Khamis, 31 Januari 2013

Selamat Hari Lahir

31.1.13

Tarikh yang cantik.
Saya dah berumur 32 tahun dah.

Dan saya juga ingin mengucapkan,

Selamat menyambut hari jadi to my daughter

 Yup, kami berkongsi tarikh lahir.

Alhamdulilah,
Antara hadiah yang paling berharga daripada Allah SWT di hari jadi saya sampai bila-bila ( opss tetiba jadi sentimental)

Qaireen Shafiyyah,
 Lahir 31 Januari 2009
Hm dah besar anak ibu.
Cepatnya masa berlalu isk isk isk


































Semoga menjadi anak yang baik dan solehah,
Sentiasa ceria dan sihat selalu.

Dan saya akan sentiasa berazam untuk buat yang terbaik sebagai seorang ibu dan isteri dan sebagai muslimah.
InsyaAllah, semoga dipermudahkan.
Amin


Dedicate this song to all who are reading this blog. Thank you


Rabu, 30 Januari 2013

PERHIMPUNAN OH PERHIMPUNAN!!

Tengah-tengah sibuk buat kerja berlambak-lambak kat meja, tetiba KJ call handphone.

Saya tarik nafas dalam-dalam dan terus jawab.

"Hasny, awak tak pergi perhimpunan bulanan yang lepas yek?"

"Tak, saya uruskan P&P, bulan ni banyak sgt cuti umum, kelas dah tertinggal banyak. Nanti nak buat test serentak saya tak habis cover silibus nanti".

"Tapi awak kena pergi juga, nanti amanat pengarah tak sampai kat awak. Saya yang kena nanti", hm kesian boss.

"Ok, kalu perhimpunan ada, saya batalkan kelas. Faham yelah masalah puan juga yang kena nanti", saya jawab. Tapi dalam hati - Ya Allah malasnya aku nak buang masa nak dengar Pengarah membebal. Buang masa aku aje huh!!

Hahaha saya memang dari dulu tak minat pun nak pergi mana-mana perhimpunan, tak nak buang masa dengar dan tonton video, baca ikrar, nyanyi lagu dan lepas tu tengok video balik tak pun slaid ntah hapa-hapa ntah dari jabatan2 yang anjurkan - (mcm masuk bakul angkat sendiri ler). Ini semua poyo hahaha. Lebih baik buat tindakan daripada dok dengar dan tengok jek tapi sebenarnya nothing. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Yang teruknya pensyarah jugak nak cari masa lain nak ganti kelas-kelas ni,
Hm layan jer ler. Kerja dgn orang dan sistem - semuanya fikir diorang jelah yang betul .

DESIGN BAG FOR SALE

Second hand design bag to let go!

Tawaran istimewa untuk pre loved bag
All bought from oversea.




1. Coach bag
Price: MYR 220.00
SOLD

W/out sling

With sling.



2. Coach bag
Price: MYR 200.00

W/out sling

With sling




3. Coach bag
Price:MYR 200.00
SOLD





4. Coach bag
Price: MYR 200.00

With sling

W/out sling




5. Liz Claiborne bag
Price: MYR 70.00






6. Coach bag
Price: MYR 250.00
SOLD

W/out sling

With sling





7. Coach bag
Price:MYR 200.00
Nice to wear for party or big event





ALL PRICE NOT INCLUDED WITH POSTAGE.

PM ME @Whatassap
-HASNY-
012 7597929
013 6036630

First come first serve!
Be hurry....!

XOXO


Isnin, 28 Januari 2013

FROM TAIPING WITH LOVE

Umumnya semua tahukan kartunis terkenal Allahyarham Rashid Asmawi sinonim dengab karya kartun From Taiping With Love dalam Majalah Gila- Gila.
Kisah couple selalu dating kat Taman Tasik Taiping.



Petang tu since dah janji dgn anak2 nk bawa diorang ke Zoo Taiping (sekali lagi!), tapi tak sempat hujan lebat dan zoo dah tutup pukul 6 petang. Zoo buka balik pukul 8 mlm untuk Night Safari time.

