Isnin, 19 November 2012

A LESSON THAT I HAD LEARNT.....



Sejak kecil mak ayah sering berpesan belajar rajin2 bila grad dpt kerja bagus dan gaji besar, dan bila saya bekerja sebagai PPLD di Kulim,  mak push suruh sambung belajar untuk upgrade rank saya. Dan bila saya habis degree, dia push pulak suruh buat master. Begitu juga husband. Adoi!!! Tapi ketika itu saya betul exhausted, saya benar2 letih. Letih sebab nak bebankan kepala otak ini duduk di dalam kelas dan belajar. Letih sebab habis belajar dan habis duit, rank pangkat dan gaji saya naik sedikit sahaja dan ambil masa bertahun2  lamanya sampai saya dah jadi bosan dan fed up (naik pangkat Alhamdulilah saya bersyukur, tetapi saya tidak gembira). 


Dan kerja pun dah semakin mengila dan bertimbun dengan sistem2 yang merepek2 dan melalut tapi kualiti pelajar saya semakin merosot dan teruk!!! Serius teruk!  Saya jadi bingung  dan nak pecah kepala fikirkan adakah skill mengajar saya semakin teruk walhal saya dah upgraded diri saya dengan tambahan ilmu ketika ijazah. Kenapa saya ketika lepasan diploma dahulu pelajar saya kebanyakkan dapat skor dan grade 3 pointer ke atas.



Faktor utama saya tidak mahu belajar sebab saya benci sistem pendidikan kita, saya bosan dan tidak suka duduk mendengar dan mendengar dan menyalin, menghafal dan memikirkan masalah2  yang perlu diselesaikan dan jika gagal saya jadi stress. Bila kawan ajak buat master, saya tanya untuk apa? alasan tukar angin dah boring kerja..-saya jadi bingung. Nak isi masa dengan tambah stress di kepala? Lagipun dalam sistem belum lagi ada jaminan pensyarah master untuk kenaikan apa2. Dan ada alasan untuk melarikan diri ke institut yg lebih tinggi tarafnya.



 Saya suka belajar tapi saya menyampah dengan sistem sekolah dan university. Sejak sekolah saya akui saya tidak gemar aktiviti dalam kelas, saya bukan ulat buku. Saya terlalu sibuk aktiviti luar - berkawad, bersukan (berlari  semua kategori aku redah masuk 100m, 200m, 400m, berganti2, melompat dan merentas desa dan kebanyakkan saya adalah juara dan naib juara-bukan bohong tanyalah sahabat sekolah saya). Sibuk camping nak PMR pun boleh pegi camping,berpersatuan uniform sana sini dan sampai emak bising. BILA KO NAK BELAJAR?! 


Dan bila ada larian SUKOM tahun 1998 saya join lari dari sekolah SMDO sampai check point Pejabat Daerah Batu Pahat. Hah sebab apa? Saya nak elakkan kelas Add mate Cikgu Chua hahaha!!! Tapi hampeh bila balik masuk kelas subjek tu tengah berlangsung, ceh! Dalam keadaan berpeluh sakan saya duduk atas kerusi asyik kena perli je dengan cikgu chua “SUDAH DEKAT SPM PUN MAHU LARI-LARI LAGI KA?HAIYAAA!!”


Tapi saya bersyukur sangat2 kerana Allah SWT memberikan otak yang cergas kepada saya. Saya cepat tangkap apa yang cikgu ajar walaupun saya sendiri jenis culas bila belajar, suka merepek dan merapu dengan kawan2 bila cikgu takde. Kawan-kawan dan sepupu pun slalu tanya macamana ko belajar? Aku  pun tak tau, belajar jela! 


Penulisan saya hebat- bukan puji diri sendiri tapi guru B. English saya, Cikgu Nik Hasni  kata “saya suka bila menanda kertas karangan je, saya akan cari karangan Hasny, saya ternanti2 apa story yang adik saya nak tulis ni”, Hmm muntahlah kalau anda rasa nak muntah. Nama kami kebetulan bunyi sama sebab tu dia cakap saya adik dia. Tapi dia tuduh saya jual ikan dalam kelas -selfish! time kelas english saya tidak menonjol diam membisu dan membatukan diri. Tahu jawapan tapi buat-buat tak tahu- jual mahal punyer budak!! Tapi sebenarnya saya takut. Takut buat kesilapan. 


