http://1.bp.blogspot.com/-k2Cgxjoirls/VJpjA_GM2fI/AAAAAAAAUCk/iDQMWmZ1bjs/s1600/favicon%2B(6).ico

Jumaat, 28 Mac 2014

Zikir Hasbi Rabii

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi Ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha Illallah

Cukuplah Allah sebagai tuhan
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah
Nur iaitu cahaya Muhammad
Selawat dan salam ke atasnya
Dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

#prayforMH370


Isnin, 24 Mac 2014

PROMOSI RICE DISPENSER!!

NI TUMPANG IKLAN JAP HEHEHE.



ADA PROMOSI RICE DISPENSER DARI TUPPERWARE. TAK PERNAH2 TUPPERWARE BAGI DISKAUN PADA BEKAS BERAS NI TAU. NI LER JULUNG2 KALI PERTAMA TUPPERWARE BAGI LESS RM49.00 DARI HARGA ASAL. JADI TINGGAL RM295.00 RM246 SAHAJA. KALAU HARGA AHLI DAPAT LESS 25% JADI HARGA DAH JADI RM185.00 JEK!!!BEST! BEST! BEST!!!

PROMOSI SAH SEHINGGA 31 MAC 2014. JADI KEMPEN SATU RUMAH BELI SATU BEKAS BERAS DAN PENAPIS AIR!!

NANO NATURE WATER FILTER PUN MURAN LESS RM490.00. HARGA DIA DAH JADI RM2750.00 RM2260.00. KALAU JADI AHLI DAPAT LESS 25% JADI HARGA TINGGAL RM1695. BAYAR ANSURAN KREDIT KAD 12 (0% INTEREST) AKAN JADI RM141.25 SEBULAN.

RUMAH AKU DAN AYAH MAK PUN GUNA FILTER AIR NI, SENANG NAK JAGA DAN MAINTENANCE. COMEL PULAK TU. MINUM, MASAK GUNA AIR NI MEMANG OK, TAK DE MASALAH. SEDAP JEK.

Baru lepas tukar catridge. Setahun sekali atau 5000 liter. Mudah dan senang


BOLEH PM 
HASNY
012 7597929
013 6066630

Rabu, 19 Mac 2014

Lasagna recipe.

Dulu ada aku citer yang jumpa buku resipi masakan barat di sini. Jadi teringin nak cuba buat lasagna. Lasagna ada beberapa lapisan. Lapisan pertama 'penne' atau lasagna yang telah direbus lembut. Kedua ada meat sauce @ bolognese sauce. Dan ketiga ada bechamel sauce.Kemudian taburan mozarella dan parmesan cheese.

1. Rebus penne (masa kursus dulu aku guna penne) atau lasagna dengan air sampai lembut. Dah lembut, toskan air dan ketepikan

Lasagna. Tak kisah jenama pape, janji halal.

2. Sediakan bahan untuk Meat sauce

Antara ramuan untuk buat meat sauce.
  • Butter  / minyak zaitun 2 sudu besar
  • daging cincang (200 gram, yang ni aku beli di Mydin sebab fresh. Kalu boleh sebab nak sedap lagi jangan daging jenis beku) 
  • 1 biji Bawang holland cincang
  • 3 biji Bawang putih cincang 
  • 1 batang Celery cincang 
  • 1 biji tomato cincang
  • Puri tomato ( yang ni aku guna 1 tin brand Prego)
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil blackpeper corn
  • Secubit mixed herbs/oregano
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
Tumis bawang holland dan putih. Dan daging cincang sekali.

Panaskan pan dengan minyak. Tumis bawang holland dan putih sampai naik bau. Masukkan  daging cincang dan masak hingga bertukar keperangan. Masukkan puri tomato. kemudian setelah mengelegak masukkan tomota cincang, mixed herbs, black pepper, tepung, gula dan garam.

Meat sauce dah siap!!

