Isnin, 27 Mac 2017

PERCUTIAN KELUARGA DI PAHANG 1



Dah seminggu balik bercuti, baru nak update entri ni. Cuti ni aku plan dalam 6 minggu jer, tengok kalendar bulan Mac ada cuti sekolah seminggu. Jadi aku pun start buat ler bajet dan tentatif cuti. Dan termasuk perancangan untuk abiskan silibus mengajar sebelum aku bercuti seminggu. Bagitau husband kena clearkan semua silibus dan penilaian pelajar, tak mau nanti lepas balik cuti pening kepala nak perabihkan kelas lagi. Tarikh bercuti ialah 20hb -23hb Mac 2017..

Destinati aku pilih Cherating, PAHANG! Sebab apa pilih sana? Kebetulan tahun ni, Tahun Melawat Pahang 2017 kan jadi aku rasa nak pergi tengok tempat2 menarik kat sana.



Last aku pergi Cherating pada tahun 2007 dengan husband. Masa baru dua bulan lepas kahwin. Wah lebih 10 tahun tak jejak kaki kat sana dah T_T....

So bertolak pada 20 Mac 2017, kami bangun pagi2 dan bersiap. Jam 7.30 pagi dah gerak keluar rumah. Singgah McD Seremban 2, sarapan segera jer. Nak singgah tempat lain takut ambil masa lama sebab pagi ni, aku plan jam 10.00 pagi kita dah kena exit kat Lanchang, di LPT. Nak singgah di Kuala Gandah nak tengok gajah2 buat show gitew hehehe.

Breakfast fast food jer, jarang2 budak2 ni makan fast food. Dah setahun jugak tak makan McD. Memang tak ajar family suka makan kat restaurant fast food. 

Pilihan aku makan pagi ni. Share dengan Ilhan. 

Ilhan makan mula2 lepas tu buang, main2 dengan sos dan creamer T_T

 Dah sudah sarapan jam 8.15 pagi baru gerak masuk higway Plus. Nak menuju je Gombak. Hujan pulak turun mencurah2 dan jalan jadi jem pulak. Alahai... Di KL dan Gombak pun sama.  Sebab kenderaan banyak, dan faktor cuaca hujan lebat kan. Banyak accident pulak. Aduh... Tersangkut2 perjalanan.

Kat Karak, hujan lebat tak berhenti2...... 

Aku kira ada lima accident sepanjang highway Karak ni. Kereta terbalik pun ada, sebab jalan licin. Jadi tak usah ler pecut laju2 wei... Budak2 ok jer, sepanjang jalan boring sebab hujan jer. makan jer lah dalam kereta. Nasib dah beli makanan ringan macam kacang, pringles dan air kat Mydin sebelum ni. Tak de nak singgah mana2. 

Why ibu? Why? Kenapa tak dapat tengok gajah??

Disebabkan jalan jem jer, dan cuaca agak buruk kami drive slow jer lah. Sampai kat Lanchang jam dah 11.00 pagi!! Sebab hujan masih lebat, aku cakap kat husband tak payah lah singgah Kuala Gandah. Terus jalan ke Kuantan.

Anak2 cakap "alah tak dapat gi Kuala Gandah..."
"Takpe, nanti balik Seremban, kita singgah ler ye. Lagipun hujan, payah nak jalan2 kat situ..."

Makan tengahari di Akob Patin House 2.

Sampai kat Kuantan jam 1 tengahari, husband ajak makan ikan patin masak tempoyak. Jadi aku search Google cari restaurant mana yang paling mudah nak pergi. Sampai ler Restaurant Akob Patin House 2 ni, parking depan kedai dia. Tapi nak turun pun tak boleh sebab masa ni hujan turun selebat2nyer...

Terpaksa tunggu dalam kereta sampai hujan dah reda sikit.. Dekat 15 minit. Aku dah risau sebab aku bajet cuaca selalunya panas elok jer pada awal tahun. Tapi gaya macam berhujan jer sepanjang cuti ni huhuhu... Harap2 kat Cherating cuaca panas elok jer..

Ikan patin masak tempoyak. Ni ikan patin sangkar seketul harga RM20. 
Kalau patin buah seketul RM30.

Pergh makan ni telinga pun oleh bergoyang2!! Pedas meletup2. Berasa sungguh tempoyak dan lemak ikan tu. Tapi yang tinggal cuma kepala dan ekor je. Isi dia dah abis... Tapi ni pun dah cukup sedap. 

