Rabu, 29 Mei 2013

VACATION DAY-VIETNAM TRIP

SAYA TIADA DI MALAYSIA DARI 29 MEI SAMPAI 1 JUN. SEBAB BERCUTI KE VIETNAM. HOPEFULLY BALIK NANTI SAYA AKAN SHARE DI BLOG INI.
SEE YA

Selasa, 21 Mei 2013

KANSER WANG@WANG BOCOR!


Hari Ahad lepas, 19 Mei 2013 saya pergi ke Seminar Kombo di bawah kelolaan Richworks Group di Hotel de Palma, Shah Alam. Sebenarnya daftar pun last minute, tetiba je rasa nak pergi sebab ada tarikan nak ke sana. Husband pun ikut sekali untuk dengar, cari ilmu. Sebab saya rasa ni ilmu ni bukan senang nak cari di mana-mana sekolah atau universiti.

Jadi pagi-pagi tu hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan kami bergerak dari Port Dickson menuju ke Shah Alam. Sampai pun hampir pukul 9.00 pagi sebab singgah sarapan di R&R Dengkil. Begitu ramai krew Richworks yang menunggu di bahagian hadapan. Yang hadir pun ramai juga tak kira tua, muda dan pertengahan (mungkin sebab free) hehehe. Isi borang mendaftar di kaunter hadapan dan kemudian kami menuju ke ballroom.

Sampai kat pintu tak dapat masuk! Sebab terlalu penuh dan padat, sampai ada yang duduk bersila kat dalam tu. Bayangkan betapa dashyatnya sambutan huhu! Nasib diorang bukak skrin kat luar, jadi sesiapa yang lewat boleh duduk di luar dan tengok di layar skrin. Padan muka ku pasal apa datang lambat hehehe!


Sesi pagi (8.30-12.00) adalah seminar Fesbuk Power dengan speaker Mr Bryan Gan. Bila Dr Azizan keluar macam artis, bersorak orang ramai tengok hamba Allah ni. Dia share sedikit sebanyak macamana membuat pemasaran di FB. Dan banyak testimoni yang berjaya ditayangkan dengan mengunakan kaedah yang dipelajari dalam kelas AMP Bryan. Paling best, Bryan dan krew pergi ke Kampung Baru nak shooting buat testimoni peniaga yang berjaya setelah tamat kursus AMP.



Credit to fesbuk power for the picture



Pemilik page ni perempuan muda, bekerja sebagai PA syarikat swasta. Part time menjual hijab. Dan kalau tengok page dia fuh macam dashyat seolah-olah tuan pemilik ni mewah. Tapi bila Mr Bryan dan krew sampai, Bryan kata rumah kampung (kayu) jer, naik masuk dalam rumah kosong gile! Diorang semua termasuk pemilik page ni duduk bersila jek shooting gambar. Dalam rumah tu yang ada cuma laptop, broadband, kipas meja dan stok-stok tudung/hijab bertimbun untuk diedarkan kepada pelanggan. Tetapi yang "like' page dia dekat 30k dan pendapatan sehari cecah ribuan ringgit. Simple kan. Tak perlu susah-susah keluar cari pengedar, pelanggan, bukak kedai dan ambil pekerja. Order stok dari Indonesia dan Vietnam pun guna internet sahaja. Begitulah kuasa FACEBOOK! Then she retired kerja PA sebab jadi hura-hara dan tak menang tangan nak terima order daripada pelanggan.


Banyak perkongsian yang diberikan oleh Bryan dan seminar sesi pagi tamat 12 tengahari. Masing-masing keluar bergegas makan dan solat zuhur. Bila nak start sesi petang (2.00-6.00 petang) semua dah berkerumun depan pintu dewan. Sesi petang ni lain sikit, kalau pagi ramai orang muda dan pelajar, tapi yang petang pulak ramai golongan pertengahan/ belia (golongan bekerja dari 5 tahun ke atas). Sebab apa? Sebab topik menarik - Seminar Wang Power dan speaker bukan sebarangan orang- Abang Abu Alyubul Ansari-jutawan Singapore.


Abang Abu (mekanik wang) berasal dari Johor, pasal tu kot saya tahu tentang dia sebab memang famous dekat negara Kota Singa. Dia sendiri banyak dapat pengiktirafan luar negara dan pernah terlibat dalam kabinet perancangan ekonomi Singapura yang memacu ke negara maju. Ni yang buat saya tertarik nak datang seminar tersebut. Tahu-tahulah Singapore, tetiba pulak ada seorang Melayu berjaya dan berkuasa di kalangan bangsa lain. Dia keluar terus menari depan di atas pentas dengan lagu Jai ho, lepas cakap mesti aku sebijik macam bangla kah kah.