3. Sediakan bahan untuk Bechamel sauce

  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar cheese/ 2 keping cheesdale
  • bay leaf (kalau ada)
  • bunga cengkih 1@2 lawang
  • air suam (untuk adjust pekat)

Guna api kecil. panaskan sauce pan dan masukkan butter. Setelah cair masukkan tepung gandum. kacau sehingga sebati.
Masukkan susu segar, kacau rata. Jika mahu pekat lagi boleh campurkan whipping cream. Atau gunakan air panas atau suam jika mahu cairkan lagi. 


 Masukkan potongan cheese. Cheese dah cukup buat sos masin, jadi tak perlu garam. 
Didihkan sehingga pekat.



Persediaan untuk buat lasagna lapisan demi lapisan. Sediakan acuan untuk dibakar. Sapu majerin atau butter pada surface acuan. 


Lapisan pertama: Susun lasagna, menutupi permukan acuan.

Lapisan kedua: tuang sedikit meat sauce hingga menutupi ruang.

Lapisan ketiga: Tuang bechamel sauce.

Taburkan mozarella dan parmesen cheese.


* Ulang balik sekurang2 nya dua atau tiga lapisan. Bergantung pada keluasan acuan anda pakai.

 Dah siap, bakar 200 degree celcius dalam masa 40-30 minit bergantung besar acuan lasagna anda.



Sudah siap dibakar.
Biar sejukkan dulu sebelum makan. Sabar dulu okay. Nanti melecur mulut lols.


Yummy!! Sila baca doa makan sebelum makan.
Selamat mencuba!!

Shopping barangan elektrik dan elektronik di Seremban

Setelah beberapa minggu tergendala nak mencari kipas siling dan exhaust fan akhirnya hari ni sempat aku dan husband pergi bandar Seremban untuk survey semua benda tu. Actually kami ada pergi ke Senawang untuk cari kedai kontraktor elektrik yang mana kedai dia menawarkan harga pemborong tapi bila pergi kedai itu macam dah lama 'be abandoned'! Frust beb!

Dah semak samun dan usang, apa citer?


Ada juga aku survey kat hypermarket macam Tesco S2 dan Mydin. Harga yang ada pun memang fix.  dan ada jenama yang tiada stok.Tapi harga mahal lah.

Tesco S2 - Bayu 5 _White colour,Panasonic RM359.00

Bayu 4, Panasonic. Tesco S2

Exhaust Fan 8" harga RM129.00, Tesco S2


Bila tanya semua member opis yang tinggal kat Seremban, semua akan suggest kedai Thye Hin Sdn Bhd -Pemborong barangan elektrik Seremban. Tuan rumah aku pun beli kipas dan lampu kat kedai tu jugak. So aku dan husband ke lokasi kedai yang terletak di Jalan Tunku Munawir.

Kedai Tyhe Hin Sdn Bhd, Jalan Munawir , Seremban

Kedai ni memang besar, banyak stok dan jenama. Memang ramai yang datang ke kedai ni sebab sentiasa ada produk yang diorang nak. Kebanyakkannya memang ada dijual. Sebab tu kedai ni POPULAR sangat bagi orang Seremban, PD dan Labu.

Kipas bilik - aku dan husband amik yang jenis biasa saja. Jenis Panasonic. Bukan kawalan jauh. Kipas di 'living hall' dan 'dining hall' kami ambil yang kawalan jauh sebab design nampak menarik sikit. Sebenarnya ikutkan aku tak berapa berkenan dengan kawalan jauh sebab hayat dia paling ok dua tahun jer, lepas tu ada masalah timbul terutama bab sensor!! (sebab kat rumah ayah pasang kipas jenis tu..) Dah lah kipas tu mahal, cepat rosak pulak.. Sedangkan kipas biasa dalam bilik aku, dari zaman aku sekolah sampai masuk U dan kerja, kipas KDK yang 'bodoh' tu boleh tahan tanpa ada apa2 masalah pun, tetap berpusing macam biasa lols!! 

