Pages

Khamis, 11 November 2021

Jejalan Di Kuala Lumpur 2021 - KLCC

Keluar dari MinNature Malaysia, perut dah lapar. 

Makan pagi tadi dah habis dicerna, jadi nak makan tengahari pulak. Sebab jam pun dah pukul 3 petang.

Pusing-pusing dalam Plaza Sungei Wang cari tempat makan tapi tiada yang berkenan di hati.

Masa yang sama pulak, Ilhan sibuk ajak ke KLCC. Tak tahulah apa yang seronok sangat nak ke sana. 

So kita layankan jela. Pergilah ke KLCC. Dekat dah pun.

Lunch kat sini lah, anak-anak pilih nak makan sizzling mee.

Aku dan husband pilih nasi arab mandy ayam dan kambing.


Tengah makan, hujan pun turun selebat-lebatnya. Alamak nampak gaya kami tak dapat nak pusing ronda-ronda di luar.

Hujan bertambah lebat. . . .



Termenung Ilhan tengok hujan turun, dah selesai makan tunggu kejap ayah dan ibu gilir-gilir solat asar.

Pusing-pusing je dalam Suria KLCC.
Nak balik, hujan lebat betul. Jalan mesti sesak. Jadi kita tunggu kejap sementara hujan teduh sikit baru gerak balik.

Besar betul kolam Deepavali kat KLCC ni. Mesti ambil masa lama nak siapkan yek.

Hujan dah berhenti baru lah kita gerak balik Seremban, jadi tamtlah perjalanan kami jejalan makan angin di Kuala Lumpur. 



Jejalan di Kuala Lumpur 2021- MinNature Malaysia

Ok, selesai sahaja berjalan di KL Tower, (aku cerita di sini) agenda kami seterusnya ialah ke Bukit Bintang. Kita nak masuk ke dalam Plaza Sungei Wang. Ish lama aku tak masuk sini, rasanya terakhir datang tahun 2013 kalau tak silap. 

Di dalam plaza ni, di level 1 ada satu tempat pameran dipanggil sebagai MinNature Malaysia. Berpusing juga kami mencari, naik turun dalam plaza ni. Tak jumpa. Last-last jumpa di hujung bangunan plaza tu. 

Aku tahu tempat ni bila ada rakan FB share tempat ini. Tempat ni adalah pameran miniature yang lebih menonjolkan budaya dan gaya hidup masyarakat Malaysia. Jadi anda semua kagum dan leka melihat kehalusan dan kreativiti staf mereka dalam menghasilkan miniature tersebut. Nampak real sebijik!! Dan comel sahaja hmmmm. . . 


Keluar dari lif, jalan ke depan sikit baru perasan signboard jalan nak masuk ke sana. 


Ok nampak dah pintu masuk dia. 

Yeah, kami dah jumpa lokasi ni setelah berpusing-pusing mencarinya hahaha!!

Masa kami datang ni lebih kurang jam 12 tengahari. Lengang dan kosong. Hanya kami sahaja satu keluarga yang masuk. Tiket masuk adalah RM20 per entry. Kanak-kanak bawah 4 tahun adalah percuma. Jadi total kami berempat adalah RM80.00. 

Tampal sticker di negara mana anda berasal. 

Mula-mula sekali pameran Mini in the glass wall. .  Deretan kotak kaca yang diletakkan dalamnya gerai-gerai makanan yang popular di Malaysia ni. Antaranya. . .  .

Gerai kacang putih. 
Nampak macam real bungkusan kacang, kerepek dan jajan yang diikat tu kan!! Bungkusan surat khabar tu pun nampak macam old newspaper.


Gerai cakoi. 


Boleh nampak kan, begitu kreatif diorang buat cakoi tu kelihatan seperti tengah digoreng dalam kuali. 

Gerai buah-buahan. Pisang yang diikat tu nampak sangat serupa dengan buah pisang yang sebenar, ish ish ish... 

Gerai kuih muih tradisonal melayu. 


Macam-macam kuih yang dijual. Dan nampak sedap je nak dimakan hehehe. 

Qaireen pun rasa macam nak makan juga kuih- muih tu. 

Gerai sate, siap ada poster Anakku Sazali  melekat di papan gerai tu kan. Nasib baik dalam kotak, kalau tak Ilhan dah geram nak capai dah miniature tu. 

Paling syoik aku tengok ialah kuah kacang sate ni macam betul je, berminyak hahaha. 

Chinese food stall

Ni grai sarapan dan nasi campur, macam lauk ada!!
Siap tulis kat papan kenyataan lagi patutlah rakyat Malaysia susah nak kurus, sebab makanan beraneka dan sedap guys!!! T_T 

Jom tengok opera cina yok !!

Suasana malam di satu pekan di Malaysia. . . 

Kampung di Malaysia


Suasana di kelong nelayan. Nak makan siakap fresh pun ada, eh!

Main mahjong maa aktiviti lapangan. . . 

Lepas jejalan di dalam kawasan pameran bandar-bandar di di dalam Malaysia. Ada mercu-mercu kebanggan negeri masing-masing ya. Kat pameran sini, banyak mengunakan 3D Printer dan laser printer. 

Memang kosong, kebteulan keluarga kami sahaja yang ada di dalam ni. Dari awal sampai abis. 

Bandar Alor Star. 

Kilang arang. 

Rasanya di dalam negeri Perak. 



Tetiber rasa diri ni dah macam gergasi nak rempuh bandar kecil ni, hahaha!!!

Ok, ada persembahan digital kejap lagi. Jadi kami pun duduk standby nak tengok persembahan tersebut.

Persembahan digital di Bandar Penang. 



Suasana malam di bandar. 

Dataran merdeka, ada sambutan hari kebangsaan!!
Disebabkan PKP, kita sambut secara digital kat sini ya :)

Jom tonton sambutan hari merdeka!!


So creative!! Very complicated nak siapkan dengan penuh perincian bangunan-bangunan ni supaya kelihatan hampir sama dengan yang sebenarnya. 

Banyak lagi tempat-tempat dalam ni, Genting Highland, Kula Terengganu, Teluk Intan, Johor Bahru macam-macam lagilah. Aku tak sempat nak muat naik semua gambar dalam blog ni. Kalau nak tengok jom berkunjung ke MinNature Malaysia ni. Confirm you all will enjoy it!!

Last sekali ialah cenderamata - cenderamata yang dijual sebelum keluar pameran. 

Gerai Pasembor!! Boleh beli ni sebagai cenderamata. Harga RM680/-.
Kalau murah memang den dah beli huhuhu T_T

Yang ni dapur mak-mak dulu. Nostalgia sungguh. 
Boleh beli sebagai cenderahati, harga dia dipaparkan RM880/-, hmm nangessss tengok harga... 
Kalau pelancong luar confirm beli punya, yelah duit mereka kan tinggi nilai dia. 

Ok, ni mesin 3D printing mereka. Ada plan macam-macam projek selepas ini. 

So itu sahaja yang aku dapat kongsikan tempat kedua kelaurga kami berjalan di Kuala Lumpur hari tu. Keluar nak dekat pukul 3. Jadi perut lapar kita pun cari lah tempat makan. Sambung seterusnya entry blog yang lain. Bye.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...