http://1.bp.blogspot.com/-k2Cgxjoirls/VJpjA_GM2fI/AAAAAAAAUCk/iDQMWmZ1bjs/s1600/favicon%2B(6).ico

Rabu, 30 September 2015

Bersalin Normal Vs Bersalin Cesarean

Ikutkan dua2 situasi ni aku pernah alami, anak pertama bersalin normal dan anak kedua bersalin secara pembedahan. Anak sulung terlebih due date. Anak kedua terawal pulak sebab emergency operation T_T. Dua2 anak ni no ic dah jadi orang Sarawak dah. Sebab lahir kat sana.

Pengalaman bersalin normal

Anak pertama, Qaireen Shafiyyah lahir tahun 2009. Kira dah terlebih hari. Dalam perkiraan aku macam terlebih seminggu. Lagipun aku pun tak ingat tarikh last period jadi main agak2 sahaja...  Dah masuk wad pastu kena balik rumah sebab tak nak bersalin lagi hahaha. Tapi lepas sehari tu baru bersalin. Itu pun bila air ketuban dah pecah.

Waktu bila? Kebetulan tarikh jatuh 31 Januari iaitu tarikh lahir aku sendiri. Lepas jam 12 malam aku masuk tidur lepas borak2 dengan mak ayah,  kebetulan mak dan ayah dah ada di Sarawak sampai awal. Tidur tak sampai 15 minit tetiba aku terdengar bunyi  "pop' . Check tengok selimut dan tilam basah. Terus kejutkan suami bagitahu air ketuban dah pecah. Cergas dia bangun, start kereta terus. Lagipun barang2 semua memang dah standby dalam kereta terus bawak ke SGH (Sarawak Government Hospital).

Tapi kebetulan time tu wad penuh, jadi aku tak masuk wad! Terus tunggu di dewan bersalin. Katil pun tak de. Duduk menunggu atas kerusi T_T... Bayangkan selepas buat CTG, sakit contraction makin kerap. Dugaan. Aku hanya mampu istigfar banyak2 sahaja sambil duduk kepala diletakkan atas tangan di penyadar kerusi. Sekejap2 tangan aku tu tutup telinga sebab masa tu terdengar jeritan dan pekikan ibu2 yang tengah tahan sakit atau meneran. Kebanyakkan mereka non muslim, jadi tiada segan silu nak meraung2 sakit.

Bila contraction makin kerap dalam selang 5 minit, doktor masukkan ubat buang air besar. Nak bersihkan kolon kot takut2 nanti kita teran2 terberak pula huhuhu. Lepas tu aku cakap nurse aku rasa dah nak terberanak dah. Mintak baring sebab pinggang aku dah lengguh duh... masa tu pintu dah terbuka 6cm, jam 5 pagi...  So ready lah untuk push. Silap aku, dari awal aku tak belajar pun macamana push atau teran. Bila main push sebarangan, tenaga pun cepat abis T_T..

Dekat setengah jam, aku dah hilang tenaga, badan pun dah lemah. Aku cuma mengeleng2 kepala saja pada nurse. Masa tu ramai pulak doktor dalam dewan itu. Menjerit2 mereka bersorak panggil nama aku suruh aku push lagi. Gamatnya. Last2 aku tarik nafas dalam2,  ni jela last aku boleh nak teran. Dengan tenaga berbaki tulah aku push abis2. Sebab lepas ni confirm aku tak terdaya dah nak buat pape lagi. Pasrah jelah. Sampai sekarang aku masih terbayang lagi nurse amik gunting untuk buat episiotomy. Bab ni aku dah baca awal dah jadi dah ready, cuma sakit dia tak terlawan sakit nak beranak wei... T_T.

Akhirnya lahirlah anak sulung kami Qaireen... berat dia 2.9kg jer. Tarikh lahir kami sama. Nurse angkat dan tunjukkan pada aku bagitau "anak perempuan kitak..."... Aku cuma mengangguk saja. Pastu sesi jahit pulak, dah letak ubat bius pun rasa sakit bila kena jahit. Masa tu kaki aku mengigil2 dah, badan aku mengeletar...sebab penat, sejuk gila dan sakit macam2 rasa huhuhu. Bila selesai jahit dan bersihkan semua aku pun terlelap dalam dewan tu sementara tunggu wad kosong. Tak sedar pape pun sebab penat... sedar pun bila diorang tolak katil masuk wad.