Abang Abu kongsi banyak perkara, kenapa dia boleh berjaya. Dan saya yakin hampir semua perempuan dalam dewan (termasuk aku hoho) menitik airmata dengar peristiwa hitam yang berlaku pada keluarga dia ni. Dan cerita dia benar apa yang berlaku pada masa sekarang dan kenapa ada kanser wang merebak dalam golongan pertengahan (middle class). Sebab saya dah banyak baca buku Robert T. Kiyosaki banyak juga persamaan yang diterangkan dalam seminar itu.



Apa itu ASET? Apa itu LIABILITI? Kenapa ada wang bocor setiap masa. Tahukah apa itu wang bocor. Wang tak mesra dengan kita, datang dan pergi. Dan paling best dia siap tunjuk joget orang miskin, joget orang susah dan joget orang senang kah kah. Step joget orang susah lagi banyak dan payah kalau banding joget orang miskin hehehe. Dan kebanyakan orang yang joget orang susah ni ialah golongan berniaga dan bekerjaya (makan gaji) yang berlandaskan kelulusan ilmu yang dipelajari di kolej/universiti. Jadi faham-faham lah ini termasuklah golongan elit dan profesional. golongan ni macam guru, pensyarah, jurutera, doktor, arkitek atau sebagainya.

Dan ramai di Kota Singapore, golongan ini selalu jadi biul. Kanser wang boleh buat orang jadi biul. tapi benar hari-hari ada kes macam-macam di sana. Lagilah bila ekonomi jatuh. Kenapa ada yang gagal, kecelakaan dan bagaimana ianya terjadi. Dia tekankan bukan FOKUS BERAPA BANYAK WANG YANG ANDA DAPAT. TAPI APA YANG ANDA PERLU BUAT DENGAN WANG TERSEBUT! Ramai orang biul sebab ni, bangang pun iye. Sorry bahasa dia memang spontan agar senang faham.....

Saya keluar awal pukul 5.00 petang sebab nak kejar masa balik ke Seremban, ambil anak-anak tadi. Dalam perjalanan memikirkan betul jugas kata abang Abu tu. Masalah wang bocor memang bahaya.


Dan semalan wang saya bakal bocor RM3000, bayar balik ke KPT. Sebab saya naik pangkat kena bayar balik elaun yang sepatutnya saya tak dapat. Tapi saya tak berupaya nak marah. Mungkin sebab kata-kata Abang Abu yang penting mula-mula bersyukur dahulu. Lepas tu buat perancangan. Kalau ikutkan hati mungkin akan kata macam-macam tapi saya redha dalam keterpaksaan huhuhu.. Fikirkan penat-penat business dan menyimpan sudahnya bagi balik kepada kementerian. Ada sesuatu ketidakpuasan hati dalam diri, saya nak cari di mana puncanya. Kalau tak bak kata Abang Abu, nanti kita jadi biul! :)

Dan saya akan sentiasa merapatkan diri mencari ilmu-ilmu ini di mana-mana seminar. Hehehe memang dah azam tahun ni nak ubah macam-macam. Hopefully dipermudahkan. Amin.



Khamis, 16 Mei 2013

THROWBACK: BAJET SEBELUM HARI BAHAGIA 2007

Pagi-pagi ni dekat opis, ada taklimat daripada KJ tentang penilaian prestasi kerja. Lepas taklimat, kami dikehendaki hantar SKT (sasaran kerja tahunan) pada hari ini juga!

Wah, kelam kabut cari balik mana ler letak SKT yang lepas. Nak taip balik mana ada masa, lagipun SKT tahun ni pun sama jek dengan tahun-tahun sudah. Huh tak berkembang langsung! hehehe.

So godek-godek kat komputer, hard disk tak jumpa-jumpa. Isk isk, mana pergi? bukak laptop pulak. Bukak ler folder BACKUP! yes! Jumpa ler satu fail SKT dan satu fail BAJETKU? Lega dah dapat balik SKT lepas. BAJETKU? Apa dia folder BAJET ni, bukak2...




Hahaha! Tergelak depan laptop tengok folder tu, bajet ku tujuh tahun dulu! Rasanya plan bajet dua bulan sebelum berkahwin tahun 2007. Selesai isi SKT dan hantar, saya tengok imbas balik tujuh tahun lepas. Uhuk uhuk uhuk.

