http://1.bp.blogspot.com/-k2Cgxjoirls/VJpjA_GM2fI/AAAAAAAAUCk/iDQMWmZ1bjs/s1600/favicon%2B(6).ico

Sabtu, 26 Disember 2015

Berkelah di Teluk Senangin, Lumut

Bila dah kumpul ramai2 kat kampung, kakak dan abang ipar plan nak piknik di pantai. Jadi pagi2 tu siap2 dengan bekalan nasi putih, sambal tumis, sambal belacan, sayur, ikan rebus asam dan mcm2 lagi menu. Kitorang bertolak dari rumah kat Changkat Jering jam 11 pagi hehe jadi sampai jam 12 tengahari fuhhh.

Ksian, signboard dia pun dah tertanggal2 dah. 


Tempat ni memang menarik sebab air pantai dia biru dan pasir dia cantik. Cuma kawasan pantai tak dijaga elok oleh pihak majlis perbandaran Manjung. Aku tengok smpah sarap bersepah macam lama tak berkutip isk isk. Sayang tempat ni tak dijaga dengan baik..

Sampai cari port tempat nak berkelah dan makan. Terus makan kenyang2 sebelum mandi laut.

Qaireen tak sabar nak mandi laut. Dah pakai siap2 swimsuit dia. 



Masa ni air pasang, jadi main air kat celah2 gigi air jek.. 


Anak2 belajar berenang dengan ayah. Tu dia.. Style kuak dugung. Special training dari mr Hamdan ;p

Sungguh cantik pantai dia, pasir dia bersih.. tak macam pantai Port Dickson T_T sebab tu aku sekeluarga jarang nk mandi PD walaupun jarak dia dekat je ngan rumah.

Budak baik... ibu dengan ilhan je tak mandi. Ambil angin laut je ye nak...
Pukul 2.30ptg barulah kemas, mandi dan bergerak balik..


Jumaat, 25 Disember 2015

Bila YB berkunjung ke rumah ayah

Alangkah rasa teruja bila seorang penting dalam PAS datang berkunjung ke rumah mak ayah husband di Changkat Jering. Siapa lagi kalau bukan Timbalan Presiden PAS merangkap ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Ustaz Idris.. Kebetulan selepas beri kuliah subuh di kawasan kampung situ, ustaz sempat luangkan masa singgah di rumah apak mertua aku...

Ustaz Idris tahnikkan Ilhan. Sekali juga dengan Farisha, sepupu Ilhan. 

Husband dan ayah mertua nampak gembira bila Ustaz Idris berkunjung ke rumah sebelum beliau balik ke KL


Apalagi semua nak bergambar dengan ustaz, macam artis pulak :)))




Jejalan di Taman Tasik Taiping...lagi

Kalau balik kampung kat Taiping mesti singgah ke Taman Tasik Taiping, saja jalan2 amik angin petang... aku ada ciiter gak di sini..


1family nak masuk dalam handphone camera. Sib baik muat!! :))


Sebenarnya semua dah mandi petang, tetiba je teringin nak jalan taman tasik. Taman tasik tetap sama maintain macam dulu jugak..


Cuma anak2 je dah membesar T_T
Ni gambar Qaireen dan Umar masa Januari 2013, dah 3 tahun lepas...


Tak tau ler diorang buat aksi apa dia ni??!!

Khamis, 24 Disember 2015

Ilhan 2 month

Pejam celik pejam Ilhan Wafiq celik dah masuk 2 bulan. Dah keliar bawa jalan2 dah. Tak terperap lagi duduk dalam rumah. Mak dia pun dah abis tempoh berpantang :)))

Dah pandai mengagah. Nak bual2 dengan kita :))


Dengan sepupu Ilhan, Farisha. Farisha dah 3 bulan, kebetulan balik kg kat Perak dapat dua cousin ni berjumpa.

Jumaat, 18 Disember 2015

Surat Vacant Proccession GP dah sampai..

Dah lama tak masuk opis, semalam husband bagi surat dari opis. Seperti yang dijangka dan dinantikan akhirnya sampai juga surat ni.. Surat Vacant Procession Garden Plaza dr developer.



