Pages

Khamis, 28 April 2022

Pulau Perhentian 2022 _ Part 4 Kuala Terengganu

Sambungan dari last blog. Ni part yang ke 4, aku ambil masa 3 minggu nak sambung sebab malas punya pasal. 

Last day sebelum kita check out resort, pagi tu sarapan dulu di tempat yang sama. Lepas tu mandi laut, aku dan husband sewa kayak. Saja nak berkayak. 

Jom kayak. . . 

Lepas tu sewa goggle dan safety jacket sebab Ilhan nak ikut sekali. Misi kita nak cari penyu hehehe. Memang jumpa penyu, ada 3 ekor berenang-berenang dekat jeti resort ni. 

Jam 11.30 pagi kita siap-siap kemas dan check out dari resort. kali ni feri yang bawa kita balik ke Jeti Kuala Besut. 

Ok, sampai jer jeti Kuala Besut, van dah tunggu untuk bawa kita ke Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan ni aku memang tak rekod ker rakam ker apa-apa gambar dan video sebab aku Zzzzzzzzz. Penat bhai mandi laut, kayuh kayak. Memang tidur jela sepanjang perjalanan. Tau-tau dah sampai home stay kat Kuala Terengganu. 

Punggah semua beg masuk dalam homestay, tapi homestay ni memang cantik giler kau. Boleh check video yang aku upload kat hujung blog ni. Lepas tu jom kita makan makanan viral, ke Warung Pok Non lah mana lagi!!

Sootomg goreng tepung!

Udang goreng tepung!

Ikan goreng tepung!

Ilhan perkena ABC atuk punya hehehe!!

Ambil gambar depan warung, boleh nampak Pulau Perhentian dari situ. 


Waktu ni jam 4.00 petang orang dah kurang sikit. Makanan ok, orang ramai tapi beratur sekejap je. Ambil nombor nanti panggil, dah macam kaunter kat JPJ pulak haha!!

Balik homestay aktiviti mandi manda dalam kolam, tak puas2 mandi lagi ye dari semalam. 



Malam keluar cari makan area KT. Tapi asyik pergi semua restaurant tutup!!
LAst2 aku pun malas nak rekod gambar masa makan malam. Makan ikan bakar jer. 
Mood malas dah tahap legit !!

Nalik lepas makan, aku, husband dan Hardy ke kedai dobi. Sebab baju dah kehabisan ko!!
Sampai pukul 1 pagi kitorang cuci baju dan keringkan dan lipatkan huhuhu!

Pagi2 bangun siap2 packing nak ke airport untuk balik ke sarang masing-masing

Nilah homestay yang awesome di KT ni. Best!

Sebelum tu kia makan dulu nasi dagang yang famous kat sini. Nasi Dagang Atas Tol, tai ni cawangan dialah. Tak kuasa kau nak beratur panjang2 dengan ada kanak2 lagi, warga emas. Kita cari jer cawangan dia yang ke 3- Nasi Dagang Padang Hiliran, chill2 sahaja. Mood nak bercuti ye tak. 

Fuh air teh dia mantap wei!! Sodap!!!

Nasi dia pun sodap!! Abang aku siap tapau nak bawa balik ke KL. 

Ilhan test minum air teh viral. 

Total bil untuk semu orang, not bad. Sedap dan berbaloi ko!!

Lepas sarapan, kita jejalan di Pasar Payang!!

Banyak kain batik sini, tapi kau tak beli pun. Sebab tak minat sangat dengan batik. 

Telur o penyu!!

Last shot sebelum ke airport. 

Kami dah sampai ke Terengganu dan Kelantan minggu ni. 
Mission in complete ya, semua negeri dalam Malaysia kami dah pergi. 

Ok, nak check in barang dan beg pulak. 
Di airport KT. 

Ok selesai sudah percutian kami sekeluarga di Pantai Timur. Alhamdulilah. 

Bye-bye Kuala Terengganu.

-Tamat-



Video upload di Kuala Terengganu. 





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...