Besok tu hah barulah korang akan rasa seluruh badan terutama leher dan bahagian belakang rasa sangat2 lenguh dan tegang sebab proses teran habis-habisan tu hahaha. Rasa urat leher tegang nak toleh kiri kanan pun payah. Memang sebab tu patut kena pantang dan berurut, kalau tak masuk angin lagi teruk huhuhu. Rasanya aku dah rasa berjihad dah bila beranak ni tak payah nak ke medan perang lagi.. Tapi bersalin normal ni dah boleh bangun dah, boleh dukung dan susukan anak.


Qaireen Shafiyyah. 
Hmmm bila tengok Qaireen aku ingat macam ni ler aku time kecik2 dulu, sebab tarikh lahir kami sama kan hahahah!


Bersalin Secara Cesarean 

Selang setahun lepas tu, aku pregnant anak kedua, Umar Shafiy. Tarikh jangka lahir hujung bulan Jun 2010. Tapi aku terawal tarikh sebab kes kecemasan. Tak tahu lah istilah perubatan cemas dia macamana cuma bila check up scan 38 minggu, doktor suruh aku terus ke hospital. Puncanya bila detect kandungan aku 'breech' dan uri dia berada di bawah. Doc cuma cakap "ooo ini bahaya2, you mesti masuk hospital cepat2! I akan buat surat reference supaya you boleh terus emergency operates!"... GULP! aku telan air liur, tak pernah aku jangka aku kena buat operation pun!! Wargh stress, aku terus jadi takut T_T

So sebelum ke hospital, aku sempat makan dulu dengan husband. makan pun takde selera, tapi kena telan juga sebab aku tahu lepas tu aku akan berpuasa untuk operation. Lepas magrib baru aku ke hospital. Qaireen kami tumpangkan di rumah member kami yang sama2 kerja di politeknik. Sebab mak aku tak sempat datang lagi sebab tiket flight dia booking dekat tarikh due date aku.. Mujur member pun ada anak sebaya dengan Qaireen jadi ada geng nak bermain.

Macam biasa, bila tunjuk surat rujukan aku terus masuk dewan bedah, tak masuk wad dah. Kira aku ni dah potong barisan ibu2 lain yang sedang menunggu untuk operation huhuhu. Memang sudah doc scan dan terus prepare untuk emergency operation. Sempat lagi aku request " Doc, kamek boleh bersalin normal ka?" aku dah takut hahaha. Aku tak ready nak kena operate. Minda aku dah celaru dah.. Doc cakap tak boleh, kalau masukkan ubat untuk lembutkan rahim pun tak dapat sebab dengupan jantung aku sangat laju!! Laju sangat mana tak nyer aku ketakutan nak kena operate T_T

Banyak kali dia pesan suruh aku rileks, jantung aku laju cepat sangat. Aku rasa jantung aku macam nak melompat keluar huhuhu. Selawat banyak2 mintak tenangkan hati ni... Pukul 3 pagi aku dibawa masuk dalam dewan bedah. nak cucuk masukkan epidural kat tulang belakang pun amik masa. Adoiii beberapa kali doktor bius cucuk2 tulang belakang aku cari saraf tapi tak jumpa. Sampai lenguh aku duk bongkok masa nak bius tu.

Lepas selesai bius, barulah sesi bedah bermula. aku tak rasa pape. Terkebil2 mata tengok lampu atas dalam dewan bedah tu... Sekali sekala rasa juga perut digoncang2 huhuhu. Lepas tu rasa satu tangan menarik kandungan aku keluar dari rahim. Tapi baby macam senyap jer, tak menangis. Cepat2 nurse bawa ke belakang, bersihkan dan sedut dalam mulut baby guna tiub. Lama juga senyap, dalam 3 minit baru aku dengar baby teriak. Menangis. Lepas nurse pun bawa tunjuk kat aku. "baby boy yek..." Aku macam biasa cuma mengangguk saja. Tak leh buat apa2 sebab dah bius, terlentang terbaring jelah.

