Rabu, 10 Disember 2014

Buat PopCorn Caramel

Sebenarnya aku belajar buat pop corn masa Karnival Tupperware di Klang. Terhibur tengok ada Ah SO tu buat, siap berjoget lagi masa demo buat pop corn ni hahaha. Aku pun nak try, lagipun barang ada, perkakas dia pun aku ada jugak.

Bahan utama dia, butter, gula pasir, madu dan bertih jagung- 

Yang bertih jagung tu aku beli kat Mydin. Sukatan dia, aku guna pakai mini tupperware. Gula pun sama- tapi kalau boleh kurangkan separuh kalau tak nak terlalu manis. 

Aku gunakan Inspire Pan Tupperware. 
Panaskan 2 sudu besar minyak. Tak kisah minyak apa. Aku pakai minyak sayuran. 

Kemudian goreng bertih jagung dalam dua minit. 


Tutup rapat pan tersebut. Biarkan.

Dan dalam beberapa saat bertih tu meletup2 masak disebabkan convection yang berlaku dalam pan tersebut. Kira macam masak dalam microwave gitew..

Bila agak2 semua dah tukar jadi pop corn, alihkan letak dalam satu bekas berasingan.
Ok, siap. Kita buat caramel dia. Kalau tak pop corn tu tak rasa pape. Buat caramel supaya macam makan kat wayang hehehe

Kemudian gunakan pan sama masukkan gula pasir dalam tu, panaskan sampai cair. Dah cair letak 2 sudu besar butter dan satu sudu besar madu. 

Lepas tu masukkan pop corn tu dalam pan tersebut. Gaul2 kan bagi sama rata yek. Dah sudah baru masuk balik dalam bekas tadi. 

Ok boleh makan. 

Tak payah nak gi wayang makan pop corn. Bak kata Ah So tu makanan dibuat adalah daripada kasih sayang kita kepada keluarga..Sob sob sob....

Selamat mencuba!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...