Pages

Selasa, 8 Februari 2022

Peti sejuk dan mesin basuh baru dah sampai. . .

Memandangkan awal bulan Februari ada perayaan Tahun Baru Cina jadi aku minta kedai Thye Hin hantar pada hujung minggu bulan Januari. So kami kemaskan ruang peti sejuk lama, mesin basuh lama. alihkan ke tempat lain. 


Ok dah kosong, harap muat letak di situ jugak. 

Kasi lap-lap sikit, vakum habuk. 

Inilah peti sejuk kami, dah berkhidmat dari tahun 2008 lagi.  Husband beli bila masa kami menetap di Kuching lagi. Dan bawa balik semenanjung masih ok bertahan sampai sekarang. Tiada masalah pun. 

Mesin basuh lama letak ke tepi dulu. 
Pasang mesin baru sekali wayar dia pendek pulak huhuhu!!
Tak sampai ke suis pulak. Kena tukar posisi nanti. 


Nilah peti sejuk baru, jenama Toshiba.

Besar dia lebih kurang jer macam peti sejuk lama, cuma beza dia tang freezer je. OO satu lagi deep dia (kedalaman) lebih lagi compare yang lama. Jadi ada lebih ruang lagi. 

Freezer dia kat atas compare yang lama letak di bawah. Aku malas dah nak melutut cari bahan nak masak dalam freezer tu, faktor usia kot hahaha!!! Lagipun gelap tak de lampu. Mudah sikit kalau freezer terletak di atas. Mudah nak cari barang. 

Husband alihkan sebab nak bagi wayar tu boleh capai kat soket nanti. Tak tahulah kenapa wayar dia pendek compare mesih baru lama jenama Sharp. 

Tapi mesin baru ni jenama Panasonic, Water Bazooka type memang besar dowh!! 14kg huhu. Jadi aku rasa macam sempit pulak letak kat dapur yang dah memang kecik dan sempit. Wet kitchen aku ruang dia kecil jer. Rasa serabut pulak tengok mesin basuh baru tersembul kat situ hahaha!! Sebelum ni mesin basuh kecil je, jadi mata kita belum biasa lagi kan.

Tapi tulah design rumah kami ni, ada ruang sebesar-besar dan seluas-luasnya sampai tak tahu nak letak apa. Tapi part dapur tu lah macam ruang dia terhad, kecik sedikit. Dan kat situ pulak kita nak letak segalanya hm. . .  Nampaknya aku dan husband kena fikir nak cari satu ruang khas untuk laundry juga tapi bukan di bahagian dapur lagi. Kena fikir satu ruang baru pulak di tempat lain kan. . . 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...