Jumaat, 21 Februari 2014

BUKU BERTEMU RUAS

Petang semalam ambil anak2 macam biasa dekat Pasti. Sampai je tiba-tiba cikgu cakap "ada kejadian tadi, Umar ada injured sikit". Aku pandang kat Umar, alamak sentap hati mak nak!

Bercalar-balar muka hensem budak ni hehe. Pipi, bawah mata dan hidung. Confirm bercakaran dengan budak lain.

Muka masam je balik sekolah. 


Cikgu kata Umar berebut mainan dengan budak perempuan sekelas dgn dia masa kelas Iqra. Tahu2 dua2 dah menangis, pipi siap berdarah. ALAHAI.... Hm Umar perangai dia sama macam nama dia. GARANG...bengis pun iya..

Qaireen ceria sentiasa balik dari sekolah.

Last2 Umar marah, tarik hp aku tak bagi ambil gambar dia, tak suka. 

Dia tak bergaduh dengan sesiapa kecuali ada orang usik dan ambil barang dia. Selalu dia berkelahi dengan kakak dia lah, Qaireen.  Dah ler kakak dia tak melawan, redho jelah dan hanya menangis kalau kena pukul atau tarik rambut. Aku juga yang kena back up Qaireen dari kena buli adik dia.

Jadi kali ini memang betul ler buku bertemu dengan ruas hehe. Silap orang ko nak bergaduh Umar. Budak pompuan tu pon garang juga haha. Hai Umar Syafiy....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...