Rabu, 18 Mac 2015

Hot Air Ballon Putrajaya 2015

Selepas selesai je pasal hal rumah di Shah Alam dalam pukul 4 lebih kami bergerak ke Putrajaya nak tengok belon panas. Letih tu memang letih tapi sebab dah alang2 lalu di situ nanti why not singgah jap. Saja nak bagi anak2 teruja tengok belon panas.

Singgah solat asar kat exit Putrajaya dan sampai kat sana hampir 5.30 petang. Masa tu kereta dah bnyak, jalan dah tutup. Terpaksa bersesak berpusing cari lot parking. Tak lah jauh sangat cuma kena jalan sikit. Mujur anak2 tak kisah sebab dah excited nk tgk belon panas.

Ada banyak gerai didirikan kat situ...macam2 ada tp harga dia pun boleh tahan mahal betoi!

Singgah beli makanan sementara nk tunggu belon naik. 
Harga sosej secucuk tu RM4, huiyooo! T_T

Dah pukul 6 petang, semua yang datang macam nak pergi piknik. Siap bentang tikar tunggu belon pasang dan naik. Ada yang bawak kamera yang hebat daripada DSLR sebab nak shoot amik gambar cantik punya hehehe. 

Masa ni belon2 tu dah strat kembang untuk naik ke udara. Cuma masa ni angin memang kuat. Belon jadi tak stabil, kejap tegak, bulat kejap2 condong rebah ditiup angin huhuhu.

Belon yang paling last tu akhirnya berjaya meluncur naik ke udara. Tapi memang laju bebenor. Angin tiup kuat sangat. 

Makin tinggi...

dan tinggi....


Itu je pun yang naik. Yg lain tak dpt sebab faktor cuaca dan angin. T_T
 Diorang akan sambung naik jam 9 mlm nanti. Ish tak kuasa nak tggu kat situ sampai malam. 

Umar tak nak balik nk tggu semua belon tu naik huhuhu. Aku tgk kumpulan mat salleh tu semua ngeleng kepala bagitau petang ni tak boleh naik sbb angin kencang pada pihak Perbadanan Putrajaya. 

Pujuk punya pujuk, last2 Umar pun akur balik. At least dapat tgk 1 belon naik terbang pun jadilah. Time ni dah 6.40 ptg. Nak kuar pun nak kena fikir sebab stuck jem huhuhu. Akhirnya dapat kuar jugak. Solat magrib kat Nilai dan sampai Seremban pukul 9 malam... fuh letihnya badan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...