Jumaat, 25 Januari 2013

MENCARI ALAT SENAMAN

Since dah pindah ke semenanjung, terus terang saya katakan memang tak de masa nak bersukan.

Pagi2 keluar kerja pukul 7.00 pagi dan balik rumah mesti sampai pukul 6 petang kadang2 cecah 7 petang kalau singgah sana sini.

Jadi rasa tak best kalu tak dpt berpeluh, pecahkan lemak. Sebabkan hanya malam ada masa terluang sikit, saya bercadang nak bersenam tapi tak kan nak berjogging malam2. Nak main badminton pun tak de geng. 

Jadi semalam pergi ke Tesco Senawang singgah sekejap di Takasima. Nampak satu  alat senaman yang  menarik.


Bagaikan satu kuasa telah menarik saya semakin dekat dengan benda ni.

Makin dekat!

Terus tertarik hehe. 
Cross trainer!

Jurujual demo peralatan senaman ni dan saya pun cuba, memang bagus untuk tangan, pinggang dan kaki. Buat dalam 10 minit dah keluar peluh banyak.
Dan bagusnya kita boleh set tahap kecergasan yg kita mahukan contoh kalu berjalan atas flat surface, atau naik bukit, atau gunung. Nak mencabar pilih ville-ada turun ada naik, kejap ringan kejap berat fuuuh.

Teringat masa masa zaman belajar dulu pergi gym UTHM . Berebut2 nk kayuh dengan student lain lol!

Harga dalam range RM3k lebih, sebab promosi Chinese New Year saya dapat offer RM2500.


DAN DAPAT FREE ALAT URUT  KAKI


Bila bila pasang dan urut, mak aii sakit giler. Dicucuk2 tapak kaki dan pengurut tu ligat berpusing2 kat kawasan tapak kaki. Berkerut muka haha.

Tapi saya setuju sebab bahagian anggota kita paling letih adalah tapak kaki sebab dia menampung seluruh beban badan kita seharian kita berdiri atau berjalan huhuhu.
Harga alat ini dalam RM1200, dapat free kira ok lah tu.

Promoter pujuk beli pakej siap ada kerusi Livia I sofa, bagus untuk pembentukan pinggul dan pinggang bagi perempuan terutama yang lepas bersalin. Tapi since saya dah pakai korset Premium Beautiful 8jam sehari rasa tak perlu hehe.

Husband sempat cuba kerusi urut, memang best tapi misi hari ni saya nak cari alat senaman.


Anak2 bermain dengan excersize ball sementara menunggu urusan pembelian dan ayah dia abis diurut.

1 minggu lagi sampailah ke rumah. 
boleh bersenam pasni, yesss!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...