Khamis, 30 Mac 2017

Buat DIY Cotton Cheese Cake

Tengok teknik buat Japanese Cotton Cheese Cake dalam You Tube macam menarik jer kan. Lagi pun dalam peti ais ada lagi baki cream cheese. So apa lagi kita try buat!


Campuran adunan kuning telur, susu, tepung jagung, cream cheese dan gula. 
Tidak lupa sedikit jus lemon. 

Ambil sedikit demi sedikit meringues ke dalam aduan tepung sehingga kacau sehingga rata.
 Ulang lagi sampai meringues habis.  Aku takde bowl jadi aku guna periuk tupperware aku ni jer :P

Lepas tu baru bakar.  Suhu 150 darjah celcius dalam masa 70-80 minit dengan teknik water bath method. 
Sanagat2 lembut dan floppy.  


Tak sampai 30 minit abis dah anak2 makan. 

Ok, nak buat cotton cheese cake, bahan-bahan dia adalah.............

  1. 125 g cream cheese
  2. 40 ml minyak jagung 
  3. 60 ml fresh milk (sejuk)
  4. 3 biji telur (dipisahkan yolk dan putih telur)
  5. 30 g tepung jagung yang ditapis halus.
  6. 25 g gula kastor - ni dimasukkan ketika dipukul dengan adunan tepung dan yolk
  7. 20 ml jus lemon
  8. 50 g gula akstor (dimasukkan ketika pukul telur putih- meringues)

Nak senang tengok jer lah tutorial dalam video you tube ni. 
Cuma kandungan gula dia salah, jangan korang ikut pulak, over manis pulak nanti. Penyakit jer tu!!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...