Pages

Rabu, 5 Disember 2018

Jalan2 di Putrajaya Part 2

Sambungna part kedua pulak... Lepas solat maghrib kitorang keluar makan malam kat restaurant Medina Tomyam sekali lagi. Nak makan masakan siam rasa ok kat sini. Kena dengan tekak dan selera kitorang. Lepas makan kami pergi ke Dataran Masjid Putrajaya.

Terang benderang kat sini... 

Hah bagitau kat anak2, tu pejabat Atok Mahathir duduk... Besarnyer kui kui kui...

Ilhan tak reti posing macam tu!! Hehehe.

Sibuk suruh ibu amik gambardia, jangan masuk kolam sudah... 

Lepas main bubble kat dataran (beli RM10.00) kitorang pun gerak balik hotel. Sebelum tu singgah kat Foodtruck Putrajaya. Dekat jer, depan hotel jalan kaki pun boleh. 

Beli takoyaki, udang dan crab.

Beli cheesy meatball, patty meatball... alamak bertambah berat balik ler aku lepas ni huhuhu.

Beli ice blended, manisnyer melampau2 huhuhu... 

Balik hotel sambung makan balik huhuhu abis ler diet time bercuti ni... Dah namanya pun bercuti yek hehehe. Besok pagi, husband sambung kursus. Last day aku cadang nak pergi tengok sky balloon tapi Qaireen dan Umar sibuk nak mandi kolam. Jadi pagi tu aku pun bawak sarapan kat Nasi Lemak Royal Kedah di Ayer8, Putrajaya. 

Rupa2 nyer nasi kandar lah!! 
Mati2 aku ingat nasi lemak sambal tumis a.k.a nasi lemak melayu ler... T_T. Telan ajelah... 

Ok, jom mandi kolam. Kolam kat tingkat atas sekali... Boleh nampak masjid besi dari sini. 

Cuaca elok, dari semalam anak2 ajak mandi kolam tapi pagi semalam hujan. 


Qaireen mandi di kolam besar, Umar dan Ilhan mandi di kolam kanak2 jer...


Penat mandi kita duduk berehat dulu. Abis basah kusyen hotel kui! kui! kui!


Umar nak ajar Ilhan berenang tapi Ilhan masih takut lagi mandi kolam...

Lepas mandi dalam jam 11 pagi, kitorang pun balik bilik siap sedia untuk check up. Husband settle jam 12.30 tengahari. Sebab hari Jumaat, husband dan Umar pergi ke masjid besi untuk solat Jumaat. Lepas solat kami ke Alamanda untuk makan tengahari di sana. Saja buang masa kat Alamanda sebab nak tunggu abang aku balik kerja kat Spital Kajang. Kitorang plan nak pergi MAHA Sabtu ni. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...