barang bukak semua dan susun depan rumah. 

Kita bukak drawer tu part by part dia. Kalau seketul macam tu payah nak bawa keluar. 

Gigih hah  kami sampai tengah malam bukak skru semua bahagian dan leraikan yang mana kami mampu. 

Sebab nak mudahkan pekerja MPN tu angkut barang-barang nanti. Takut lori dia tak muat sebab dia cakap besok datang sengan lori kecik sahaja. 


Ikatlah bagi susun, tak berterabur depan rumah. 

Perabot besar2 yang kami tak mampu leraikan kami letak depan tepi rumah sahaja.

Dua tilam ni tak muat dah timbun depan rumah, kami letak kat dalam tu. 

Aku rasa dah macam rumah mangsa banjir je, longok2 perabot depan rumah nak dibuang huhuhu!!

Tengahari pekerja MPN tu call aku bagitau dia dah ambil semua termasuk tilam-tilam sekali kan?? Hah amik tilam tu, kami dah tak muat nak letak keluar. Pagar pun kami tak kunci sebab nak bagi dia ambil barang tu. Kita faham diorang tak berani masuk sebab takut nanti kena tuduh curi barang. Inform lah kat jiran-jiran dan security guard yang lori MPN akan datang nak ambil barang.

CLEAR betul, tiada yang tinggal. Rasa fuuuh lega. Tak payah keluarkan duit pun nak lupus barang-barang ni cuma kena tahu saluran yang betul. OO baru tahu macam tu caranya. Tak sia-sia kita bayar cukai taksiran kat Majlis Bandaraya Seremban kan hahaha!! 

Alhamdulilah Allah permudahkan segala urusan. 


Rabu, 5 Januari 2022

Result UPKK anak-anak

Ok habis dah sambut tahun baru 2022 dengan bab makan2. 

Minggu lepas check result UPKK Qaireen dan Umar. Aku SMS lah kat no 15888 tu, satu hari aku tak dapat apa2 maklum balas huhu!! 

Aku semak talian website rasmi simpeni.com pun sama, gile punya jammed tu. Sebab ada dua batch (2020 dan 2021) ambil UPKK, jadi memang ramai ler nak masuk dan check. 

Besok husband check dalam web portal Simpeni.com dan baru dapat tengok keputusan. 


UPKK Qaireen

UPKK Umar.

Alhamdulilah, tahniah. Aku rasa ok jer sebab rasa macam senangnya budak-budak ni belajar dan periksa UPKK. Lisan je kan. Tak aci sungguh hahaha! Yela dah tak belajar kat sekolah dah, cuma secara PdPR jer, cikgu pun banyak share dari Youtube suruh tengok sendiri. Alaih-alih result hebat pulak. Musykil aku ishhh apalah aku ni, patutnya ibu kena happy kan !!

Pasal aku dulu sekolah agama petang kat Johor. Dahlah setiap tahun ada peperiksaan, kalau tak lulus tak naik darjah doh!! Punya lah susah!! 
(Ada sekali tak naik ke darjah 4, sebabnya aku banyak giler ponteng sekolah cikgu banned masuk periksa huhuhu hehe teruknya aku ni). 

Adik aku pulak dulu tiga kali tak lulus periksa jadi kena tahan, tak naik darjah selama tiga tahun. Last2 dia give up, berhenti terus. Kesian wei. Aku habis sekolah agama ni masa aku dah Tingkatan Tiga ko!! Lama giler! Hahaha. 

Sampai darjah Khas, kelas tu pulak hanya ada kat Sekolah Bagan sahaja. Jadi setiap hari minggu aku ke sana belajar dari pagi sampai tengahari!! Penat giler dengan nak periksa PMR pulak tahun tu. Penuh jadual hidup. .

Jadi bila lihat anak2 belajar zaman sekarang mungkin ada cara dia, kebaikan dia. So bila budak2 ni dapat result tu, oklah baguslah. Kita  sebagai keluarga, mak dan ayah sangat bersyukurlah lah ya. Sebab kita tahu bahawa mereka masih lagi mampu dan bagus dalam bab - bab fardu ain ni. Alhamdulilah. 

 



Selamat Tahun Baru 2022

 Selamat tahun baru 2022!!

Pejam celik pejam celik tahun 2021 dah tinggalkan kita dah. Jadi hari pertama tahun 2022, aku dan family balik kampung kat Johor. . . 

Jadi aku raikan tahun baru ni dengan makan nasi beriyani Batu Pahat. 

Nasi Beriyani kambing Pokok Sena.

Gambar atas ni aku terpost di FB (sebab niat nak post kat IG je) sekali terkongsi ke Facebook pulak. Punyalah ramai orang like dan komen!! Aku rasa sebab teknik aku ambil gambar tu buat dia nampak nasi ni sedap sangat hahaha poyo!! (nasi dia memang sedap pun hehehe). 

Nasi beriyani kat Batu Pahat ni banyak. Kat Seremban pun ada banyak juga restorant jual Nasi Beriyani Johor siap claim nama Batu Pahat lagi hahaha. .  Tapi aku tak pernah makan dan rasalah kat area selain Batu Pahat. Sebab bagi aku kalau nak makan baik aku balik Johor sebab aku pun anak Johor. Alang-alang nak makan biar makan di tempat asal dia. 

Sebab tu kalau ada orang kata makan mee bandung ker soto ker nasi beriyani atau asam pedas sana sini sedap kat area PD atau Seremban, ntahlah. . . aku tak teruja nak pergi merasa. Sebab aku dah rasa makanan tu sedap sekali kat area Negeri Johor lebih-lebih lagi kalau di Muar dan Batu Pahat. Ikhlas aku cakap. . .

Lepas tu petang mak aku beriya-iya nak buat mini pizza, pakai roti untuk cucu dia. Hah semangat Qaireeen nak tolong Uwan dia buat pizza. 

Mak aku sejak pencen siap beli oven lagi untuk bakar macam-macam kek dan biskut. Dia seronok nak cuba resepi dalam internet. 

Senang pakai roti, buang masa aja nak uli doh. Leceh betul  wei. Aku pernak citer dalam blog ni dulu. 

http://www.hasnyjalil.com/2014/09/buat-pizza.html


Balik Seremban, anak-anak nak makan pizza lagi. Hmmm aku beli barang-barang, yang base dia aku guna pizza crust. Aku beli brand Mission sebab senang dan yang penting rasa dia - serius sedap!! 

Ada dua keping, carilah kat Aeon atau Mydin atau Tesco. Mesti ada. 


Letak tuna, isi ketam, nenas dan mayonis. Rasa crispy. Rangup pizza ni. Better than used dough pizza. 



Ok anak2 makan, habis dan licin. Yeah. . . 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...