So tukar plan, bawa jalan pusing2 taman tasik.

Baru lepas hujan lebat. Pokok2 di sini berusia lebih 100 tahun, dahan rendang mencecah ke tasik.

Pusing2 tasik ke?


Maha Suci Allah menciptakan alam, 
cantik permandangan di sini


Tempat sesuai untuk beriadah


Tenang dan aman, hijau. 

Lokasi yang cantik, jadi tumpuan pasangan pengantin baru buat photo shoot di sini.

Ramai orang asah bakat buat photoshoot di sini, gadjet hebat2 belaka.
Umar leka perhati orang menangkap gambar kat Taman Tasik



Confirm mahal kamera diorang =)


Petang dah semakin tua, senja dah hampir. Bergerak balik ke Bukit Gantang.



All the picture was captured by using Samsung Galaxy Note jek....=)


Ahad, 27 Januari 2013

HARI KEK!

Minum petang dengan anak2. Makan kek. Lokasi di Secret Recipe, Taiping.

Kek Umar- strawberry mashmallow cheese

Pilihan dia. Dia yg mintak. 

Qaireen punya -white chocolate macadamia. Since Qaireen allergic tak boleh nk makan chocolate biasa.


Yummy. Susah nak bagi Qaireen mkn kek, tak boleh sebarangan.


Saya dan husband, rasberry chocolate. 


Minum, milkshake

Espresso ice blended. 

Kenyang, Alhamdulilah... syukur.

Jumaat, 25 Januari 2013

MENCARI ALAT SENAMAN

Since dah pindah ke semenanjung, terus terang saya katakan memang tak de masa nak bersukan.

Pagi2 keluar kerja pukul 7.00 pagi dan balik rumah mesti sampai pukul 6 petang kadang2 cecah 7 petang kalau singgah sana sini.

Jadi rasa tak best kalu tak dpt berpeluh, pecahkan lemak. Sebabkan hanya malam ada masa terluang sikit, saya bercadang nak bersenam tapi tak kan nak berjogging malam2. Nak main badminton pun tak de geng. 

Jadi semalam pergi ke Tesco Senawang singgah sekejap di Takasima. Nampak satu  alat senaman yang  menarik.


Bagaikan satu kuasa telah menarik saya semakin dekat dengan benda ni.

Makin dekat!

Terus tertarik hehe. 
Cross trainer!

Jurujual demo peralatan senaman ni dan saya pun cuba, memang bagus untuk tangan, pinggang dan kaki. Buat dalam 10 minit dah keluar peluh banyak.
Dan bagusnya kita boleh set tahap kecergasan yg kita mahukan contoh kalu berjalan atas flat surface, atau naik bukit, atau gunung. Nak mencabar pilih ville-ada turun ada naik, kejap ringan kejap berat fuuuh.

Teringat masa masa zaman belajar dulu pergi gym UTHM . Berebut2 nk kayuh dengan student lain lol!

Harga dalam range RM3k lebih, sebab promosi Chinese New Year saya dapat offer RM2500.


DAN DAPAT FREE ALAT URUT  KAKI


Bila bila pasang dan urut, mak aii sakit giler. Dicucuk2 tapak kaki dan pengurut tu ligat berpusing2 kat kawasan tapak kaki. Berkerut muka haha.

Tapi saya setuju sebab bahagian anggota kita paling letih adalah tapak kaki sebab dia menampung seluruh beban badan kita seharian kita berdiri atau berjalan huhuhu.
Harga alat ini dalam RM1200, dapat free kira ok lah tu.

Promoter pujuk beli pakej siap ada kerusi Livia I sofa, bagus untuk pembentukan pinggul dan pinggang bagi perempuan terutama yang lepas bersalin. Tapi since saya dah pakai korset Premium Beautiful 8jam sehari rasa tak perlu hehe.

Husband sempat cuba kerusi urut, memang best tapi misi hari ni saya nak cari alat senaman.


Anak2 bermain dengan excersize ball sementara menunggu urusan pembelian dan ayah dia abis diurut.

1 minggu lagi sampailah ke rumah. 
boleh bersenam pasni, yesss!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...