Pages

Khamis, 20 Januari 2022

Cari Perabot untuk Rumah

Ni adalah bab kedua, sambungan selepas kami mencari barangan elektrik untuk rumah baru. Aku dah kongsi cerita cari barangan elektrik kat sini. http://www.hasnyjalil.com/2022/01/cari-barangan-elektrik-untuk-rumah-baru.html.  

Jadi aku rasa dah keluar masuk tujuh, lapan kedai! Hah minggu seterusnya boleh cecah 10 kedai kan, nak cari betul2 yang ok. Kami cari sekitar kedai dan gudang perabot di sekitar Seremban dan Senawang  untuk harga perabot yang ok dan berbaloi. Yang mur mur sahaja

Set sofa ni harga 3seat dalam RM800++ tapi kusyen foam keras, boleh beli asing2 nak 2 seater ke, 3 seater

Ada sesetengah kedai bagi harga combo dalam RM1400++ sekali coffee table dan kabinat TV macam kat bawah ni. 


Tapi aku berkenan giler harga set kerusi kat kedai Tesco ni, tapi harga dia RM1300++ termasuk coffee table. 

Sebab berkenan, bila kau duduk terasa empuk, sedap giler. Bahagian seat tu luas permukaan, lembut dan kayu dia jenis teguh. Tapi harga kalau boleh aku tak nak lebih RM1000. Huhu mahal, nanti sis over bajet, nak cover pulak beli lain2 lagi. . . Nak beli asing2 dia tak jual pulak. Kena beli whole set!

Kalau katil pulak baik single atau double bed kebanyakkan adalah jenis divan. 
Macam atas ni single bed frame (3 setengah kaki) tak termasuk tilam, harga hampir RM300.

Ni tilam sahaja untuk Queen bed

Yg ni single bed frame ni paling murah tapi kecik, 3 kaki sahaja. 



Ada juga kedai perabot jual set macam atas ni. Bed frame dan almari gelangsar dekat RM600. .  hmmm

Tapi tulah aku katil jenis divan ni tak beberapa gemar sebab tak kuat sangat mana pun. Jenis paku jer atas kepala dia. Dulu ada juga beli bila 6 tahun pakai terus rengeh, goyang2 lagilah kalau anak2 kecik main lompat2 atas tu. Sebenarnya katil paling bagus adalah katil kayu sepenuhnya, tapi harga dia ya rabiiii!!

Macam katil kat SCF ni termasuk tilam tu jer dah RM1600. Ish tak kan nak bagi rumah sewa katil mahal macam tu, tuan rumah pun tak pakai untuk diri sendiri kui kui kui. . .

Kalau katil kayu jenis single ni pulak bajet dalam RM700 termasuk tilam. 


Aku ada jugak survey dalam web IKEA juga, nak banding harga perabot kita dengan perabot jenama Sweden ni. Almari bodoh kosong ni pun harga dah RM400. 

Meja tulis dia memang sangat ok!!
Tapi dia tak jual online, kau kena pergi gudang beli dan angkut sendiri yek!

Sofa dia macam ok jugak. Sebab aku tak nak full set sebab rumah kecik ajer. nanti pulak. 
Harga pun kira mampu milik juga dan ada warantty ketahanan 10 tahun gitu. . .

Ikea produk dia, terus terang aku cakap memang tahan lasak hehehe!!!
 

Cantik juga warna yang ini ya, yellow green. 


Hah ni lah rupa dia sebenarnya. 

Kami pergi Ikea juga (kebetulan Jumaat cuti sebab Hari Keputeraan Yang DiPertua Negeri Sembilan) sebab nak survey dalam website dengan realiti punya penampakan dia macam mana. Yang pasti nampak sis memang cerewat kan hahaha!!

Coffee table dia besar dan sesuai kot untuk rumah sewa ni, sebab aku tak nak letak dining table sebab nak bagi lapang. Kita nak praktis minamalis concept ya. 

Wow, cantik dan simple cermin dia kan. Sesuai nak cermin diri semdiri. 


Rak pinggan ni aku pun rembat juga! 

Katil single ni harga dia RM349 tapi sudah abis stok. Yang tinggal katil kayu yang bajet bawah RM300. 

Tapi katil kayu ni rasanya aku beli dulu tak sampai RM250 masa IKEA offer dulu. Sekarang harga dah kembali harga asal pulak. Ruginya. . . 


Kalau bed frame untuk double bed bajet RM500 ke bawah, itu sahaja yang paling ok. 

Yang ini paling murah, besi kecil jer. 
Bila duduk atas katil ni muka aku dan husband berkerut-kerut. Goyang-goyang bila kita duduk atas dia. Alamak tak yakin pulak nak beli jenis ni huhuhu. 

Rehat jap sebelum nak tunggu bayar kat kaunter. 

Huii letih jugak belek barang dalam IKEA ni. Itu pun aku dah survey dalam web dan buat list sebelum ke sini sebab tak nak buang masa lelama kat sini. Zaman2 covid ni tak duduk lama-lama kawasan yang crowded. Nasib baik Nismilan cuti umum, jadi kita amik peluang datang sini supaya tak sesak dengan orang kan. 

Ok dah selesai bayar, untuk hari ni beli meja tulis sahaja. 

Ini pun sebab meja tulis tu tak jual dalam online, kena beli kat gudang juga! Yang lain2 tu kita beli secara online sahaja ya. Sebab sis dah tua tak larat nak angkut masuk keluar dalam MPV kan. Suruh orang Ikea jer nanti hantar dan angkutkan barang ya. Ok bai.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...