http://1.bp.blogspot.com/-k2Cgxjoirls/VJpjA_GM2fI/AAAAAAAAUCk/iDQMWmZ1bjs/s1600/favicon%2B(6).ico

Selasa, 11 Julai 2017

A long time ago, in Hari Raya....

Raya ni sepanjang lebih 30 tahun aku lalui ni ada macam2 fasa... Fasa kanak2, remaja, bujang, berumahtangga dan berkeluarga...

Masa aku baby lagi, kami beraya di Yong Peng sebab masa tu arwah atuk aku belum bersara lagi sebagai sarjan polis. Jadi kat sini ler adik beradik mak berkumpul untuk beraya. Aku tak upload gambo diorang pasal semua tu tengah zaman free hair hehehe.

 Tahun 1980. Masa ni aku dalam perut mak lagi, yang ada abang aku dan motor vespa ayah yang legend tu ahaha. Yang depan pakai smart bersamping tu sepupu kami, abang Hilman. Ayah pakai vespa tu pergi kerja sampailah dia pencen. Lepas tu ayah jual kat orang lain sob sob sob sedih... 

Tahun 1982. Aku, abang dengan sepupu kami kak Idura dan Azmi bersama Arwah atuk.
Masih beraya berkumpul di Yong Peng, aku tak ingat sangat sebab kecik lagi wei...  Arwah atuk kami memang sentiasa segak di pagi raya kui kui kui. Lepas tu arwah atuk pencen dan pindah balik ke Klang, Selangor. 

Bila dah masuk masa fasa kanak2 bila raya punyalah rasa gembira sangat! Sebab tak sabar nak balik kampung mak di Klang. Rasa best sebab dapat tengok mak2 sedara sibuk buat dan bakar kuih dan biskut raya, kek raya. Lepas tu prepare langsir, sarung kusyen dan buat macam2 persediaan hari raya kat rumah atuk dan wan. Memang betul2 suasana nak sambut hari rayalah. Lepas tu tengok diorang rebus ketupat, bakar lemang, kacau dodol (ni bila ada family pak ngah). Kitorang budak2 tukang menyibuk jer. Duit raya memang mewah sebab makcik dan pakcik aku confirm bagi duit kertas warna hijau atau merah jer ahaha...

TV antik belakang hehehe. Tahun 1983 kan...
Time ni aku dah 3 tahun, abang aku 4 tahun. Raya kat Klang. Memang best raya di sana, sampai sekarang aku terkenang2. Seronok hari raya zaman kanak2. 

Tahun 1989. 
Nak keluar pergi beraya, ni gambar dengan kereta pertama keluarga kami. Mitsubishi Lancer ni tak silap ayah beli dengan arwah Pak Dak kot masa tu. Ni jela gambar kenangan family kami kat rumah atuk di Klang. Lepas tu arwah atuk jual rumah dan tanah ni, dan pindah ke Banting pulak tahun 1994. 

Bila menginjak ke fasa remaja, aku dah kurang minat nak pulang beraya ke kampung. Mungkin sebab faktor usia meningkat. Kalau boleh nak raya di rumah sendiri sahaja (masa tu duduk di Muar lagi) beraya rumah kekawan sekolah dan geng kampung  Pagi bangun pergi beraya sana sini sampai ke malam, nanti malam balik tidur rumah sendiri.. Lagipun mak aku beraya di rumah sedara2 yang jarang jumpa. Maklumlah yg kitorang tak rapat sangat jumpa sekali dua setahun. Jadi kami adik beradik diam sahaja perhatikan orang tua bersembang.. Lainlah kalau kat Muar atau Batu Pahat ada jer nak disembangkan.

Apa khabarlah korang semua sekarang??
Ini raya tahun 1992 di Muar. Raya berbasikal dengan geng 1 kelas di SK Parit Setongkat. Masa ni kitorang kayuh basikal beramai2 pusing raya rumah kekawan lain. Hah seronoknya tak hingat!! Dari Jalan Salleh, ke Temiang, kemudian ke Kg Sabak Awor lepas tu ke Jalan Bakri. Masa tu kereta tak banyak pun, aku pun boleh kayuh basikal pergi sekolah.. Tahun 1993, family aku pindah Batu Pahat pulak. Terus lost contact kawan2 di atas ni huhuhu T_T.