Biasalah semua orang nak kahwin mesti pening kepala fikir bajet nak kahwin dan selepas kahwin kan. So disebabkan ada ler ingat sikit-sikit ilmu Prinsip Akaun zaman SPM dulu, saya buat ler bajet. Masa tu ASB dah makin susut ada lagi balance RM1k. Dan saya tengah belajar, masih berbaki lagi setahun di UTHM dengan bergaji separuh... Dua bulan tu belajar pun tak dapat masuk kepala pasal fikirkan bajet lol! Check ler gajiku time tu huhu.

Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) diberikan pada penjawat awam kakitangan sokongan untuk menyambung pelajaran sepenuh masa di peringkat ijazah. Mimpilah kalau nak menyimpan duit masa tu!

Gambar masa 2002, di Polimas. Lecturer praktikal. Empat bulan selepas tu mula bekerja di Politeknik Kulim(2002-2005). Umur saya 21 tahun ketika ini ♥


Saya tidak ambil pinjaman. Dengan gaji separuh tu dan ASB (hasil simpan kerja tiga tahun di Kedah) saya berjimat -tersangat ler jimat nak uruskan hidup belajar tiga tahun kat UTHM huhuhu. Tak nak dihantui oleh PTPTN. Kalau gaji naik selepas habis belajar degree dan sudahnya sama saja kena bayar balik hutang PTPTN.

sebab tu, SAYA MENYOKONG PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK RAKYAT hehehe!

Mujur ada KWSP, sebab mohon bersara pencen. Duit ni simpan sampai betul-betul saya perlukannya. Memang sungguh membantu sedikit banyak untuk urusan kenduri kahwin dan yuran pengajian saya. Mak ayah nak bantu pun saya bagi sponsor khemah sahaja. Sebab prinsip saya, selagi mampu saya akan berusaha,ewah2. Saya tak nak mereka bayarkan apa-apa satu bahagian pun.

Duit hantaran! Debit hantaran, kredit di advanza. Wah. Habis ku bayar duit muka kereta Avanza, pengganti kepada Kelisa yang banyak problem. Bayar kelisa bulan-bulan pun RM350. Saya jual kat Parit Raja pada seorang wak ni dapat tunai RM8k. Campurkan duit hantaran dan terus beli MPV. Orang pelik- pasal saya belum berkahwin tapi dah beli avanza kik kik kik. Sebab malas tukar kereta lagi selepas ni. Senang bawak satu family... Masa tu belum ada grand livina, exora, alza lagi. Kira avanza pioneer MPV market masa tu. Leceh nak tukar kereta besar lagi-menambahkan liabiliti dalam poket saya. Itu pun dah bernilai hampir RM70k termasuk cukai dan insurans.

SAYA SOKONG HARGA KERETA TURUN DAN LEBIH MUNASABAH!

Duit pelamin, meja makan, baju nikah, kad kahwin dan upah gambar dalam RM1500 isk isk.. Bayar lagi dua insurans GE (masa tu memang nak stop insurans jek tapi fikir-fikir tak jadi). Sebab sayang dah ambil insurans dari 2002 lagi. Lepas tu bayar yuran untuk short semester pulak RM380, ambil 3 subjek jek pun ish ish. Kalau yuran penuh satu semester RM880 - RM1000. Belum masuk beli buku-buku lagi. Hmmmm

Minyak! Masa tu RM1.92 seliter. Bajet RM100, cukup lah nak ulang alik UTHM dgn umah sewa dan balik kampung.. Itu pon tong-tong dengan member rumah. Bayar sewa rumah untuk dua bulan dan ada bajet lebih pasang sebijik aircond rumah mak ayah.  (Tahun 2008, minyak memecut naik RM2.70, terasa sungguh kesan dia!). Banyaklah puasa sunat, ikat perut sementara nak tunggu abis belajar dan graduate.

SAYA SOKONG HARGA MINYAK DITURUNKAN, SEBAB MINYAK NAIK SEMUA BARANGAN NAIK, darurat betul masa tu.

Dan paling bersyukur sekali, duit kenduri saya betul-betul CUKUP!  Bajet kenduri masa tu dekat RM10k kalau masak beriyani untuk 1000 jemputan. Tukang masak pun kawan ayah, En Md Shah. Member price hehehe. Betapa ramai jemputan yang hadir. Dan bilangan yang datang sungguh luar biasa. Siap ada ramai2 yang naik bas dari kampung sebelah dan Muar. Alhamdulilah.