Lepas operation, memang tak dapat bangun lagi, badan dan kaki rasa kebas je. Kalau cuit2 kat peha deria rasa tak de apa2 pun. Sudahnya bila balik wad tak dapat nk bangun dukung dan susukan baby. Masa tu aku ingat Umar dah nangis nak susu, sebab dia kehausan. Tapi cuma boleh pandang jek. Nurse memang takde sebab masing2 sibuk. Badan aku macam lumpuh seh... Last2 ibu sebelah katil aku baik hati tolong dukung dan suakan air masak ke mulut Umar.

Tapi lepas tu nurse akan paksa kita untuk bangun bergerak, tak bagi chance baring saja...  sebab jika tidak bergerak risiko berlakunya darah beku dan bahayakan nyawa. Bila ubat bius perlahan2 hilang masa tu rasa sakit kena bedah barulah terasa T_T. Sakit? Ala kalau terkelar jari dengan pisau pun dah rasa bisa berbisa inikan pula belah tang perut tu. Berlapis2 kulit perut dia belahkan. Confirm lah sakit kan....Aku pun tak berani nak tengok video orang yang operate cesarean ni.

Time beranak memang tak sakit, walhal tak rasa apa2 pun sebab bius punya pasal. Sakitnya mula terasa lepas dah operate. Tapi amik seminggu barulah rasa ok. Tapi sekurang2nya 3 tahun untuk pulih sepenuhnya. Kalau korang angkat berat, tak kira menyapu atau mop lantai akan terasa sakit jugak berdenyut2 tempat kena bedah tu. Sebab tu doc suruh plan elakkan pregnant dalam 2 tahun selepas pembedahan....

Umar Shafiy. 
Lahir 18 Jun 2010. Awal 2 minggu dari due date. 




Buah hati kami, semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

Itulah serba sedikit pengalaman aku boleh share setelah lalui dua2 proses kelahiran ini. Bila checkup kandungan anak ketiga ini ini di hospital, aku setuju untuk lahirkan secara normal jika tiada komplikasi. Semoga Allah permudahkan proses kelahiran ketiga ini. Lindungi aku dan bayiku...amin ya raab... 



Jumaat, 18 September 2015

Meninjau Kalista 2, Seremban 2- projek IJM

Actually dari Kalista fasa 1 lagi aku dah pernah ajak husband untuk view unit dia. Tapi macam biasalah, lalu je banyak kali kat IJM Seremban 2 tapi tak pernah singgah pun. Itu masa tahun 2013. Sekarang ni Kalista 1 dah hampir siap. Tetiba keluar pulak iklan KALISTA 2, jadi ada faktor WOW kat situ hehehe...

Sebenarnya kami menetap di sekitar Sendayan dan Seremban 2, jadi memang dah familiar sangat kawasan2 situ. Maka minggu lepas pada waktu tengahari yang agak berjerebu tu, aku dan husband termasuk anak2 singgah tengok show unit dia kat area pejabat IJM tu...

Keluasan unit ialah 929sq.ft. Sama macam luas Kiara Court, Nilai Impian yang aku pernah view di sini. Cuma beza di pejabat IJM ada buat show unit. Ada 3 bedrooms and 2 bathrooms siap balkoni dan yard pun ada.



Bedroom 1

Master bedroom

Bathroom. Luas bathroom adalah sama dengan bathroom ke-2.

Dapur. Terus ke belakang adalah yard. 


Dining hall 

Living hall, terus nampak balkoni..


Blok B baru sahaja dilancarkan. Blok A bakal menyusul nanti. 


Antara Blok A dan Blok B ada kemudahan fasiliti macam swimming pool, gym, pavillion. 


Harga?? Bergantung pada keluasan apartment. 
Ada unit luas 929sq.ft hingga 1561 sq.ft, ikutkan harga unit keluasan 929sq.ft ada harga masih below RM300K :)
Dan pihak IJM bagi cash rebet sebanyak 5% kepada pembeli :)
Bayaran booking hanya RM1K :)
Free SPA dan Loan Agreement (yg ni mana2 project undercon memang akan offer)

Contoh: 1 unit non-bumi 929 sq.ft adalah RM297 800
Rebet dari IJM : 5 % dari harga rumah
Booking: RM1000
Baki = 5% - RM1000 = RM13 890*

*Baki perlu dibayar dalam 14 hari selepas SPA kalau keluar modal sendiri. Kalau guna duit EPF tempoh masa diberikan adalah 1 bulan.. 


