Rabu, 19 Ogos 2015

Bertukar Insurans ke Great Eastern -Takaful

Aku mula mengambil insurans ketika aku berusia 19 tahun (2001), ketika itu tahun kedua dalam pengajian diploma di IPTA selatan tanahair. Masa tu insurans masih lagi baru, tiada lagi polisi takaful hanya ditawarkan cuma insurans konvensional sahaja. Caruman hanyalah lebih kurang 500 setahun. Oklah sesuai utk aku ketika itu cuma ada biasiswa je untuk biaya pengajian diploma masa tu..... Faktor ambil dulu sebab aku terdedah risiko kemalangan memandangkan aku mengambil bidang kejuruteraan (main mesin, main jentera, main api, main cutting tools...huhuhu tak tau lah camne aku 'terjebak' dalam mekanikal)

Bila dah kerja di Kedah, tahun 2005 aku tambah lagi satu polisi untuk medical card. Aku tanyakan ada tak polisi yang islamik daripada Great Eastern pada ejen. Ejen cuma bagitau setakat ini hanya ada Dana Restu di mana pelaburan dana itu dibuat pada kaunter2 yang patuh syariah. Masih tiada lagi ura-ura tentang takaful.

Bila aku dah kahwin dan pindah bekerja di Sarawak, husband dan anak-anak pun amik insurans Prudential-Takaful. Ketika tahun 2010 sudah mula rancak mempromosikan produk polisi takaful. Sudahnya aku je yang polisi Great Eastern sedangkan satu family amik Prudential Takaful T_T.

Puncanya, aku nak tunggu Great Eastern buat takaful juga. Sebab aku bermula insurans dengan syarikat ini jadi kalau boleh aku nak tukarkan terus ke Takaful nanti. Akhirnya 2011, barulah Great Eastern lancarkan polisi Takaful julung2 kalinya. Tapi awal tahun 2012, aku sekeluarga dipindahkan ke Semenanjung pulak. Jadi hasrat nak bertukar tu terbantut, tertangguh2 ajer isk isk isk... sampaikan tahun ni, 2015 aku still lagi tak tukar ke dari konvensional ke takaful. Dah banyak kali lalu je depan bangunan dia, tapi nak singgah berurusan tak sempat je, astagfirullahaladzim...


Bila datang ejen Etika Takaful bagi talk tentang produk islamik, baru aku sedar aku asyik tangguhkan sahaja hasrat tu. Teruknya. Sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan terang2 katakan pelaburan di dalam itu haram sebab ada unsur gharar dan riba walaupun dikatakan melabur dalam kaunter yang mematuhi shariah T_T...


Akhirnya minggu lepas, aku terus ke pejabat Great Eastern di Seremban. Tak mau tanguh2 dah! Buat urusan tukar alamat (sudah tiga tahun pindah, alamat tak tukar2 lagi. Confirm berlambak surat GE kat Sarawak sana hehehe!!!) Dan minta admin terminate polisi lama dan ganti kepada takaful. Nak sambung ke takaful tak boleh... "You kena tutup yang lama dan buka polisi takaful baru. Nanti kami refund investment pada you. Boleh hubungi ejen kami, kami bagi nombor dia..."

So admin mintak aku berurusan dengan ejen mereka, aku mintak ejen Muslim tak kisah ler bangsa apa pun janji dia faham produk takaful.

Polisi baru Great Eastern Takaful, i-Great Damai

Akhirnya kami set temujanji dengan ejen GE-Takaful, En Wan Hafizan. Jumpa di office aku jer. Dia janji nak datang PD. Kerja dia mudah dah, sebab aku memang dah faham pasal insurans takaful, citer sikit tentang polisi terbaru, berapa coverage untuk medical card dan life insurans. Dan cuma ada pertambahan komitmen sikit sebab usia aku dah bertambah T_T...


Isi borang, terminate 2 polisi yang lama dan stop pembayaran auto debit. Rugi wooo bayar auto debit sebab bank charge RM1 setiap kali transaksi. Buta2 je aku bagi free RM2 pada bank setiap bulan T_T. Bertahun-tahun pulak tu!!  Aku tukar pembayaran guna kad jer lepas ni.. hua hua hua. Nanti dia datang bagi cheque refundable polisi pelaburan lama kepada aku. 

Kenapa perlu ada takaful? Kos perubatan meningkat seiring inflasi masa kini. Sebab aku sentiasa beringat sakit dan mati tu perkara pasti, yang mati tamat dah citer tapi yang ditinggalkan nanti apa citer? Hutang2 ker, warisan anak2, ibu bapa... Mesti ada plan backup. Sebab itu insurans ni orang kewangan bagitau umpama adalah sesuatu yang kita mesti ada walaupun kita tidak mahu perkara tu terjadi...Nauzubillah :)

Kalau korang nak khidmat Ejen Great Eastern Takaful di sekitar kawasan Seremban dan Port Dickson bolehlah contact dia ni. Dia memang buat kerja 'on time'. Baguslah. 


En Wan Hafizan Agent GE Takaful
019 310 0360



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...