Pages

Isnin, 11 April 2022

Pulau Perhentian 2022 _ Part 2 Jejalan di Kota Bahru

Lepas check in homestay, kami mandi solat dan bersiap-siap untuk makan malam di restaurant yang berdekatan. Abang aku bawa ke restaurant Siam cawangan ke 2 di bandar Kota Bahru. Ramai juga yang datang makan, masa sampai tu mesti kena menunggu sebab pelanggan ramai betul. 

Tulisan Siam, aku pun tak reti nak baca. kat kaunter dia pun sama, tulis perkataan siam belaka?!!

Nasib baik dalam menu dia tulis dalam bahasa melayu jadi senang nak baca hahaha. 
Order lauk macam biasa untuk semua family makan, buat dalam dua set semua jenis, 

Makan time, 
Alhamdulilah tak tunggu lama. Laju juga dia serve. Aku rasa 15 minit satu demi satu lauk, nasi dan air sampai semunya. 









Ada Bumblebee depan restaurant, boleh ambil gambar buat kenang-kenangan. 

Lepas makan bayar, total makan untuk 12 orang ahli keluarga. 


Lepas makan, kita jalan-jalan di Wakaf Che Yeh, abang aku nak cari seluar dan kasut untuk anak-anak dia. Misi aku cari selipar untuk Qaireen sebab dia nak pakai selipar masa pergi ke Pulau Perhentian nanti. 



Pilih mana selipar yang berkenan di hati. 

Orang tak ramai, mungkin sebab bukan cuti sekolah atau hari minggu. 

Emak berkenan dengan tudung - tudung yang dijual.
Aku pun ada beli juga beberapa helai tudung untuk diri sendiri dan Qaireen. 

Banyak juga tudung bawal kat sini. 
Penuh dengan batu dan manik. Teringat zaman mula kerja dulu hehehe. 

Jam 12.00 malam kami balik rumah untuk rehat dan tidur. Besok pagi nak kemas siap2 sebab jam 11.00 van akan ambil bawa ke jeti di Kuala Besut. 


Jalan-jalan di KB dan homestay tour. 



1 ulasan:

  1. Sesekali kan bercuti lama- lama macam ni...memang tersemat di hati kenangan indah tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...