Habis kenduri ada lah sedikit surplus dalam akaun bajet, nasib baik bukan deficit. Fuh... agak-agak korang tengok dalam akaun bajet tu mesti perasan hanya satu-satunya aset yang saya beli dan simpan sekarang ialah barang kemas huhuhu. Tapi sekurang-kurangnya beli kuda hijau ku ini berbaloi sebab banyak berjasa sebelum majlis kenduri sampai lah ke hari ni.








Dan syukurlah tak perlu sampai berhutang untuk perbelanjaan kenduri kahwin dan pendidikan saya. Dengan gaji separuh masa tu mengajar saya untuk lebih berhati2 mengendalikan kewangan huhu. Dan sampai sekarang pun masih belajar untuk tingkatkan pendidikan kewangan saya dengan lebih baik lagi. Harapan lepas ni boleh tambahkan aset dan lebihkan pendapatan, kurangkan liabiliti serta perbelanjaan. InshaAllah. Amin.

Rabu, 15 Mei 2013

KOPI MINERAL HAI -O



KOPI MINERAL HAI-O
       

              Anda pengemar kopi? Tahukah anda kopi mineral Hai-O boleh menghilangkan keasidan dalam badan malah menambahkan kealkalian kepada peminumnya. Kita tahu jika badan menghampiri pH asid, sistem badan kita akan lebih mudah terdedah penyakit contohnya GOUT, KEPUTIHAN, DARAH TINGGI dan sebagainya. 
 
           Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan Garam Buluh-'Bamboo salt' dari Korea. (APA ITU GARAM BULUH? Kenapa kita perlukan garam dan mineral? Anda boleh klik disini untuk info garam buluh Korea).

              Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.




KEBAIKAN
KOPI MINERAL HAI-O


  • Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
  • Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
  • Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
  • Melegakan tekanan (bau aroma kopi mineral yang menenangkan)
  • Tiada gula (sesuai untuk penghidap diabetes)
           Dengan adanya Kopi Mineral Hai-O, penguna Garam Buluh mendapat alternatif lain untuk mengamalkan pengambilan garam buluh seharian selain mengunakan Garam Buluh masak dan minum. 

Testimoni penguna mengunakan Garam Buluh sebagai minuman mereka. Alhamdulilah ada kesan kebaikannya.

Saya sekeluarga amalkan minum kopi mineral (yang mengandungi Garam Buluh)



Dan saya masak makanan di rumah guna Garam Buluh. 
(Itu benar2 masakan yang saya masak  :)


CARA PENGAMBILAN


  • Bancuhkan sebungkus Hai-O Mineral Coffee dengan 150ml air panas, boleh diminum selepas dikacau dengan rata.
  • Tidak perlu penambahan gula. Kopi mineral bebas gula dan dibancuh untuk diminum terus. 
  • Bebas kafein jadi peminum tidak akan sakit kepala atau migrain setelah minum kopi mineral.
  • Saya dan suami pengemar kopi dan amat menyukainya kerana rasanya yang tidak terlalu manis dan SUNGGUH sedap!!



1 kotak = RM30.00
Postage: RM5.00


Pembelian harga Borong
4 kotak = RM125.00 

(POS PERCUMA!!)


Sms/whatassap/viber 

"Saya ingin beli kopi"

pada

012 7597929
013 6036630

HASNY
SENIOR SALES MANAGER
EJEN BERDAFTAR : 619518

SEREMBAN, N.SEMBILAN. 




Barang akan diposkan serta merta. InshaAllah.



Jika anda berminat untuk menjadi ejen Kopi Mineral (jadikan side income ) 
boleh contact saya untuk penerangan.


Terima kasih

BIO VELOCITY SLEEP MATE (BVSM)


  •  TIDUR TIDAK TETAP (KERJA SHIFT)
  • INSOMIA (TIDAK BOLEH TIDUR)
  • DEPRESSION DAN STRESS (GEJALA KURANG TIDUR)
  • KELETIHAN
  • KURANG CERGAS
  • SAKIT SENDI DAN MIGRAIN

 SELESAIKAN MASALAH TERSEBUT DENGAN MENGUNAKAN ALAS TILAM YANG BERTEKNOLOGI BV (BIO VELOCITY) MANFAAT DARI GARAM LAUT DAN TENAGA TULEN SEMULAJADI YANG BERPUNCA DARIPADA SINAR MATAHARI PAGI.