 Tengok fesyen raya aku time tu macam makcik2 jer kui kui kui. Aku pakai skarf pun macam Esah dalm Tiga Dara Pingitan je kann hahaha!

Tahun 1999 dah masuk fasa peringkat mahasiswa, sambung belajar di Ittho. Sebab belajar kat Parit Raja jer, dah tentu dekat dengan rumah sendiri. Jadi hari raya memang jadi tempat tumpuan member2 kuliah dan institut datang beraya ler. Datang ramai2 naik bas jer... pun boleh sampai rumah tau!! Tak macam budak2 muda sekarang semua dah berkereta dan bermotor belaka.

 Kenangan raya geng2 diploma tahun 2001. 

 Amik gambo ramai2 kat laman rumah. Sekarang laman rumah aku ni takde dah. Mak ayah aku renovate hilang dah semua rumput dan pokok. Jadi porch, semua simen tiles terus. 

Bila dah jadi orang bujang dan mula bekerja fuhh lagilah, nak beraya dengan sahabat handai sahaja. Hari raya bukan keluar beraya dengan keluarga tapi nak keluar dengan geng2 atau member ceh. Jadi acap kali nak raya aku harap mak ayah aku tak dapat balik kampung sebab kena kerja. Hahaha sadis betul. Kalau balik Selangor rasa malas jer aku nak ikut. Lagipun aku dah kerja di Kedah. Kalau terpaksa balik raya aku tak duduk lama2. Cuti pendek.

Raya nak jumpa dan lepak dengan sahabat2 lama punya pasal. Almaklumlah kawan2 dah mula kerja macam aku, kalau belajar pun dah peringkat atas ke amik master. Jadi time raya ni jelah kami dapat jumpa. Siap pesan lagi "oii korang jangan balik kerja dulu tunggu aku nak saing raya sekali!!"

 Raya tahun 2002.  Dari kanan Ana, Nurol, aku, Intan dan M. Merangkap kawan sekampung dan rakan sekelas. 

Inilah tahun pertama raya setelah aku bekerja, sama juga Nurol dan M. Tahun ni juga aku nak beraya di rumah sendiri sahaja, tak balik ke mana2 dah. Sebab dah besar panjang jadi pandai dah bawak diri. Bila bekerja ni cuti kita sangat singkat. Berebut2 nak raya sana sini sebelum balik ke Kedah. 

Malam raya kitorang boleh tukar dressing pulak, bertukar wajah dari ayu berbaju kurung tukar nak pergi outing wei. Malam ni pakat tengok wayang dan lepak2 kedai mamak dengan member semua kui kui kui....Banyak benda nak citer yelah nanti dah masuk kerja tak dapat jumpa dah...Masing2 kerja jauh di perantauan T_T 

Bila fasa jadi isteri orang dan ibu kepada anak2 hanya difikirkan adalah untuk bagi ibu bapa dan anak2 gembira. Jadi jika pulang beraya kami pastikan keperluaan anak2 dan keperluan rumah orang tua mencukupi. Yang lain2 tak penting dah. Nak raya rumah siapa ker, nak makan apa ker kitorang tak kisah nak fikir. Kalau ada orang ajak jalan raya sekali, kitorang join jer hahaha.

Raya 2017. Keluarga pelengkap segalanya di Hari Raya :)

Raya juga aku tak mahu bertandang lelama kat rumah orang. Tak mahu susahkan tuan rumah. Lagipun jadi pompuan memang leceh. Nak jaga aurat, adab dan kesopanan. Bukan diri sendiri kita sahaja tapi tingkah laku anak2 juga akan diperhatikan. Jadi bila anak2 tunjuk perangai atau tantrum, aiseh memang spoil lah jawabnya. Adalah nanti diorang fikir yang bukan2 termasuk ibu bapa sendiri. Cara kita melayan dan mendidik anak2. Jadi biarlah sekejap2 jer raya lepas cabut pergi tempat lain ahaha.

Jadi itulah pengalaman raya yang aku dapat lalui. Bila kita beraya, kita akan perhatikan orang disekeliling kita. Dan kita akan faham sebab kita dah lalui fasa2 tu semua kan kan kan !!

Sekian.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...