Huh, menarik kan. bagi orang yang menetap di sini memang nampak potensi dia. 

Projek Siapkan Guest Room

Sebelum pindah rumah tahun lepas, kami dah beli dan cat siap2 bahagian hall, bilik master, bilik anak2 dan dry kitchen. Ada citer dia di sini. Dengan bajet yang ciput, Alhamdulilah, kami dapat siapkan hampir 85% rumah kami dalam bercat warna yang kami pilih. Jadi ada lebihan baki cat untuk digunakan. Bilik tamu, bilik di bawah tak sempat nak cat sebab masa tu dah suntuk. Dah nak masuk bulan Ramadahan. Jadi kami tunda untuk cat selepas selesai proses pindah. (Sebenarnya adalah senang nak cat kalau rumah atau bilik dalam keadaan kosong!!)


Tunda punya tunda, rupa2nyer dekat setahun juga lah tak bercat hahaha!! Nak mula tu kena amik masa sikit, sebab kami sibuk dengan banyak hal. Kami sibuk ulang alik ke Shah Alam untuk uruskan restock barang2 niaga Tupperware. Lagi tengah sibuk uruskan pembelian rumah di Shah Alam, renovasi, beli perabot dan review sesion untuk penyewa dan subletter. 


Mak aii menitik2 atas lantai, jenuh nak bersihkan balik T_T

Jadi bulan ni baru lah mula mengecat balik. Lama tinggal, berus2 pun dah jadi keras. Terpaksa rendam beberapa hari nak bagi lembut balik. Warna cat sama je dengan baki2 tong cat yang ada dalam stor. Mujur boleh guna pakai lagi. Warna biru yang banyak berbaki. Sebab guna cat bahagian yang kecil di hall sahaja. 

Tukang cat yang dikerahkan tenaga untuk cat hehehe. Bilik ni prepare untuk tetamu yang datang dan juga untuk aku stay after post natal bulan Oktober ni, InshaAllah. Tak de nak panjat2 tangga naik bilik kat atas dah nanti T_T

Aku tolong tengok dan amik gambar saja. Tak larat dah nak panjat2 mengecat sebab dah masuk 35 minggu. 

Barang2 dalam kotak kena kemas dan alihkan sebab takut kena cat. Dalam kotak tu banyak adalah barang2 untuk baby. Recycle balik apa yang Qaireen dan Umar pakai masa baby dulu. 

Disebabkan baki cat terhad, terpaksa bercampur. Separuh warna biru, separuh dinding warna hijau. Takpe janji tidak membazir yo... 

Jumaat, 11 September 2015

Menabung untuk pendidikan, bukan dengan PINJAMAN

Kecoh minggu lepas bila PTPTN datang 'mula menyerang" penjawat awam yang tidak membayar lagi pinjaman pendidikan mereka. Wah, sekarang diorang dah atttack kat pekerja gomen yek melalui pengarah Institusi masing2. Nak dilaksanakan pemotongan gaji. Senang cerita, PTPTN dah jadi macam taboo... menakutkan jer...



Alhamdulilah, minggu ni kami sudah selesai menguruskan tabungan pendidikan untuk anak-anak melalui dana pendidikan I-Iqra Takaful Great Eastern. Sebelum ini aku dan suami menyimpan melalui akaun mereka di Tabung Haji dan pelan Pru My Chid (Prudential). Tapi disebabkan pelan Pru My Child adalah pelan konvensional (kami sepakat untuk mengambil bahagian islamik sahaja selepas ini) maka kami nak tukar kepada pelan takaful. Tapi pihak Prudential tidak galakkan kerana ianya akan mendatang kesan negatif pada ejen terutama prestasi dan komisyen mereka. Gitu...

Abis yang kitorang bayar ni diorang tak fikir pulak??



Akhirnya kami pilih surrender sahajalah dan tukar kepada pelan pendidikan Takaful Great Eastern. Bagusnya dana ini, jangan harap ko nak keluarkan duit tu atau usik itu sampai tempoh matang. Jadi selamat ler duit tu duduk diam2 sahaja sampai umur anak lepas 18 tahun!

Tujuan buat tabungan ini aku tak nak anak2 mengambil pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh mana2 pihak yang akhirnya akan menjerut dan cekik diri sendiri nanti. Hidup lebih mudah dan tenang untuk diuruskan apabila tiada beban pinjaman pendidikan. Sebab aku memang tiada hutang pinjaman pendidikan, dapat biasiswa KPM masa belajar diploma di IPTA.

