Pages

Jumaat, 18 Mac 2022

Rumah Safira siap!! Penyewa dah masuk

Mujur aku dan husband siapkan rumah sewa Safira ni sebelum aku kena kuaratin.

So dalam bulan Februari lepas, memang dalam 3 minggu  kami bertungkus lumus renovate, cuci rumah, cat, beli dan pasang perabot dan bla bla bla. . 

Lepas siap tu terus iklan kat Mudah.com. Adalah orang bertanya beberapa orang, lepas tu aku pun kena kobid. Jadilah bodoh sekejap. . .

Dia bukan jadi bodoh, macam biol kot. Tak tapi ntahlah macam blur. Kau macam tak tahu dan tak boleh buat apa2 lah. Dah kena kurung dalam rumah seminggu, bukan rumah jer, duk kurung dalam bilik sorang2! Jadi bengong sekejap. . .

Masa aku tengah kuaratin tu, tetiba ejen mesej bagitau ada penyewa confirm nak masuk. Aku ok jer. Ntahlah sebab masa tu tak sihat kau tak boleh buat apa2. Nasib baik suami sihat dan tiada simpton. So suami jelah tolong uruskan, terima kasih banyak2 bang. 

Tenant tu nak aircond, jadi aku dah cakap bayar booking confirm sign agreement baru lah aku install aircond. Malas nak layan orang pong pang pong pang nak mcm2 lepas tu tak jadi sewa haha.

So cara aku show me your money hokey!! Dah jadi baru aku buat bhai. . .

So ni house tour di Safira ya boleh tengoklah.

Dapur, lengkap untuk masak ya!


Pinggan mangkuk pun aku bagi letak dalam kabinet tu.

Ada empat bilik, jadi semua bilik memang fully furnish. 

Bilik single 1

Ada meja belajar, drawer, penyangkut baju, sesuai utntuk orang bekerja atau belajar. 


Living hall, ada sofa, coffee table dan TV.

Bilik single ke 2

Ni Master bedroom. 

Ni katil double, ada attach sekali bilik air sendiri. 

Bilik single ke 3. 

Bilik air dah siap2 pasang water heater. 

Mesin basuh siap ampaian pun hado!
Kiranya kau tinggal bawa beg baju jelah nak duduk di sini. 

Ikut plan asal nak buat homestay, lepas aku ni mula jadi pemalas nak layan2 karenah orang. Jadi tukar plan. Buat bilik sewa. Lepas orang nak sewa bilik, tanya memacam. Aku heran sebenarnya sebab pasal aku dulu kerja masa bujang dulu2 bilik bujang aku pun tak segah macam aku setup unit ni.

Ni dia punya tanya cerewet yarabiiii aku terus malas nak layan! Tak tau lah sekarang ni dah masuk rumah sewa ke berapa ni aku dah jadi malas. Aku tak suka layan orang bnyak tanya, lagilah dia malas membaca, lepas tu malas nak cari alamat, lokasi ni jauh ke tak. Tanyalah banyak2 benda yang pelik2 confirm lepas tu aku sonyap jer... tanda aku malas nak layan. So since 2022 aku jadi pemilih sikit. Jadi selected begitu lah. 

Alhamdulilah tak sampai dua minggu iklan, akhirnya dah dipinang orang tapi orang luarlah. Bukan orang Malaysia tapi aku target nak cari company pun. Syukur, Allah permudahkan urusan ketika kita diuji dengan kobid ni. 

1 ulasan:

  1. Ooo..kat Seremban dua je ke....jenjalaan sini terus jumpa orang Seremban....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...