Ahad, 28 Februari 2016

Try set Shaklee

Ada sebab kenapa aku beli set Shaklee ni. Minggu lepas masa aku deman tak baik2 aku terpaksa pergi klinik. Bila check tekak bengkak dan badan panas. Lepas tu aku bagitau lately ni aku sakit kat bahagian sendi2. Nak tidur pun rasa payah sebab kaki rasa kejang sesangat. Doktor cakap aku kurang kalsium. Sebab susukan anak, dan anak menyusu kuat jugak.

Selain sakit sendi, kejang kaki, tanda yang lain ialah rambut gugur banyak. Dan sakit gigi. Doktor tanya aku ada ker sakit gigi, aku jawab gusi bengkak jer T_T
Jadi kena tambah kalsium. Aku minum susu segar setiap hari, tapi gaya macam tak boleh tampung kekurangan kalsium.

Last2 beli set Shaklee- ESP, Ostematrix (kalsium) dan Alfafa Complex (milk booster untuk breast feeding)

Jadual makan semua sekali. Tak tau ler boleh ikut ke tak huhuhu.

Aku beli kat ex officemate aku yang jadi distributor part time. Total semua dalam RM252. Harap2 lepas makan ni, ada nampak perubahan positif dalam kesihatan dan susuan anak. Aku kena tambah stok susu Ilhan sebab setiap hari aku kena bekalkan 16 oz di taska. Itu pun diorg mintak lagi, biar betul dik?!! Jenuh aku nak pam. Harap2 pasni susu tu biarlah sukat2, tak kan nak sumbat saja. Sado anak aku, balik je Ilhan macam tepu sebab kekenyangan T_T




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...