Jumaat, 5 September 2014

Buat pizza!

Hm balik kerja, singgah kat pasaraya beli barang dapur. Tak tau nak masak apa tetiba je rasa nak buat pizza sendiri. Balik rumah, menyingsing tangan menguli tepung pulak nak buat doh utk pizza.


Gigih menguli, nasib baik pakai serve set Tupperware. Dia ada grid, jadi senang nak menguli tepung.



Bahan2 untuk topping pizza.



Dah uli, tutup dgn kain lembab selama 30 minit.


Wah, gebu betul doh. Lepas tu gigih menguli 
sekali lagi


Lepas tu tekan2 dengan jari sampai kembang ke seluruh permukaan dulang. biar sekejap dalam 10 minit.


Cucuk2 guna garfu untuk elakkan angin terperangkap.

 Sapu sos tomato, tabur capasium, cendawan, sosej atau ayam dah dimasak, keju cheddar, tuna, pepper dan mozerella.


Buat 2 set, makan untuk 4 orang ni. Hehe Qaireen tak sabar nak makan. Sabar. Belum masak lagi nak...


Ok, bakar 160 degrees. Selama 30 minit.


Dah siap bakar, anak2 dah tak sabar nak makan.


Tergaring pulak haha. 

Makan time!!

Hm yum yum, abis comot tangan budak ni.


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...