Kipas Panasonic Bayu 5, colour gold (ada colour white murah lagi), lima bilah, 3 speed- harga dalam RM318 seketui!! Sebab beli banyak set, habis negotiate last price amoi kedai pun bagi diskaun RM310/set. Kalau nak kelajuan 5 speed, harga dalam RM4++. Exhaust fan 8" harga RM100. Kira murah juga compare kat kedai dan hypermarket lain.

Kami ambil 5 set kipas biasa, 2 set kipas kawalan jauh - Bayu 5 dan 2 exhausts fan 8" (semua brand Panasonic). Total RM1470.00. Kedai Tyhe Hin boleh simpankan barang selama 6 bulan. Aku mintak simpan dulu sebab rumah baru pun kontraktor tak habis lagi baiki defect yang dah dilaporkan. Nanti hilang, naya jek.

Sempat juga aku sambar 1 set pengisar Panasonic. Dahlah 6 bulan blender aku rosak, tak beli2 yang baru. Pakai cili boh rasa macam kurang jek, tak best.. Lagipun ada bahan pengawet. Harga RM100.. Tapi aku rasa boleh dapat murah kalau beli kat kedai depan rumah ayah aku. Sebab tokeh dia kenal ayah, ayah dapat beli harga RM96 ahaks!!



Lepas tu kami singgah di Kemayan Square, kedai STP Tecnology Sdn Bhd. Husband memang lama nak beli laptop. Sebab laptop aku beli since tahun 2006 tu lembab tak dapat proses data cepat. Jadi dah ramai officer dok perli2 dia masa meeting, memang kena beli yang baru.

Sesi penerangan dari jurujual.


Jenama Lenovo, price RM1549. Sesuai untuk husband guna proses data graduan dan tracer study. Dan kegunaan microsoft office (biasa-biasa) jek. Kalau untuk design dan banyak mengunakan grafik (berat dan ada graphic card) harga dia hampir RM2k. Aku memang tak minat guna laptop kalau buat kerja design (tak kira Autocad, Solidwork atau MasterCam dari belajar lagi), prefer guna PC kat makmal saja. Puas hati.

Ok, settle beli laptop. Lepas ni confirm tak berebut nak guna laptop lagi hahaha!

Isnin, 17 Mac 2014

Deman..

Minngu ni aku tak dapat update blog sebab sibuk menjaga anak deman panas. Aku cuti dua hari langsung sebab nak jaga Qaireen Shafiyyah memandangkan husband kena pergi meeting di Perlis.


Start ahad, badan Qaireen panas, check suhu 38.9 celcius. Batuk berkahak. Bagi makn ubat batuk dan sirap panadol. Dia tidur saja sepanjang hari. Makan pun tak mahu. Aku bukak aircond supaya sejuk, dan lagipun udara kat luar pun jerebu bau asap. Badan dia panas dan kadang2 sampai mengigil2, adakala dia meracau2 masa tidur. Macam dikejar sesuatu. Kesian Qaireen. Memang basah kuyup aku lap tuala basah kat kepala dan badan dia.



Malam tu aku cuma bentang tilam di luar, senang dia baring2 tidur depan TV. Aku pun banyak bukak Astro Awani untuk menunggu khabar berita MH370.  Bila bagi makan bubur, dalam 7 suap dia muntah semuanya. Pastu kerja akulah mendobi kain, kusyen dan baju sebab tengok flow air dah mula kecil. Ish nak catu air lagi ler tu huhuhu.

Kesian, susut badan ank ibu tak nak makan sehari. Tunggu doktor panggil nama kat klinik. 


Last2 semua anak beranak tidur kat depan. Pagi senin masih tiada perubahan. So Qaireen cuti tak pergi sekolah. Aku pun amik cuti, umar sahaja ke sekolah. Lepas hantar umar sekolah, aku belikan roti canai tapi Qaireen tak lalu makan. Kira dari semalam Qaireen tak makan langsung sebab dia takut muntah lagi. Cuma minum air glukos dan barli. Aku kept up to date, whatsaap gambar dengan husband tentang perkembangan Qaireen. Kalau meeting abis awal dia akan cabut balik cepat2.