Pengalaman aku, aku target sambung belajar peringkat degree selepas sah jawatan. Jadi tahun 2005 aku mula posting bekerja di utara tanahair dengan bayaran duit gaji RM1250 sebulan. Mula RM100 sehingga meningkat RM500 simpan di ASB, lagi RM350 bagi pada mak ayah, dan bakinya aku jimat2 belanja untuk makan dan minum.

Utuk berjimat, aku pilih tinggal di kuartes bersama housemates. Cukup bulan bila gaji kami akan contribute RM50 seorang untuk tabung utiliti dan tabung makan malam. Duit itu setiap minggu kami akan borong barang di pasar malam sekitar pekan dan bandar Kulim (memang dah macam Nepal dan Bangla, tangan penuh beg plastik bila borong sayur, ikan dan ayam untuk stok seminggu). Balik kerja lepas magrib kami terus masak (masak ringkas2 sahaja) bersama2 melainkan jika kami ada aktiviti luar atau penat/malas nak masak hehehe. Kakak kat opis selalu puji kami rajin memasak (hehehe poyo jer) tapi percayalah dengan cara ini memang menjimatkan wang.

Kemudian lepas aku dapat peluang melanjutkan pelajaran ke ijazah 2005-2008 (selepas 3 tahun bekerja) aku hanya bergantung pada tabung simpanan dan gaji separuh yang diberikan oleh majikan. Cukuplah untuk sekadar hidup2. Tiga tahun habislah duit simpanan ASB aku untuk bayar yuran dan belanja beli buku...

Mujur aku tak amik PTPTN. MUJUR!! Padahal aku dah isi dah borang PTPTN tu nak antar dah perjanjian tu. Risau beb takut tak cukup belanja. Last2 minute aku batalkan hasrat, tawakal jelah gunakan duit yang mana ada untuk survive hidup seorang student T_T

ASB yang disimpan hampir RM13k habis sebelum nak graduate (aku simpan untuk beli rumah sebenarnya tapi tak jadi sebab tak cukup nak sara hidup). Alhamdulilah dapat dah degree.... T_T Sebab aku pun dah kahwin sebelum tamat belajar, (cerita di sini) memang duit ngam2 je belanja untuk hidup selepas itu... Tak boleh bayangkan jika aku amik PTPTN sudah tentu hingga ke hari ini aku masih membayar lagi pinjaman tersebut, gulp!! Nasib baik....

Kalau boleh elakkan ler anak2 dari berhuntang dengan pinjaman pendidikan. Kesian mereka...


Why student loans are STUPID!








Jumaat, 4 September 2015

Meninjau Kiara Court-Nilai Impian

On da way balik dari uruskan tenant nak view unit kat Seksyen 13, Shah Alam aku ajak husband singgah sekejap di Nilai Impian. Sebab nak view apartment Kiara Court, projek baru Sime Darby Property yang baru sahaja dilancarkan pada Sabtu lepas, 29 Ogos 2015.



Masa Sime Darby buat jamuan raya di Bandar Ainsdale, Seremban aku tertarik juga tengok apartment ni. Sebab walaupun 6 tingkat tapi disediakan lif setiap bangunan. Lepas tu lokasi dia terletak berhampiran exit higway PLUS.


Masa kami sampai orang takde kecuali ejen promoter sebab waktu lunch. Keluasan unit ialah 929 sq.ft. Ada 5 blok dipanggil Court 1, 2, 3 4, dan Court 5. Sekarang sedang dilancarkan blok C3, C4, dan C5. Blok C1 dan C2 akan dilancarkan sebulan selepas itu. Sebab yang ada sekarang ni pun separuh bangunan dah booking orang walaupun baru dilancarkan beberapa hari. Kira laju jugak kan... Jangkaan siap 3 tahun iaitu pada tahun 2018.. pegangan bebas, freehold!

Kedudukan blok C1-C5

Plan Layout

Paling minima harga jualan seunit ialah RM305 888 - di tingkat bawah blok Court 3. Yang paling banyak orang booking di Court 5 sebab facing view swimming pool. Sebab unit di bahagian hadapan akan menghadap view tu. Yang belakang akan facing view pencawang elektrik.

