Rabu, 19 Mac 2014

Shopping barangan elektrik dan elektronik di Seremban

Setelah beberapa minggu tergendala nak mencari kipas siling dan exhaust fan akhirnya hari ni sempat aku dan husband pergi bandar Seremban untuk survey semua benda tu. Actually kami ada pergi ke Senawang untuk cari kedai kontraktor elektrik yang mana kedai dia menawarkan harga pemborong tapi bila pergi kedai itu macam dah lama 'be abandoned'! Frust beb!

Dah semak samun dan usang, apa citer?


Ada juga aku survey kat hypermarket macam Tesco S2 dan Mydin. Harga yang ada pun memang fix.  dan ada jenama yang tiada stok.Tapi harga mahal lah.

Tesco S2 - Bayu 5 _White colour,Panasonic RM359.00

Bayu 4, Panasonic. Tesco S2

Exhaust Fan 8" harga RM129.00, Tesco S2


Bila tanya semua member opis yang tinggal kat Seremban, semua akan suggest kedai Thye Hin Sdn Bhd -Pemborong barangan elektrik Seremban. Tuan rumah aku pun beli kipas dan lampu kat kedai tu jugak. So aku dan husband ke lokasi kedai yang terletak di Jalan Tunku Munawir.

Kedai Tyhe Hin Sdn Bhd, Jalan Munawir , Seremban

Kedai ni memang besar, banyak stok dan jenama. Memang ramai yang datang ke kedai ni sebab sentiasa ada produk yang diorang nak. Kebanyakkannya memang ada dijual. Sebab tu kedai ni POPULAR sangat bagi orang Seremban, PD dan Labu.

Kipas bilik - aku dan husband amik yang jenis biasa saja. Jenis Panasonic. Bukan kawalan jauh. Kipas di 'living hall' dan 'dining hall' kami ambil yang kawalan jauh sebab design nampak menarik sikit. Sebenarnya ikutkan aku tak berapa berkenan dengan kawalan jauh sebab hayat dia paling ok dua tahun jer, lepas tu ada masalah timbul terutama bab sensor!! (sebab kat rumah ayah pasang kipas jenis tu..) Dah lah kipas tu mahal, cepat rosak pulak.. Sedangkan kipas biasa dalam bilik aku, dari zaman aku sekolah sampai masuk U dan kerja, kipas KDK yang 'bodoh' tu boleh tahan tanpa ada apa2 masalah pun, tetap berpusing macam biasa lols!! 

Kipas Panasonic Bayu 5, colour gold (ada colour white murah lagi), lima bilah, 3 speed- harga dalam RM318 seketui!! Sebab beli banyak set, habis negotiate last price amoi kedai pun bagi diskaun RM310/set. Kalau nak kelajuan 5 speed, harga dalam RM4++. Exhaust fan 8" harga RM100. Kira murah juga compare kat kedai dan hypermarket lain.

Kami ambil 5 set kipas biasa, 2 set kipas kawalan jauh - Bayu 5 dan 2 exhausts fan 8" (semua brand Panasonic). Total RM1470.00. Kedai Tyhe Hin boleh simpankan barang selama 6 bulan. Aku mintak simpan dulu sebab rumah baru pun kontraktor tak habis lagi baiki defect yang dah dilaporkan. Nanti hilang, naya jek.

Sempat juga aku sambar 1 set pengisar Panasonic. Dahlah 6 bulan blender aku rosak, tak beli2 yang baru. Pakai cili boh rasa macam kurang jek, tak best.. Lagipun ada bahan pengawet. Harga RM100.. Tapi aku rasa boleh dapat murah kalau beli kat kedai depan rumah ayah aku. Sebab tokeh dia kenal ayah, ayah dapat beli harga RM96 ahaks!!



Lepas tu kami singgah di Kemayan Square, kedai STP Tecnology Sdn Bhd. Husband memang lama nak beli laptop. Sebab laptop aku beli since tahun 2006 tu lembab tak dapat proses data cepat. Jadi dah ramai officer dok perli2 dia masa meeting, memang kena beli yang baru.

Sesi penerangan dari jurujual.


Jenama Lenovo, price RM1549. Sesuai untuk husband guna proses data graduan dan tracer study. Dan kegunaan microsoft office (biasa-biasa) jek. Kalau untuk design dan banyak mengunakan grafik (berat dan ada graphic card) harga dia hampir RM2k. Aku memang tak minat guna laptop kalau buat kerja design (tak kira Autocad, Solidwork atau MasterCam dari belajar lagi), prefer guna PC kat makmal saja. Puas hati.

Ok, settle beli laptop. Lepas ni confirm tak berebut nak guna laptop lagi hahaha!

9 ulasan:

  1. Salam, nak tanya. Ok tak beli laptop kat STP tu? Sebab kegunaan untuk kerja data ofis aja. Atau suggest beli di Thye Hin Computer? Mohon pendapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cadangkan beli di STP, kalau ada msalah boleh refer kat kedai tu. Sebab itu niche diorang, Compare tyhe hin servis lebih kepada barangan elektrik sahaja.

      Padam
    2. Thye hin pun ada yang khas untuk barangan komputer. Area the store lama

      Padam
    3. Pengalaman saya, membeli komputer di Thye Hin SB memang bagus sbb banyak pilihan desktop dan laptop as well as handbook. Nak servis pun mudah, they have experties to do that. Even bila old laptop tak boleh digunakan lagi, saya minta bantuan technician Thye Hin Computer utk keluarkan hardisk dan hingga kini saya masih guna old hardisk.
      Thye Hin Electricals pula superb sbb banyaaaakkkk sgt pilihan barang elektrik utk kelengkapan rumah. Sangat puas hati semasa membeli and harga sangaaaaattttt mudah runding. Banyak beli barang from Thye HIn Electricals sbb takperlu nak jalan jauh2 survey barang elektrik utk rumah lagi :)

      Padam
  2. boleh buat ansuran tak kedai tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ansuran mengunakan credit card yang tertentu diterima pakai oleh kedai tersebut.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. Mana2 kedai letrik klau nk beli tanya berapa boleh dapat. Nnt diorg bg less lg. Bkn byr apa yg terpampang harga kt produk tu. Walau paun tye hin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...