Petang kemudian lepas ambil Umar dari PASTI, terus pergi Seremban 2, Klinik Anjung Karisma. Doktor check tekak dia bengkak, batuk dan deman. Bagi ubat antibiotik sekali untuk dihabiskan.Confirm lepas makan, Qaireen pun macam melayang sebab ubat mengantuk. Badan berpeluh2 dan suhu badan dah turun. Tidur lah sampai ke pagi.

Dan hari Selasa, aku pun cuti lagi. Hantar Umar ke PASTI dan basuh semua baju, tilam dan kain. Sambil2 basuh kain tengok sekejap MHI TV3, Kapten Norudin (bekas juruterbang MAS) bagi pandangan dia tentang peristiwa MH370. Kagum aku dengan orang tua yang berilmu ni.

Pagi tu baru nampak Qaireen bertenaga, bagi minum sup cendawan. Aku ajak dia keluar ke pejabat POS LAJU Lukut sebab kena poskan barang2 (kolagen, kopi dan tupperware) yang customer dah order dan bayar. Untung sebelah Pos Laju ada Kopitiam Old Town White Coffee. Qaireen request nak makan me sup. Ok jugak, boleh aku perkena kopi-aku ni gila kopi.

Sebelum makan, 
selepas setengah jam jus oren abis dan me tinggal suku je dalam mangkuk


Malam tu dia pun ceria, main2 dengan Umar. Nampak ada bubur McD terus mintak, mak aii banyak betul makan. Kira balas tak makan 2 hari ler tu. Alhamdulilah, sihat kembali anak-anak aku. Malam tu husband pun sampai dari Perlis.

P/S: hati agak sedih mengenangkan nasib pesawat MH370. Semoga Allah permudahkan pencarian dan menyelamat pesawat ini. Amin....



Rabu, 12 Mac 2014

KEHILANGAN...


HARI NI 12 MAC 2014. SUDAH MASUK HARI KE LIMA...MH370 HILANG..


DOAKANLAH SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN PENCARIAN PESAWAT, PENUMPANG DAN ANAK KAPAL INI. AMIN :'(

 


Khamis, 6 Mac 2014

My New Power Bank and Casing

Aku beli online saja. Beli semalam hari ni dah sampai. Wau memang pantas!! Aku pakai Samsung Galaxy Note 1. Yang mula2 keluar punya version. Aku beli RM599 dua tahun lepas. Murahkan. Sebab beli pakej Maxis, tp memang berbaloi. Internet laju, senang nak update blog dan fb.


Ada dua pack. Satu power bank. Satu lagi casing.


Total harga RM105 included pos. Thanks to opismate Nazmi sebab tolong belikan untuk akak. Hahaha aku malas sikit nak survey gajet2 nih! Bateri hp mesti habis sebelum balik kerja, kritikal betul. Nak beli tapi tak terbeli2...



Thanks jugalah pada casing aku dah lunyai dekat 2 tahun pakai.  Dah koyak2 dan patah hehe. Tak tukar2. Sama lah hp ni. Selagi hp ok. Boleh berfungsi. Mimpilah nak tukar baru lols!!

yeah, dah nampak mcm baru sikit kan! kan!
:)



Rabu, 5 Mac 2014

Buat tiramisu simple.

Bulan lepas aku saja buat tiramasu yang simple. Aku belajar dalam blog je. Dan tiramisu pun selamat diperabihkan. Simple je buat tiramisu ni, tak payah bakar2 dan sesuai untuk orang yang sibuk dan saja menyibukkan diri.. lols

Balik dari kerja dan sekolah, kami bantai makan kek.

