http://1.bp.blogspot.com/-k2Cgxjoirls/VJpjA_GM2fI/AAAAAAAAUCk/iDQMWmZ1bjs/s1600/favicon%2B(6).ico

Isnin, 27 April 2015

Sambut Hari Jadi di rumah pusaka..

Kebetulan balik ke Batu Pahat hujung minggu lepas, sepupu aku Liyana ada buat sambutan harijadi anak dia yang setahun dekat rumah atuk kami di Simpang Lima. Banyak kenangan wooo rumah ni. Aku time kecik2 selalu main kat rumah ni dengan sepupu2 yang lain itu pun kalau kitorang berkumpul balik sebab ada kenduri doa tahlil atau kenduri kahwin.. aku kahwin dulu pun buat kenduri kat rumah ni :)

Pakat ramai2 berkumpul di rumah pusaka. Qaireen sibuk tiup trumpet..

Si Umar sibuk tiup belon, tapi x kembang2 pun lols!!

Birthday boy, Zamir Umar

Teruja anak2 kecik nak potong kek..

Ramainyer nenek2 sedara..

Rumah simpang lima ni, dulu kaler hijau. Sekarang tukar kaler merah pink...


Makanan banyak betul, nasi ambang, sayur nangka dan paling best laksa Johor air tangan Mak Mas hua hua hua.... best3x

Syukur, gendang gendut tali kecapi
kenyang perut.....?.......... korang sambung ler sendiri ye

Kabai  :)

Sabtu, 25 April 2015

Hadiah Achiever Dari Tupperware


 Lama tak update, sebab sibuk dengan minggu exam di politeknik. Hari Jumaat lepas aku amik cuti dengan husband sebab ada urusan di Klang dan KL. Kebetulan nak amik stok Tupperware yang dah back order di branch sana. Aku sepatutnya kena hadir masa Recognation day untuk terima hadiah achiever 10K sales bulan yang lalu dan lahirkan 1 director bawah aku. Tapi apakan daya, mak buyong ni tak larat nak datang jauh2 dari seremban huhuhu T_T


Disebabkan kena bawak gift dari tupperware, MPV ni penuh sgt. Jadi sendat pulak. Terpaksa husband susun2 elok bagi nampak cermin belakang. 

Nilah gift Tupperware Brand Malaysia bagi kat aku. 1set Tuper Chef Inspire Cookware yang nilai hampir RM3k.... dan berapa set freezer mates. 

Seat depan pulak penuh barang2 order Tupperware yg lain. Sebab tu aku kena amik cuti untuk ke sini, kalau tak confirm anak2 tak muat nak celah duduk huhuhu..


Bila amik anak2 balik dari sekolah diorang pulak teruja tengok kotak banyak2 hehehe. Dulu masa jadi ahli, aku berangan2 juga nakmada semua set periuk tupperware, nk gantikan periuk cap helang yang aku dah pakai lama time aku bujang mula2 kerja dulu tahun 2002... dari kerja jadi student balik pastu sambung balik kerja. 

Tahun 2012 barulah dpt kumpul duit beli set2 periuk tupperware. Tak tau lah aku tak teruja dengan produk lain macam vantage ker. Aku pun tak tau nak guna apa hadiah periuk2 ni, maybe aku let go dengan harga promosi ngeh ngeh ngeh. Pasal kat rumah memang aku dah ada semua set ni untuk memasak...kegunaan sendiri. Dah pakai dekat 3 tahun, aku kata memang bagus :)

Thanks kepada semua downlines aku. Dan terima kasih juga pada leader dan Tupperware Brands Malaysia. Alhamdulilah macam2 dapat dari Tupperware selain jana side income :)

Selasa, 14 April 2015

Makan malam "Homemade Lasagna"!

Malam tadi aku nak masak lasagna, lama dah nak masak benda ni... Tapi memandangkan akhir2 ni aku tak tahan bau daging lembu jadi cam terbantut sikit nak buat dan makan. So tukarler daging ayam supaya tak rasa mual...  Balik kerja, sap sap siap (rebus, buat sos bolognise, sos bechamel) adalah sejam dah siap semua, tinggal nak bakar je...

Selalu buat dalam loyang, kali ni buat dalam mould kek ni. Ada beli lebih masa buat kek dulu2...

Budak2 tak sabar nak makan, nanti dulu!! Kita bakor dulu!!
Err minyak wangi tu terselit takde kena kena mengena dengan resipi lasagna, jangan korang ingat aku spray kat lasagna ni huhuhu

Dah bakar dalam 20 minit, suhu 180 darjah celcius... Dah pukul 7.15 malam dah

Sejukkan kejap, aku mandi, solat magrib dan ngaji dulu. Pesan kat anak2 jangan usik, kena tunggu sejuk kalau tak melecur mulut bila makan!!
Aku sempat lagi iron baju kerja, anak berapa kali naik tanya dah boleh makan ker belum hehehe..

hah, makan time!!

Aku tengok anak2 makan betul2 diorang kelaparan!!
aku makan cuit2 jer hehe

Makan sungguh2!!

Qaireen macam biasa mulut tak berhenti cakap dan bercerita!! Story macam2 kat kami pok pek pok pek..


At last, LICIN!!!


Untuk resipi lasagna tu boleh check kat sini!

Kbai....




Sukan Pasti Anak2 2015

Actually dah dekat seminggu lebih sukan ni berlalu. Aku je tak sempat2 nak update huhuhu..
Sukan tahunan Pasti dibuat di Ilham PNB Resort di Blue Lagoon, Port Dickson. Asalnya nak buat kat Kompleks Sukan Telok Kemang, tup tup tukar tempat last minute. Alasan nak jadikan acara santai keluarga, ala2 macam piknik lah. Eleh aku tau diorang AJK2 sebenarnya nak bercuti duk dalam resort tu hahahaha!!