Subjek saya suka belajar ialah PA-Prinsip Akaun. Seronok sih mengira2 duit berpuluh ribu. Biologi pun sama sbb cikgu Jaafar superb! Dia mengajar berlandaskan OBE… Saya enjoy hidup sebagai pelajar, seorang remaja yang aktif dan gembira.



KIMIA, FIZIK, MATE ker ADD MATE sorry to say; saya tak minat. Bosan! Bahananya  Form 4 - final exam dapat result agregat 12 tapi pangkat 2, tak cukup syarat. Kawan terkejut dan saya baru sedar sedikit. Saya seolah-olah dihukum. DAHSYATNYA SISTEM PENDIDIKAN KITA, KITA TAK BOLEH BELAJAR MENGIKUT MINAT KITA.. 


Bila naik form 5 saya paksa minat, daftar masuk kelas tuisyen Add Mate cikgu Chua. Tapi timbul tenggelam, mcm biskut datang kelas ikut rajin. Cikgu bising. Kadang2 tertidur ponteng tuisyen dan bagusnya member sekolah senyap2 datang rumah kat tingkap bilik sergah saya tengah tido. Melompat aku dari katil, siot betul! Untuk pengetahuan, rumah saya berhadapan dgn blok sekolah. Dalam 10 langkah jek. Kalu hujan saya curi balik umah angkat kain jemuran. Kadang2 dalam kelas boleh dengar deruman enjin motor vespa ayah bila dia keluar. Tuisyen KIMIA 4 kali hadir pastu berhenti…..


SPM 1998 (tahun mengerikan) setelah habis serabut kepala otak dengan kelas tambahan lah, kelas hikmah, tuisyen lah, ibnu sinna lah ntah apa2 lagi dengan lambakan kerja sekolah dan program motivasi, stop hadir dan letak jawatan persatuan,  hanya fokus pada study dan dapat result tak semengah mana cukup2 jew = pangkat 1 agregat 19.  Hmm bolehlah….. ayah kecewa sikit, dia letakkan harapan tinggi pada saya dalam pelajaran… sorry dad J


Dan ironinya aku boleh pilih bidang kejuruteraan!! mekanikal pulak tu!!! WHY? Aku pun tak tahu macamana terjebak benda2 ni!!! Ringkasnya, ayah call cousin (paling bijak pandai dan pelajar cemerlang dalam family ayah). Nama Syed Jaafar, panggilan boy hohoho dan background dia mechanical eng. So story ler mechanical engineering ni apa dia, 1st time saya dgr perkataan mekanikal. Dalam kepala saya fikir habis belajar saya akan jadi mekanik. 


Dan result tak best mana saya isi borang mohon benda tu sedangkan minat dalam akaun dan bisnes sebenarnya….. Dapat ITTHO, belajarlah benda2 yang saya tak minat dari awal lagi. Hampir2 nak quit, bungkus baju cabut balik tapi mengenangkan mak ayah dan biasiswa saya batalkan niat! Arghhh!!! Saya takut bila hilang biasiswa saya hilang jaminan kerja dengan kerajaan. Saya perlahan- lahan berubah jadi penakut dan pengecut. Saya hanya mahu ambil jalan selamat. Tidak berisiko walhal ianya menyekat impian dan minat saya.



Proses yang menbosankan dan hidup sebagai pelajar ketika itu tiada apa2 yang mengujakan. Macam robot. Belajar belajar belajar dalam rutin hidup. Bila graduate posting ke kedah saya jadi happy sebab macam aktiviti yg saya tinggalkan dulu dapat buat, bersukan terutama sekali. Lepas tiga tahun nak upgrade diri, sambung belajar jadi pelajar balik. Dan jalani rutin hidup yang bosan. Proses pelajaran telah jadikan saya mahir dalam subjek kejuruteraan sebab saya dah mula minat,fokus belajar sebab niat untuk mengajar lebih baik bila berkhidmat nanti.



Bila posting ke Sarawak kemudian ke Port Dickson, saya jadi employee yang ok lah. Semua kerja saya buat dan laksanakan. Tapi kepuasan bekerja tiada. Sebab pelajar saya makin teruk! SUCK!!  Saya dapat lihat dan merasakan diri mereka adalah seperti keadaan diri saya dahulu yang terperangkap. Bezanya saya malas tapi ada otak bijak. Saya survive sebab saya berjuang! 



