Isnin, 22 Disember 2014

Cari pokok bunga Di Nilai Landscape

Hari Sabtu lepas bangun pagi,  aku buat sarapan mee hoon goreng. Anak2 dah bangun, mandi, makan dan minum, terus kitorang bergerak ke Nilai dalam pukul 10 lebih . Hah tujuan nak ke sana sebab nak cari dan beli anak pokok dan pasu bunga. Tempatnya Nilai Landscape Sdn. Bhd. Lokasi terletak betul2 di belakang pasaraya Giant Nilai.


Nilai Landscape Sdn. Bhd.

Aku pun surf tempat ni daripada internet. Website http://nlandscape.com.my/.  Diorang ada jual anak pokok, baja, pasu secara online. Boleh dihantar dengan bayaran tambahan mengikut jarak lokasi. Macam aku kalau ke Bandar Seri Sendayan ialah RM50.00. Huh, tak payah baik aku pergi amik sendiri, bukan jauh mana pun.... Kalau jadi member diorang bagi diskaun 20% dari harga asal. Jadi ahli bayaran RM10 sekali seumur hidup. 

Pintu masuk dia,
Sebenarnya minggu lepas kami datang tapi dah tutup pulak sebab dah petang sangat.. Pukul 5 dia dah tutup rupanya!

Macam masuk taman bunga Firdausi. 

Budak yang paling teruja tengok pokok bunga, Umar Shafiy!

Pokok2 yang kat luar ni semua pokok yang nak cahaya matahari banyak, jadi kena jemur lah.
Ada yang besar sebesarnya, ada yang anak pokok kecil sahaja. Jadi harga murah, kena pandai jaga dan baja. Baru dia membesar dengan baik. 

Waouu Japanese rose!!

Menarik juga pokok bunga ungu ni, namanya aku pon tak tau...
Masa kami datang ni, anak2 pokok banyak tak de, sebab ramai orang dah amik dan beli. Jadi diorang kena semai balik. 

Pokok2 yang perlu cahaya sedikit, diorang letak kat dalam bangunan kedai diorang. 

Baja dan benih sayuran pun ada. Boleh dapat diskaun 20% jika jadi ahli 

Pasu Baba, ini pun ada harga untuk member. 

Kira oklah harga dia, memang berpatutan. Sebab kalau anak pokok bunga macam melur, harga RM3.50 sepokok. Lepas diskaun RM2.80 sepokok. Memang murah. Lagi satu, harga stepping stone dia murah juga. Sebab kat Seremban aku tanya harga sekeping (1"x1") RM12.00. Tapi kat Nilai Landscape dia jual RM10. Lepas diskaun ahli jadi RM8.00 satu tuuuu....


Bestnyer kalau dapat buat taman macam ni.
Credit to http://www.diynetwork.com/

Hmmm berangan tu percuma... hm berangan lah aku nak buat stepping stone camni jugak kat laman rumah nanti hohoho :P



Hasil tangkapan hari tu... 
Aku bajet RM50 sebulan jek untuk beli anak2 pokok ke baja. Nanti dah ok, besar elok, baru beli tambah lagi. Sebab nanti ralat pulak, dah beli pokoknya tak nak hidup. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...