TEKNOLGI YANG DIKAJI OLEH SAINTIS KOREA, DAN PEMBUATAN FABRIK DARIPADA JERMAN





UJIAN KLINIKAL MENUNJUKKAN BAHAWA TERDAPAT PENINGKATAN TAHAP TENAGA KEPADA SUBJEK SELEPAS MENGUNAKAN BVSM


KEISTIMEWAAN BVSM


  • Mengalakkan peredaran darah
  • Menguatkan fungsi jantung
  • Meningkatkan kandungan oksigen dalam darah
  • Mengaktifkan fungsi sel
  • Meningkatkan kecergasan
  • Menstabilkan emosi
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengalakkan tidur berkualiti.
  • Mengurangkan kesan radiasi elektromagnetik
Menyelaraskan sistem saraf autonomi
Meningkatkan kadar metobolisme
Menguatkan sistem imunisasi
Meningkatkan penyembuhan sel
 Melegakan kepenatan dan lebih bersemangat (TIDUR YANG LENA)
Meningkatkan aura tubuh badan







TESTIMONI




·         KES PERTAMA : MASALAH STROK MAJOR

(credit to AuraShop769)

Seorang nenek usia 75 tahun (Pn Halijah) dari Labis, Johor mengalami strok major akibat saraf dan otak mengecut. Walaupun telah menjalani beberapa sesi fisioterapi, masih belum ada perkembangan positif, tidak boleh bergerak langsung, tidak boleh bercakap dan hanya minum susu mengunakan tiub melalui hidung. Dengan mengunakan BIO VELOCITY SLEEP MATE beberapa minggu, Puan Halijah sudah boleh mengerakkan tangan dan sudah boleh minum mengunakan straw, boleh duduk dan lehernya kuat untuk mengangkat kepala ketika sedang baring, duduk dan boleh bercakap. Alhamdulilah. Tonton video pengalaman anak Pn Halijah. 



·          KES KEDUA : MASALAH KENCING MANIS (DIABETIS)
Ramai di kalangan pesakit kencing manis mengalami masalah kebas-kebas tangan dan kaki. Selalunya mereka tidak “rasa” jika memegang atau memijak sesuatu benda. Alhamdulilah dengan tidur beralaskan BIO VELOCITY SLEEP MATE, Pn Siti Zaleha (53 tahun) dari Ampang kini tidak lagi berasa kebas-kebas tangan dan kaki. Telinganya yang selalu berdengung juga sudah pulih. Ruam di badan dan sakit sendi-sendinya selama ini juga sembuh.  



·        KES KETIGA: MASALAH INSOMIA& DEPRESSION
Puan Jamilah dari Bahau sebelum ini mengalami masalah insomnia (sukar tidur) selama 3 tahun berturut-turut sejak kematian suami. Tidur berbekalkan ubat tidur dengan kawalan doctor pakar. Alhamdulilah dengan izin Allah selepas 7 hari tidur beralaskan BIO VELOCITY SLEEP MATE, beliau tidak lagi bergantung pada ubat tidur dan dapat tidur dengan nyenyak dan hidup lebih ceria.



CARA PENGUNAAN


  •  BUKA LIPATAN DAN BENTANG BVSM DI ATAS TILAM.
  •  BOLEH JUGA DIGUNAKAN UNTUK BANTAL DAN SELIMUT.
  •  DISARANKAN MINUM AIR SEBANYAK 2 LITER SEHARI BAGI MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN.  



CARA PENJAGAAN


 DICUCI SETAHUN SEKALI DENGAN MENGUNAKAN BAHAN PENCUCI BERORGANIK SEPERTI PB WASH
 CUCI DENGAN TANGAN, DILARANG MENGUNAKAN MESIN BASUH.
 JEMUR DI BAWAH SINAR MATAHARI PAGI (SEBELUM PUKUL 11 PAGI SAHAJA)
   DICADANGKAN DICUCI PADA BAHAGIAN KOTOR SAHAJA.





HARGA BVSM 1 UNIT RM1488.00  


PERCUMA!!!
1 KOTAK KOPI MINERAL
Klik di sini untuk mengetahui kebaikan Kopi Mineral HAi- O





BERIKAN KEPADA MEREKA YANG ANDA SAYANGI DAN MEMERLUKANNYA. 
ALLAH YANG MENYEMBUHKAN DAN KITA DIGALAKKAN UNTUK BERIKTHIAR DAN YAKIN PADA USAHA KITA.   


Setelah pembayaran dibuat, penghantaran pos ke alamat yang diberikan.




