Pages

Rabu, 11 Mei 2022

Ramadhan 1443 Hijrah @2022

Bulan Ramadhan dah berlalu pergi. Aku je lambat update dalam blog ni. Hehehe.

Jadi persiapan untuk Ramadhan yang lepas tiada buat apa-apa sangat pun. Cuma kali ni kelas secara fizikal dah bermula, jadi aku pilih untuk mengajar secara Face To Face (F2F). Penat juga sebab puasa kan tapi rasa puas hati bile jumpa mengajar student ada depan mata kita. 

Lega dapat mengajar secara bersemuka. Aku tak suka ajar online sebab rasa faked jer student betul ke nak tunggu tengok sampai habis dalam skrin masa kita mengajar hahaha!!

Puas hati wei dapat conteng whiteboard dengan marker kui kui kui. Dah dekat 2 tahun tak mengajar macam ni huhuhu. 

Dan hari pertama ramadhan tu memang akan beli barang-barang basah untuk persiapan berbuka dan sahur. Sebenarnya sama jer, kalau bukan puasa pun kami kan beli barang-barang macam ni juga kan!!
 
Top up barang dapur lebih sikit sebab untuk sahur dan buka. 
Mula-mula jer rajin masak, tunggu hujung2 bulan puasa nanti mood masak ke laut dah . . .

Pergi pagi-pagi jam 8 pagi.
Memang kosong kat MyDin sebab orang belum datang lagi. 

Sebelum puasa, basuh dan bersihkan laman rumah, cuci tembok dan cat pagar. 
Tembok je tak cat sebab tak larat dah. Bulan puasa memang tak mampu nak duduk luar rumah lama-lama hehehe. 

Cuci lantai dan gilap cermin sliding door dan tingkap. 

Rumah yang banyak pintu. . .  Depan ada dua
Belakang lagi, tepi rumah lagi, kat bilik pun ada sliding door pergh. . . Kami renovate tutup pintu-pintu sliding tu sebelum pindah masuk. 

Minggu kedua jejalan kat Nilai, tengok Ruma nak cari kerusi meja makan. Nak ganti kerusi meja makan dah lebih 10 tahun pakai, goyang-goyang dah. 


Tetiber berkenan pulak tengok kabinet ni huhuhu. 
Cantik, harga pun cantik RM1600++ rasanya huhuhu. 

Kerusi banyak jenis rotan, cantik.
Tapi husband takut tak tahan sebab anak-anak boleh tahan kasar pakai barang. 

Cantik meja kopi ni. 


Cuma warna dia hitam, aku lebih suka warna cerah. 
PErabot-perabot di Ruma ni cantik-cantik cuma kos penghantaran dia boleh tahan. Sebab dia charge untuk pasang sekali. 

Last-last kami beli kerusi makan di IKEA. Pergi masa minggu kedua Ramadhan, IKEA kat Cheras. Aku dan husband uji duduk semua dining chairs jat IKEA Cheras tu haha. Panas bontot asyik duduk kejap kat sana kejap kat sini,  nak feeling rasa selasa ke tak kan. 



Berkenan design ni, tapi kat Cheras tiada stok warna tu yang ada hanya warna hitam huhuhu. 
Aku search ada stok warna yang tu dekat IKEA Damansara. Apa lagi terus kami gerak ke Damansara, cari terus kat sana dan beli. 

Beli dan bawa balik, pasang kat rumah. 















2 ulasan:

  1. Coffee table tu cantik la...murah x? akak memang tgh cari coffee table...

    BalasPadam
    Balasan
    1. harga RM369. boleh check web https://ruma-home.com/

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...