Lepas makan terus gerak ke Cherating, sampai sana jam 3 petang. Alhamdulilah, Cherating panas elok jer... Aku pilih menginap di The Legend Resort Cherating. Masuk ni dah 3 kali ler aku menginap kat sini, dari bujang dah kahwin sampailah beranak pinak kui kui kui..tak kiralah orang kutuk bagai nak rak ke apa resort ni yang penting aku suka sebab lokasi dia cantik. Pantai cantik, pasir cantik, dekat tempat makan  dan kolam renang dia besar. 

Check in bilik pun amik sejam beratur wei.!! Aku request extra bed untuk 2 malam. Terkebil2 mata aku bila tengok frame dia ada sijil rating hotel ni dapat 4 star ko!! Sampai 2018 pulak tu, biar betik hahaha!! Padahal aku rasa bilik dia dan servis hotel biasa2 jer. Tapi environment dia memang best. Itu jer.. 


Sampai bilik, terus Umar baring atas katil. Letih duduk dalam kereta. 

Ilhan masuk bilik jer menangis2 melalak jer. Maklum ler bilik gelap, suram jer kan. Kot2 dia nampak apa2 ker, so bacalah ayat2 Al-Quran dan doa. 

Bawa Ilhan keluar duduk kat balkoni. 

Barulah dia ok, happy sikit. 

Wah cuaca cantik nyer!! Nampak pantai dari balkoni bilik. Tak sabar nak mandi laut!!

Bilik kitorang facing dengan garden dia. Ok jugaklah view dia. Aku booked pun direct dengan website The Legend Resort

Aai Qaireen bercuti pun sibuk juga nak tengok TV??!

Lepas solat jamak, salin baju dan apalagi terus ler ke pantai. Jam pun dah pukul lima petang. Mandi puas2. Malam nanti boleh pikir nak makan malam pulak. 

Cepat, amik gambar dulu. 

MashaAllah. Pantai yang bersih dan cantik. Mandi sampai pukul 7 petang. Nak mandi kolam, dia dah tutup dah hehehe. Takpe besok ada lagi. 

Best ker mandi laut? Padahal kami  kerja hari2 hadap laut Port Dickson. Anak2 pulak sekolah betul2 depan pantai Telok Kemang, tapi kitorang nampak teruja sangat dengan pantai dia. Sebab bagi aku pantai di sekitar pantai timur terutama sepanjang jalan Cherating hingga Kuala Terengganu (aku pernah menginap di pantai Rantau Abang) adalah yang paling cantik aku lihat. 

Tengoklah pantai dia, sungguh tak ada keladak pun!! Kat PD jangan harap ler bersih camni. Aku sekeluarga pun jarang2 mandi kat Port Dickson.. 


Malam tu keluar makan di W.A.I.B - Warung Awang Ikan Bakar. Dekat dengan Pusat Santuari Penyu Cherating. Umar letih mandi laut.


Muka Qaireen baru lepas menangis. 
Kesian dia lepas kami pilih ikan untuk dimasak, tetiba dia jerit sakit. 

Check dalam baju dia rupanya ada lebah dalam tu!! Cepat2 husband buang dan bunuh lebah tu. Adoiii sakit meleleh air mata dia kena sengat. Aku sapu ler minyak angin kat tempat kena sengat. Qaireen kata" Lepas ni tak mau datang sini lagi tau ibu..." Hehehe ok ok, trauma sungguh dia. 

Kami order kerapu masak sweet sour, bawal emas masak stim, ketam masak cili, sayur kailan, telur dadar dan nasi putih. Semua makanan ni total harga RM106.00. 

Ketam masak cili, takpe tak pedas pun. Agaknya orang sini tak makan pedas, pedas tu rasa manis pulak hehehe.

Bawal masak stim ni Ilhan sorang jer dah "kerjakan". 
Suka betul dia makan ikan bawal tu.

Ilhan leka ratah ikan bawal. 

Abis makan dalam jam 9.00 malam kotorang pun balik resort. Nak jalan2 di tepi pantai tapi Umar bisisng ajak balik bilik. Dia penat ler tu, nak tidur. Ok.. balik bilik perut dah kenyang apalagi letak kepala atas bantal terus lena. Besok ada aktiviti lain pulak dah. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...