PNB Ilham Resort, sumber dari google... 


Jadi ibu bapa digalakkan bawa tikar masing2 dan bekalan untuk makan. Macam nak berkelah..







Umar minum macam baru lepas lari je kan. Padahal dia ni baru jer lepas melalak, tak nak masuk apa2 acara pun.. 
Tahun lepas ok lagi ada juga masuk 1 acara. Aku ingat tahun ni lagi ok sebab dah besar dah, 5 tahun. Ropa2 nyer lagi teruuuuk adalah ceh!! Penat pujuk dia, boleh nangis tak nak masuk apa2.. Malu aku dengan mualimah Pasti budak2 ni.... 


Qaireen tengah warming up hehehe!!
Steady Qaireen, bagus betul dia :)


Husband yang bawa Qaireen ke tengah padang setiap kali cikgu dia panggil nama untuk acara seterusnyer. Aku tak larat nak diri lama2, duduk bersila jela tunggu diorang. 


Sambil2 duduk aku membebel kat Umar, "buat pernah jer ibu datang tapi dia tak nak lari. Kesian cikgu kena cari penganti". Cikgu cakap kat sekolah Umar paling laju lari dan bersemangat bila buat latihan, alih2 ibu dia ada terus tak nak masuk apa2 T_T

Tetiba aku rasa aku jadi penyebab Umar tak mau masuk apa2, duk berkepit je dengan aku.. 

Qaireen laju betul lari hehehe. Anak pompuan yang mesra alam :)

Pukul 12.00 noon kami cabut balik, tunggu Qaireen abiskan semua acara dia yang masuk. Sebab dah tengahri makin panas, perut dah keroncong. Lapor...

Kbai...





Jumaat, 3 April 2015

Home made Ice cream...

Yang ni bukan buat aiskrim yang hebak2 macam dalam internet tu. Takde yang letak susu ker, whipping cream ker coklat ker. Sebab anak aku yang sulung tak boleh makan aiskrim. Makan aiskrim Malaysia je dia boleh....

Adalah minggu lepas aku perasan budak2 ni asyik bukak tutup bukak tutup freezer fridge tu... Lepas tu aku membebel, asyik2 bukak lama2 rosak fridge nanti!!! Umar dan qaireen cakap nak tengok aiskrim dah siap ke belum... Ishhh??  bila masa pulak aku rerajin benor nak buat aiskrim dah lah time macam mood cengini. Aku nak makan pun tak lalu....

Bukak tengok, yarabbi....


Diorang letak kacang gajus pastu bubuh air dalam ice cube tu. Kira aiskri kacang ler katanyer.....huhuhu T_T

Kebetulan nasib ada kempen katalog Tupperware baru bulan April ni. Pasal Aiskrim jugak....


Ice cream maker....


Aku pun belilah since anak2 dah kemarok nak buat dan makan aiskrim sendiri kan .....



Guna jus manggo jer. Sebab diorang suka manggo.

Tuang dalam acuan.

Tutup dan cucuk kayu dia yang comel tu...



Ok, siap kan.... masukkan dalam freezer. 

aiskrim dah beku, makan time....

Bestnyer aiskrim manggo!!




Bila sekolah cuti....!!


Sekolah cuti, dan pengasuh pun tiada sebab emergency lalu anak2 pun dibawa mendaki ke opis. Sebab ada kerja perlu diselesaikan, selalunya aku amik je coti jaga budak2. Senang lagi camtu... Tapi apakan daya, dah janji student untuk jumpa dan buat kuiz tambahan. 



Lagi sejam nak balik, layan jap kartun. bapak dengan Qaireen..



Yang ni sebuk menulis, pinjam marker ibu nak conteng2 kertas.

Zooom sikit Umar nak tulis apa ler tu...



Oooo pelan nak balik rumah kui kui kui... 

Buat buku merah a.k.a buku ibu mengandung

Actually lama tak update blog. Orang yang paling bising tanya bila nak update blog ialah husband aku keh keh keh...

Biasalah bila trimester pertama ni, aku memang 'lemau'. Energy kurang hehehe. Semalam baru lah sempat nak buka buku merah (bukan buku pasport dah) untuk ibu mengandung.

Rupanya kalau kita kerja di luar lokasi alamat rumah, memang kena buka di lokasi klinik berdekatan alamat rumah. Lepas tu boleh lah korang nak followup kat mana2 klinik yang dekat tempat korang bekerja. Kes aku, aku kerja di Port Dickson. Alamat rumah di Bandar Seri Sendayan. Maknanya aku kena pergi Klinik Kesihatan Sendayan dahulu untuk buka buku, lepas tu bolehlah mintak followup di Klinik Telok Kemang, PD...T_T

Dah 2 kali datang klinik, tapi tak dapat buat. Kena sediakan dokumen yang ni... First sekali kena ada buku merah masa kita mengandung anak2 yang dahulu. Supaya dapat rekod dan sejarah perubatan.

Kedua kena ada salinan kad pengenalan si ibu, si ayah dan salinan sijil perkahwinan.

Kali kedua aku datang dah penuh... kena datang hari lain...Dan semalam barulah dapat buat, akhirnya

Menunggu giliran. 


Ramai jugak kat KK Sendayan ni, sebab sejak Bandar Seri Sendayan dah bukak memang bertambahlah orang jawabnya. Staf pun kena tambah tak cukup tangan..

Aku datang pukul 8.00 pagi, jam 12 tengahari barulah selesai. Semua selesai dibuat dari segi amik sampel darah, urin dan scan sekali. Settle. Perut pun dah kelaparan huhuhu. Tarikh jangkaan DOB ialah pertengahan bulan Oktober nanti. InshaAllah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...