http://1.bp.blogspot.com/-k2Cgxjoirls/VJpjA_GM2fI/AAAAAAAAUCk/iDQMWmZ1bjs/s1600/favicon%2B(6).ico

Isnin, 30 Jun 2014

Perihal cat rumah..

Alhamdulilah, lepas siap semua renovation ada sedikit bajet untuk cat rumah. Sebenarnya ini permintaan dari anak-anak. Tetiba je diorang request warna untuk bilik masing-masing, gulp!

Asal pergi tengok rumah baru je Qaireen dan Umar tanya bila nak cat bilik diorang. Umar nak colour blue! Qaireen nak colour pink! Adoooi... Bila cuti sekolah, budak-budak ni balik Johor  tinggal dengan tok dan wan diorang. Asal aku call je tanya khabar, mesti diorang tanya bilik Umar dah cat ibu? Qaireen pun sama, siap mengigau jerit nak colour pink, colour pink! Hahaha! Serius lawak betoiiii.

Aku dan husband tanya kontraktor Ah Kong kalau cat rumah upah berapa, dia mintak RM2000! Belum lagi harga beli cat!! Adoi!! Dan kata dia cat anggaran dalam 18 tong sebab kena cat dua kali untuk semua bahagian dalam rumah. Warghhhh!!! Pesan Ah Kong - lu tak payah banyak2 warna, tu nanti lu ada sikit2 baki cat banyak terbuang. Tak kan nak simpan. Sayang maaa!! (OK, that good advice!)
 
 Kita pun start survey kedai2 hardware sekitar Port Dickson dan Seremban 2. Code harga, sampai banyak katalog jenis cat kitorang kumpul. Kansai, Jotun, Nippon, Par dan macam2 lah. Buntu juga nak pilih warna cat. Ayah aku suruh guna ICI Dulux gulp. Cat mahal tu... Ayah pesan nak cat bagitau nanti dia datang tolong cat. Pakar cat sudah mai lah hehehe


Lagi seminggu nak pindah kami decide beli cat di Seremban 2, dan cat sendiri. Tak upah orang, lagi jimat. Beli cat untuk hall bawah, master bedroom, bilik Umar dan Qaireen serta dry kitchen. Cat ICI Dulux. Beli 5 tong 5 liter termasuk aksesori berus semua total hangus 600++.



Dah bila siap beli, aku whatassap ayah, CAT DAH BELI!! Malam tu tup-tup, ayah dan mak datang dari Johor, excited nak mengecat rumah kami. So besok operasi cat bermula, ayah ajar step by step macamna nak bancuh cat air dan cara mengecat. Kami mulakan cat bilik master bedroom.


Warna pilihan ialah light purple, supaya sejuk sebab bilik menhadap panas petang. 1 tong 5 liter dapat cover semua bilik ni, yang RM72.00 1 tin. Cat malam mula lepas isyak hampir dekat jam 2 pagi. Huhu tak sedar beb, perkena kopi lagi. Tapi cat waktu siang lagi baik sebab kita boleh nampak kesama rataan cat tersebut. Nak bilas cat kat dinding, takut terlebih pakai tak cukup pulak aiiii...

Warna light purple, ayah cat dengan cermat.
P/s: Nasib ada ayah - pakar cat import dari Johor tu hahaha.

Feature wall kami pilih warna Dark purple (Nostalgic) atau maroon. Yang ini kami amik 1 liter=RM22.00, itu pun dah cukup cover 1 dinding.

Kemudian besok kami cat hall bawah pulak,  warna pilihan ialah light blue dan turquoise. Yang ini cat type easy clean, jadi harga mahal sikit setong 5 liter RM120.00. Light blue dalam 10 liter-cover hall bawah dan bilik Umar. Ada baki lagi suku. Feature wall warba blue turquoise, 1 tong = 5 liter memang cukup untuk cover hall bawah dan bilik Umar sekali. Ada berbaki setengah tin. InshaAllah tambah satu tin 5 liter cukup untuk cat hall atas for next project.

