Rabu, 13 Ogos 2014

Buat slip cover dan sarung sofa baru

Sofa ni aku beli since aku mula pindah ke Sarawak, tahun 2008.. Masa tu rumah sewa kosong, aku dan husband duduk atas tikar Sarawak je hehe. Bila perut makin memboyot (pregnant anak pertama) aku tak dapat nak duduk lama2 nanti kaki kebas haha tak dapat bangun. Sakit belakang beb. Bila aku duduk atas kerusi meja solek, husband aku risau takut kerusi comel tu pecah, ceh!

Sofa ni beli kat kedai Sim Thye, Kuching. Sofa 3+2+1 anggaran dalam 3k. Tapi masa tu kami beli sekali kerusi meja makan dan almari dapur, bila bayar cash dapat ler diskaun banyak itu pun dah habis2an menawar dengan tauke kedai. Dan sofa nilah anak2 aku buat henyak, lompat2 kalau tengok tv. Melantun2 bila diorang melompat sambil tengok tv, haiiiih.

Lompat2, Qaireen dan Umar suka benor melompat dan menari atas sofa ni.
Gambar throwback Februari 2012. 
Time ni last week at Kuching sebelum kami pindah balik ke semenanjung. 

Bila dah pindah sini, sarung ni memang dah faded, lusuh dan reput. Ada juga sarung yang dah tetas dan koyak. Sofa masih ok, jadi kami cadang ganti saja slip cover dan sarung baru. Jimat kos sikit. Tak payah nak tukar2 sofa baru. So aku pun search dalam internet dapat lah no pereka slip cover, En Zaidi ni.


Kitorang pergi cari kedai dia di Jalan Kapar, Klang. Kira nak pastikan betul ke kedai ada ke tak. Jadi lepas dah sesat patah balik jalan sama akhirnya jumpa juga kedai En Zaidi. Bagi alamat, nanti dia datang ukur sofa kat rumah. Pilih fabrik sarung kusyen dulu. Malam minggu dia datang ukur, Ooo rupa-rupanya ada cara nak ukur. En Zaidi ni bekas pelajar IKBN, (baru aku tau ada juga kursus buat sofa kat situ). Dia pun cakap lepas abis belajar dia sorang je yang buat business ni. Yang lain prefer kerja makan gaji.Lepas ukur dia estimate harga dengan upah jahit, hantar dan jenis fabrik dalam RM1400. Kami bayar deposit 400 dulu.


Dekat 3 bulan dijanjikan akhirnya seminggu sebelum raya, dia datang untuk pasang. Masa ni kami dah pindah masuk rumah baru. Lambat juga dia datang dekat pukul 11 malam, sebab highway PLUS jem kat seremban ada accident kat situ. Pasang siap bawa kompressor lagi.

Slip cover lama ditanggalkan.

Anak2 tak nak tido, excited nak tgk orang pasang sarung sofa baru. Umar tutup telinga sbb bunyi kompressor kuat.

Besok, kami pula isi fiber baru dalam kusyen. Kusyen dah tak best sbb fiber dah tak kenyal lagi, jadi tenggelam. Kami suruh Zaidi belikan. 1kg dalam rm15. Zaidi kata kena tambah dalam 6kg. Mak aii.. banyak juga, tapi kami keluarkan dulu fiber lama dan lerai2kan semula sebab dah bergumpal2 maklumlah dah lama dipakai. 

6 kilo fiber, satu kilo rm15. 
Yang ni untuk ditambahkan supaya kusyen sofa jadi padat semula hokey


Sesi sumbat menyumbat fiber fiber dalam sarung kusyen. Yang lama, keluarkan dulu. Masukkan dlam besen dan lerai2kan semula sebelum sumbat balik dalam sarung kusyen.

Jahit balik tempat fiber yang sudah disumbat2kan dalam sarung kusyen. Buat sendiri jek.

Tada! slip cover sofa baru.
Fiber pun tambah lagi, dah siap pasang! Nampak molek sikit kan.

Umar sempat lena atas sofa sarung baru sebelum pergi sekolah, lols. 
Dah jadi empuk yek umar. Lepas boleh lompat2 lagi dengan Qaireen, harap tak bobos sofanyer hmmmm :)


No contact En Zaidi -Hiasan Naluri

011 27180498


5 ulasan:

  1. kedai dia kt mana ye? sy cari tak jumpa pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tak brapa ingt sebab 2014 masa itu.tapi kedai dia kt jalan kampung je, kedai sendiri bukan bangunan shoplot pun

      Padam
  2. salam puan, boleh emel sy no fon puan..nak tny pasal slipcover sofa..emel sy hazlinaumardim@gmail.com.. tq

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Bole tahan jugak harga tu ye. Dkt tempat sy 2k. Slipcover yg baru tu x bole bukak da ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slipcover boleh dibuka dan dibasuh.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...