Khamis, 16 Mac 2017

Pilih untuk jadi GEMBIRA!

Tetiap pagi on da way pergi kerja dalam kete aku selalu dengar Sinar.Fm. Segmen pagi mestilah kaunter aduan dikelolakan geng Sepah 2 ni. Dan kebetulan ada sekali segmen Dato' Fadhilah Kamsah sebagai tetamu diorang. Macam2 ler nasihat dan motivasi dia berikan, bagus tu.

Sumber dari Sinar.FM

Adalah pagi tu sorang pompuan ni call konti Sinar.FM. Bagitau dia tak happy. Jadi dia mengadu tentang kehidupan dia. Dengan masalah kerjanya, rumahtangganya dan persekitaran dia. Oiii berat nanang ni hehehe. Kesian cik kak, tersangkut2 suara dia dalam telefon cakap sambil nangis, nangis dan nangis. Jadi dengarlah Dato' bagi nasihat. Macam biasalah banyakkan bersabar. Banyakkan doa, solat sunat. Zikir.

Hairan juga ada setengah2 orang akan claim dia rasa sedih sebab tiada orang menghargai dia, atau tiada orang atau pasangan yang nak buat sesuatu mengembirakan hati dia. Ish ish ish kalau nak tunggu orang untuk gembirakan hati kita ni memang jangan haraplah kak oiiii!! Tak payahlah tunggu2 orang nak gembirakan kita, hargai kita.

Sebaliknya kita pilih untuk kita gembirakan hati sendiri. Kita sendiri pilih untuk kita menghargai diri kita sendiri. Tak payah nak harap2kan orang lain lah.... Bila kita tahu apa yang buat kita rasa gembira dan dihargai maka kita akan berusahalah buat perkara tu. Bila kita sendiri yang buat confirm kita akan rasa gembira kan kan kan.

Dan paling bagus bila kita gembirakan hati kita sendiri, kita tolong sekali gembirakan hati2 orang lain pula. Orang2 rapat disekeliling kita iaitu anak2, pasangan atau kedua ibu bapa. Itu lagi bagus. Jadi berganda2 lah kegembiraan tu. Bertambah2 pahala lagi pulak. Lepas tu cik kak tu akan rasa hidup penuh dengan kegembiraan seperti yang cik kak harap2kan. Kan senang.. Oleh itu be chill, be happy. Hokey!!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...