Selasa, 3 Disember 2013

Cari alat ganti Printer HP ku

Dua minggu lepas saya baru saja 'refill' ink untuk printer Deskjet K209 All in One Printer HP. Tiba-tiba besoknya tak boleh 'on'! Check sana sini suis dan kabel, rupanya adapter power dia rosak, officemate bagitau hari Sabtu ada petir yang kuat dekat area politeknik. Kebetulan komputer PC tiada guna AVR. Kira ni kes short circuit ler. Aduh malang sungguh...

Mencarilah merata kedai PC area Seremban tapi memang susah nak cari spare part. Memang kena guna Adapter jenis HP 32 Volt. So saya pun call HQ, telefon sana, telefon sini sebab diorang bagi nombor telefon pejabat yang berlainan untuk dirujukkan masalah itu. Hadoiiii.

So finally, saya simpulkan sahaja jika anda ada problem nak tukar dan beli spare part produk HP.
  1.  Call nombor 1 800 88 4889
  2. Tekan no 2 untuk sambung ke operater bahagian pembelian alat ganti
  3. Operater akan meminta SN (Series Number) produk anda. Jadi check dulu series number produk anda nak beli sebab mudah dia check stok berdasarkan kod tersebut.
  4. Operater akan memaklumkan produk akan dapat dalam tempoh diberikan.
  5. Jumlah pembayaran harga produk
  6. Nak ambil sendiri atau pos laju? kalau nak pos laju tambah duit pos.
  7. Emailkan alamat dan resit atau referrence number jika bayar secara online.
  8. Tunggu barang sampai.
  9. Selesai...

    Kalau korang rajin nak turun ke pejabat dia, ini alamatnya...

    Parts Avenue Sdn Bhd
    No.15, Jalan USJ 1/1C
    Taman Subang Mewah, Regalia Business Centre,
    Subang Jaya, Selangor. 


    Dan tak sampai seminggu akhirnya barang yang ditunggu pun sampai ke pejabat. Pasang dan boleh terus guna. Lega....


    Moralnya kena pasang AVR bagi elakkan pisang berbuah dua kali yek.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...