Pelajar-pelajar ni dah lah malas, sebal dah tu bodoh sombong sungguh! Kadang2 abis kelas diorang tak dapat apa mereka belajar di sini, mereka pun blur. Layan je… Aku geram betul, bagi sekali baru tau! FED UP!!! 40 orang hanya ada 2 atau 3 yang bersungguh. Yang lain SAMPAH…. SEBAB SISTEM PENDIDIKAN KITA YANG @#$$^^!!! Geram sebab KEMENTERIAN  kejar KPI, pelajar tak layak boleh belajar benda yg mereka tak tahu. Akibatnya huru hara!! SAYA NAK JERIT PADA MEREKA,BERHENTILAH dari korang  BUANG MASA SEKARANG. KEJAR IMPIAN DAN MINAT KORANG!! Masalahnya diorang pun tak tahu minat diorang apa!



Bagi saya pembelajaran ialah bukan pada matlamatnya, tetapi pada proses dia. Saya sentiasa belajar dan mahu belajar, tetapi cukup2lah dengan ilmu kejuruteraan. Saya mahu belajar tentang self development. Tentang PEMBANGUNAN KENDIRI diri saya. Bagaimana nak melawan perasaan takut dan malu. Perasaan takut ditolak. Jadi saya pilih keusahawanan dan memilih untuk menjadi jurujual.  Membina lebih baik lagi skill komunikasi dan hubungan antara sesama orang. Menjadikan diri lebih berani dan matang. Tidak takut pada kekalahan dan penolakan. Cuba menjadi orang berjiwa besar dan kental. Bukan sekadar berkelulusan hebat!



DAN SEMUA INI TIDAK DIAJAR OLEH CIKGU-CIKGU atau PENSYARAH-PENSYARAH DI DALAM SISTEM PENDIDIKAN KITA. SISTEM PENDIDIKAN LEBIH KEPADA MENGHUKUM! SALAH AKAN DIDENDA ATAU DIMARAH ATAU MENDAPAT KEPUTUSAN YANG GAGAL DAN KOSONG! SEBAB ITU RAMAI KITA HEBAT PADA PELAJARAN TAPI BILA BEKERJA KEHIDUPAN KITA DI LUAR MENJADI GAGAL! PENUH KEBOSANAN, DIKELILINGI BIL, HUTANG PIUTANG DAN MENJALANKAN RUTIN HIDUP YANG SAMA. BANGUN PAGI PERGI KERJA CUKUP BULAN DAPAT GAJI BAYAR BIL DAN CUKUP MAKAN, GAGAL MENYIMPAN. 


KAIS PAGI MAKAN BULAN! DAN KITA MENGULANGI PADA BULAN2 DAN TAHUN2 YANG MENDATANG. TANPA PERUBAHAN! KITA CUMA BERUBAH JADI PENAKUT, BANYAK MEMBERIKAN ALASAN DAN TIDAK MAHU MENANGGUNG RISIKO.




HIDUP INI SEKADAR MENJADI PUSINGAN RODA,  ANDA BERLARI DALAM RODA DENGAN LAJU, MENGEJAR DAN MENGEJAR SESUATU HINGGA KELETIHAN TAPI ANDA SEBENARNYA MASIH DI TEMPAT YANG SAMA SAHAJA. UMPAMA LEMBU JINAK HANYA TUNGGU DISEMBELIH ATAU DIPERAH SUSUNYA…….. 


HAHAHA MUNGKIN ADA BERKATA APALAH STANDARD JADI JURUJUAL BAGI MEREKA YANG BERKELULUSAN IJAZAH, SARJANA DAN PhD. TAPI GOLONGAN INILAH SEBENARNYA LEBIH BERJIWA BESAR, KAYA DAN BERJAYA DARI MEREKA YANG berkelulusan hebat……..



SAYA TIDAK MAHU JADI LEMBU JINAK ITU………..


p/s: ANDA KURANG SETUJU? JIKA ADA PENDAPAT ANDA BOLEH KOMEN DI BAWAH BLOG INI

HASNY
012 7597929

1 ulasan:

  1. Betul sangat. Nak buat sesuatu mesti ada minat. Bila tak minat semua tak menjadi. Masa ijazah dulu pun dapat course yang saya tak minat. Menyesal pun ada. Tapi alhamdulillah kini dah jumpa apa minat saya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...