Isnin, 16 Disember 2013

Memburu Durian Kampung.

Dah janji dengan kawan sepejabat yang Sabtu lepas kami akan datang ke kampungnya di Labu nk beli durian. Memang durian fresh betul dari kebun makcik dia. Jadi pagi-pagi dalam pukul 9.00 pagi kami sampai di Kampung Plengong, Labu.


Waktu pagi2 macam ni kat kampung memang mendamaikan. Banyak juga pokok buah-buahan macam rambutan, manggis dan durian. Merata-rata. Sempat juga kait buah rambutan kat depan rumah member ni hehehe.

Umar dapat rambutan kait kat pokok di rumah Aunty Fizah.


Dapat kumpul durian dalam 17 bijik. Harga RM45. Memang murah betul.
Balik rumah memang terus bukak, Qaireen dan Umar dah tak sabar nak makan.

Makan time!!

Sedapnya Qaireen makan, terpejam-pejam mata menikmati durian hehe.

1 biji dah dihabiskan diorang, belum ibu dan ayah lagi :)


Ada baki buah buat serawa durian. Yummy. Cicah dengan roti. Thanks kak fiza atas durian kampung tu :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...