Rupa tiramisu yang tersusun kelam kelibut.
Aku gunakan bekas kecil jadi senang nak makan dan bawa ke mana-mana.

Jadi selepas itu, memandangkan ada lagi bahan yang berbaki, maka aku merajinkan diri (walaupun letih setelah sehari berdiri dalam bengkel kimpalan), aku pun buat lagi tiramisu simple ni. Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Serbuk koko (tak kira jenama apa, aku guna cap Van Houten)
  2. Sponge cake perasa coklat ( Kalau rajin buat kek span sendiri, yang ni aku guna perisa pandan sebab kat Maiden takde, kat Tesco S2 ada)
  3. Nescafe 1 sudu besar (campur dengan air tanpa gula)
  4. Gula kastor setengah cawan
  5. Cream cheese (1 buku)
  6. Whipping Cream 1 kotak kecil
  7. Esen vanila
  8. Bekas untuk letak tiramisu (guna gelas tupperware)

Bahan-bahan utama tiramisu

Aku guna gelas Tupperware sebab siap ada cover dia sekali untuk simpan. - pasal aku ni ejen Tupperware bahaha!! Alas tempat kerja anda dengan suratkhabar supaya tidak berkecah dan senang nak kemas k...

Masukkan cream cheese, gula kastor dan esen vanila. Pukul rata dengan guna mixer.

Campurkan whipping cream dan pukul lagi. Dan akhirnya dapat sebatian cream cheese macam di atas.

Tuang sedikit air kopi dalam piring atau mangkuk. 

Potong kek span tu, dan tempekkan dalam air nescafe cepat-cepat yek, sikit2 udahlah.Jangan bagi air terlalu meresap banyak. Nanti tiramisu tu jadi berair pulak. 

Masukkan dalam bekas macam ni hah.

Letakkan rata2 cream chesse atas permukaan kek.

 Tabuuurkan serbuk koko. Aku pakai penapis. Sebab tu alas dengan kertas kalau tak bertaburan... Lepas tu ulang buat layer by layer sampai penuh bekas tu.


Lepas tu simpan dulu dalam peti ais, sejukkan sebelum makan. Tiramisu kalau makan sejuk2 memang mengancam!! Aku start buat pukul 9 malam. siap kemas basuh semua pada pukul 10 malam. Jadi sejamlah kiranya, belum campur lagi si Umar tumpahkan segelas air nescafe atas meja, Grrrrrr...

Ok, selamat mencuba yup.



Selasa, 4 Mac 2014

Susulan selepas check defect..

Alhamdulilah, setelah hantar laporan check defect yang aku tulis di sini, akhir lima hari kemudian pemaju telah menghantar kontraktor untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan.

Samapi depan rumah, ada barang2 kontraktor dan bongkahan tiles yang rosak.


Sebenarnya hari Sabtu lepas mak dan ayah datang sini,  jadi bawalah diorang tengok rumah baru kami. Sampai je depan rumah ada beberapa kontraktor sedang buat kerja masing2. Diorang bagitau tugas diorang baiki tiles yang tosak, nanti ada kontraktor lain datang untuk baiki kerosakan yang lain.

Tiles kat tangga dah dibuka semula.

Dalam bilik pun sama, bagus juga buat pelan dan label. Senang kerja diorang.






Hehe berhabuk balik rumah, tak mau kacau. Biar ler diorang siapkan kerja elok2. 

Jadi ada jiran2 ingat kami dah start buat renovation rumah hehehe. So fast!! Padahal kontraktor yang baiki kerosakan. Pemaju dah bagitau kalu hantar report awal2 diorang akan buat awal2. Sebab ada 400 lebih unit telah diserahkan kunci, jadi bayangkan berapa lama nanti nak tunggu kan. Baik buat cepat2!! Jadi nanti selesai kerja2 pembaikan, boleh start renovate dan pasang kabinet. Kontraktor kami pun dah datang ukur dan hantar barang. Semoga dipermudahkan, amin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...