Maintenance fees RM210 sebulan. Nak booking kena bayar RM10k. Nanti dalam tempoh masa 21 hari bayar baki pendahuluan 10% ditolak dari harga booking tersebut.  Andai kata loan tak approved, duit booking akan refund balik. Kalau nak keluarkan duit EPF, pihak developer boleh tolong uruskan.

Kata ejen, kebanyakkan yang booking pun adalah investor dari KL. Kalau beli nak duduk sendiri memang sesuai pun. Tapi kalau nak invest terpulang pada strategi masing2.

Bagi aku kalau nak duduk sendiri utk family kecik atau bujang memang ok lah, sebab nak beli landed property di Nilai Impian rata2 bermula sekitar RM500k-RM600k dah..... T_T.

Tapi kalu untuk invest, bayar booking pun dah macam beli subsale. Tapi itulah Sime Darby, jarang bagi rebet atau promotion price. Takde rebet untuk bumiputra atau early bird price hehehe. Sama juga unit Townhouse di Bandar Ainsdale. Terrbantut nak beli. Syarat2 dia lagi ketat. Ada gaji maksimun untuk layak beli.

Nasihat mentor, masa beli rumah tu dah dapat untung dah. Jadi aku kena fikir baik2 kena bayar deposit RM30k++ dan kena tunggu 3 tahun. Nanti kena bayar juga payment sepanjang project progress pada bank. Sebaik aku beli yang subsale saja. Tak pun labur dulu di ASB atau TH dulu. Subsale kalau settle pun paling lama setahun dan boleh dapat VP atau kunci rumah..

Tapi macam aku cakap kat atas tadi, terpulang strategi masing2.. Tapi fasiliti dia memang bagus, ala2 condo juga. Low density. Setiap unit dapat 2 cover parking park.

Itu sahaja review aku tentang Kiara Court, Nilai Impian. Kbai.....

Kalau nak tau tentang review aku pasal Kalista 2, IJM Seremban 2 boleh baca di sini....


Selasa, 1 September 2015

Gunting rambut D.I.Y

Lama budak2 ni tak gunting rambut. Dekat 2 bulan jadi makin panjang rambut. Kalau Umar, dia tak nak gunting sebab dia tak mau gondolkan kepala dia. Sebab kawan2 dia kat Pasti ejek dia budak botak. Kita faham kenapa kadang2 budak2 tak suka sebab tak nak dimalukan. 

Jadi aku suruh husband biarkan rambut dia panjang sahaja. Nanti balik Johor mintak ayah potongkan sisir tepi pun cukup. Biar kemas. Kebetulan ayah ada set gunting rambut. 

Muka Umar redha je kena gunting rambut pagi tu, ini pun dah puas pujuk gunting rambutnyer...


Hah, amik siap ada 2 barber lagi hehehe. Masing2 tunjukkan skil gunting rambut!!

Potong bagi kemas jer, takde sodok rambut tu...


Dah mula rasa rimas, gatal lah badan tu. 

Turn kakak pulak. Qaireen rambut memang lebat. Nak potong pendek sebab cepat berpeluh.


Steady Qaireen, atuk guntingkan rambut. Dari minggu lepas dia ajak gunting rambut. 

Ok, dah potong mandi balik. Hehehe selamat tak payar bayar 20-30 gunting rambut. Jimat. Buat sendiri jek...

Hantar borang I di MBSA

Hari Jumaat 28 Ogos aku dan husband amik cuti sebab nak settle pertukaran nama pemilik di Majlis Bandaraya Shah Alam. Dah tiga bulan sejak sign dan dapat S&P tapi tak tukar2 nama, last2 lawyer call tanya dah hantar borang I ker? Bila nak tukar nanti kena penalti tau... T_T

So hantar budak2 ni pergi sekolah dulu, gerak keluar lambat sikit jam 7.45 am.

Ceria sikit nak gi sekolah yek!!

Dah sampai Shah Alam. 

Borang I kena hantar kat Bahagian Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2 MBSA

Waktu operasi di kaunter 

Caj perkhidmatan jika lewat lebih 3 bulan dari tarikh penrjanjian S&P. Jadi memang kena bayar pun huhuhu

Hantar borang dan bayar terus. Settle, asyik tangguh2 saja :))))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...