Resit rasmi akan dikeluarkan untuk pelanggan menunakannya sebagai pelepasan cukai untuk perbelanjaan kesihatan keluarga. 



PEMBAYARAN
Internet Banking
 
No. akaun CIMB: 01140033554529
(HASNY ABDUL JALIL)


Atau 


No. Akaun MAYBANK No Akaun: 155041857476 
(Hasny Binti Abdul Jalil)



SMS/CALL/WHATASSAP

HASNY
012 7597929
013 6036630




ADAKAH ANDA INGIN MENJADI EJEN ATAU PENGEDAR BVSM INI??

Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut mengenai produk dan plan marketing.



Kenapa saya mesti jadi ejen BVSM ini??

1. Dengan modal serendah dari RM50 hingga RM5000 ianya sudah cukup untuk menjanakan perniagaan mantap tanpa risiko kerugian yang tinggi
2. Tiada lambakan stok yang banyak..
3. Produk berkualiti dan diiktiraf daripada pihak berkuasa dan pengguna.
4. Perniagaan yang amat mudah kerana produk yang dikenali dan demand yang tinggi daripada penguna. Pernah saya kehabisan stok dan terpaksa menunggu hampir 2 bulan mendapatkan stok baru.
5. Keuntungan runcit, rebet dan komisyen yang tinggi. InshaAllah.



HUBUNGI SAYA

-HASNY -

012 7597929
013 6036630


Rabu, 8 Mei 2013

Keep moving on!

 

 
Hari ini dah masuk ke empat selepas keputusan PRU13 diumumkan. Jadi dah tau lah barisan kepimpinan negara. Keputusan yang membuat perasaan orang bercampur baur. Kalau di tempat saya, Batu Pahat, wakil Parlimen Barisan Nasional Dato' Puad Zarkashi beberapa penggal telah tewas pada Keadilan. Mantan Menteri Besar Johor Bahru, Abd Ghani Othman pun tewas pada DAP.
 
Kenapa kalah, tentu ada sebabnya. Mereka yang tinggal di kawasan bandar atau berasal di situ dah tentu tahu siapa yang layak untuk dipilih. Saya sendiri pun tak terkejut dengan keputusan tersebut tetapi mengakui apa yang berlaku seperti satu 'miracle'! Johor mempunyai talian sentimental dengan kepimpinan BN atau lebih kepada UMNO. Sebab ayah saya kata kebanyakkan orang Johor kalau direndam dalam kolam, air kolam pun boleh tukar warna biru.
 
Jadi rakyat dah memilih, oleh itu yang menang jangan riak dan kalah jangan sedih. Jalankan amanah sebaiknya untuk berkhidmat kepada rakyat. Malaysia peace!
 
 
 
 

Isnin, 6 Mei 2013

Makan roti nan

Sementara nak tunggu keputusan undi malam ni saya amik keputusan keluar cari roti nan dgn husband.

Kami pergi ke bandar Batu Pahat. Restorant Nikmat yang terletak Jalan Syahbandar. Terkejut jugak sebab diorang dah start operasi di bangunan baru. Dulu mula-mula operasi diorang berniaga ada rumah papan jek. Last2 dek kerana pelanggan bertambah ramai buatlah satu bangunan kedai di depan kawasan tu.



Tapi masa nak menunggu bangunan tu siap sepenuhnya diorang beroperasi di celah2 bangunan tu. So betapa padat dan sesak lah jugak tambah2 lagi kalau hari cuti




Baguslah dah start berniaga kedai baru. Selesa sikit. Jadi dapur diorang letak kat luar. Tempat kedai hanya kerusi meja makan je. Macam biasa orang ramai betul! Menunggu jela jawabnya.



Kami order roti nan, ayam tandoori dan bungkus bubur nasi untuk budak2 kat umah.
Kalau nak makan cepat nasihat saya tak payah lah datang sini sebab waktu menunggu kadang-kadang 20 minit lebih-lebih lagi waktu puncak. 







Jemput makan...



Ahad, 5 Mei 2013

Selamat Mengundi

Alhamdulilah. Hari ini 5 Mei 2013 hari mengundi PRU13 Malaysia.

Saya telah melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Pagi2 ni bangun dan bersiap ke Sekolah Agama Muafakat, Parit Salam, Johor.

Kami satu family didaftar untuk mengundi di sana.


















Parti apa saya undi? Of course party Tupperware. Lol.

kita tggu keputusan malaam nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...