Light blue untuk hall bawah. 

Feature wall untuk hall bawah aku amik warna Blue turqouise. Dah siap cat, baru drill pasang kayu untuk langsir.

Kemudian seterusnya bilik Qaireen dan Umar. Wah Qaireen excited bila bilik dia nak cat colour pink. Sebab kami cat bilik Umar dulu memandangkan tin cat dah dibuka, terus cat bilik Umar lepas abis cat hall bawah. Jadi dia bising, bila kami nak cat bilik dia warna kesukaannya.

 Actually bilik Umar kami gunakan cat yang sama kat hall bawah, memandangkan lebihan cat yang ada. Strategi jimatkan belanja ialah gunakan warna yang sama pada dua tempat yang boleh dicat bergantung kapasiti cat tersebut. Tapi kena kira keluasan tempat itu juga. Alhamdulilah, ada berbaki setengah tong lagi. Yang ini kami akan tambah 5 liter lagi untuk kerja mengecat hall atas (for next project), lols.


Tu dia warna pink (Pink Symphony)! Suka Qaireen.

Gambar bilik dah siap cat. Feature wall sama macam bilik master bedroom, Nostalgic atau dark purple. Memang masuk warna ni dengan pink. 


Kemudian barulah malam tu kami cat dapur kering pulak. Cat pilihan ialah hijaooo. Sebab wet kitchen tiles, Ah Kong guna tiles warna hijaooo. Seragam terus. Tong 5 liter, ada berbaki setengah tong.


Ok wet kitchen fully tiles cuma ada sedikit hanya belakang sahaja perlu dicat. Jadi bakinya kami akan guna cat di bilik bawah. Mungkin kena beli tambah lagi 5 liter untuk cover seluruh bilik bawah. Apa-apa pun, fuh penat doh! Penangan cat rumah, lenguh tangan. Dua hari, siang dan malam-mengecat saja!! Tak ingat makan dan tidur, aku siap telan panadol lagi. Cukuplah, asalkan dapat jimat. Lagipun puas hati bila cat rumah sendiri.

Ok kiranya sekarang aku dan husband dah jadi pakar mengecat kan - krik krik krik....





6 ulasan:

  1. Salam, Pn Hasny,
    Saya plan nk cat sendiri rumah saya weekend ni, tapi tak tahu cara nk bancuh cat. Boleh bantu? Seriously rasa seram sbb takut tak menjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, bila buka tong cat tu pastikan kita kacau betul2 isi satu tong gunakan rod kayu/besi supaya sebatian rata. sebab kalau biarkan pati warna dia mendap ke bawah. tuang sedikit sahaja dalam tempat cat dan tambah air. cair atau pekat bergantung pada jenama brand cat.
      kalu cair sangat nanti menitik2, jadi leceh nak bersihkan lantai. kemudian sapu kat dinding guna berus besar, tak rata pun tak apa. Nanti balas sekali lagi sapuan kedua setelah kering sapuan pertama. Jangan balas banyak kali nanti cat membazir pulak. Good luck! :))

      Padam
    2. Ok got it! :) dlm hati asik tertanya2 sama ada patut campur air atau tak. Ramai kata xperlu, tapi bila pikir2 semula, if tak campur air, cukup ke 2 tin untuk 1 bilik?

      Padam
    3. Salam sis... Jenis cat sis beli tu... Tahan x cat bhgian luar rmh... Yg terkena matahari dn hjn...... 5 liter berlebih ea utk 1blk d cat...

      Padam
    4. Wasalam, cat tu utk indoor sahaja. Kalau utk outdoor ada jenis catnya, kena tnya pada pekerja kedai tu.

      Padam
  2. Terima kasih atas perkongsian puan yang menarik dan bermanfaat. Saya sedang merancang nak cat dalam rumah. Rumah sudah dua tahun. Penuh dengan lukisan abstrak anak-anak. Jadi, nak cat barulah. Dulu masa mula2 masuk rumah guna cat asal yang pemaju cat je. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...