Pages

Rabu, 2 Mac 2022

Renovasi di rumah Safira, S2

Bila dah deal dengan kontraktor kami, Mr Anwar jadi kerja-kerja renovasi pun bermula. Dalam dua minggu jugalah dia nak siapkan semua kerja. Puuncanya dia banyak projek dan kebanyakannya di Tiara Sendayan. Jadi nak hantar pekerja-pekerja dia ke Seremban 2 ulang alik akan ambil masa, sebab bagi Anuwar jarak agak jauh jugaklah. Hmmm,. . .

Table concrete dah siap tinggal tunggu pasang pintu kabinet pula. 

Tingkap pun dah siap tinted ikut warna yang disyorkan oleh pihak pengurusan. Kena patuh rules mereka kalau tak deposit renovasi mereka akan tahan selagi tak selesaikan. 

Kami pasang partition kat living hall, bahagi dua bahagian. 

Lampu dah siap pasang.

Kipas di hall dan bilik-bilik pun semua dah pasang. 

Jeriji pintu dah siap pasang. 

Sekali pihak pengurusan telefon aku, cakap warna cat jeriji salah. Kena cat warna yang betul. Kalau tak deposit untuk renovation tidak dipulangkan. Huhuhu. Jadi kami beli cat lain dan kita pun cat semula. Patutlah Anwar tak nak dah buat projek kat rumah aparment hehehe memang leceh sebab banyak peraturan bang. . . 

Selesai semua kerja Anuwar, mari kita membasuh rumah pulak. 

lap tingkap. Bawa ank bujang Umar tolong-tolong ibu dan ayah memenadangkan giliran dia tak bersekolah sepanjang minggu tu. 

Cuci bagi bersih dan hilangkan habuk dan kotoran. 


Lepas ni proses cat rumah pulak. 




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...