Kunci boleh diambil bila2 masa asalkan payment antara bank dan purchaser settle. Aku kira2 dalam 2k lebih bayaran untuk settle bayaran deposit air, api dan maintainence fees termasuk sinking fund.

Minggu depan boleh call admin untuk confirm balik tarikh amik kunci. Nti nak kena check defect unit lagi, sekolah masih lagi cuti  maybe kami kena angkut bawak anak2 sekali T_T



Rabu, 16 Disember 2015

Kenduri Kahwin di Mantin

Hopefully dah update blog ni husband aku akan rasa lega sebab dia asyik tanya jek bila aku nk update blog! ;p

Sabtu lepas, 12 Disember keluarga mak dak aku buat kenduri kahwin kat umah mereka di Mantin. Sepupu aku, Liana bernikah pada pagi tersebut dan majlis persandingan pada waktu tengahari.

Iniler kali pertama aku keluar berjalan kenduri lepas abis hari berpantang. Ilhan pun nk jumpa nenek dan atuk serta saudara2 dia. Kami sampai sana pun dah dekat pukul 12tghari sebab sesat barat masa on da way ke sana hahaha!! Mana2 lah kami salah masuk jalan T_T. Padahal dah datang beberapa kali dah ke sini.. Sampai2 apalagi terus makan ler, lapor!! :)

Tak perlu tulis panjang2, just tengok saja gambar yg sempat aku amik. Tak cukup tangan sebab aku nak dukung Ilhan lagi, nak pantau lagi Qaireen dan Umar bermain huhuhu takut rosak pelamin orang..

Pelamin dah jadi tempat budak2 main termasuk Qaireen 


Cantik juga pelamin dia..

Qairen dan umar jumpa sepupu2 diorg, Afiq dan Adam. 

Kalau korang tengok budak2 ni makan gula2 dalam straw panjang!! Pelik sungguh, macam tali brek basikal jer T_T, 
dah ler kena gigit atau picit utk keluarkan makan gula tu. Sakit betoi jari aku nak picit keluarkan gula2 sebab Umar malas nak picit. Tau nak makan jer..

Ilhan dengan mak long...

Kalau kenduri kahwin memang heaven ler untuk Umar sebab dapat makan candy dan sweet byk2, confirm ada candy booth kat luar. Sekejap2 keluar nak amik candy dan coklat. Confirm aritu kandungan gula u'olls akan naik ler T_T

Hah pengantin dah sampai, bulat mata qaireen dengar bunyi kompang!!

Kompang dipalu, pengantin baru....

Ada pertunjukan pencak silat pulak, dahsyat betoi persembahan diorang. sampai pengantin perempuan melatah bila dengar diorg bertempik, bertempur dpn diorang :)

Renjis2 dipilis...

Fuh berpeluh pengantin menunggu bila lah nk makan :p

Time kenduri lah nak kumpul jumpa mak2 sedara dengan cousin masing2 sibuk tak jumpa2 dari kenduri umah mak ngah bulan mac aritu.

My cousin, Aisyah dan 4 org anak dara dia... 

Barisan opah dengan cucu masing2. Ilhan dan lokman (baju biru) lahir sama tarikh 22hb Oktober... 
Sofea lahir 23hb, lewat sehari dari diorang. Dekat2 je kan hehehe. 

Selesai je majlis dalam pukul 4 ptg, kami pun bertolak balik. Lagipun Ilhan dah kepenatan pasal tak tidur lena masa kenduri. Dalam kete semua anak tidur kepenatan. Selesai dah satu majlis. Minggu depan kenduri kahwin kat perak pulak. Nanti lah aku update lg.. 

Jumaat, 4 Disember 2015

Aktiviti masa cuti panjang

Cuti panjang, aku amik 3 bulan. Jadi dikira2 tahun depan lah barunstart kerja hehehe. Puas sikit nak susukan sepenuhnya pada Ilhan. Lagipun kuota cuti pun ada lagi... anak2 amik kelas insentif 3 mggu. Jadi pagi dan petang dok umah kerja aku belek2 resipi dalam internet. Majalah tak beli lah. Sebab dalam internet confirm berlambak. Rajin tak rajin jer nak buat T_T

Buat lasagna. Selalu buat lasagna sebab anak2 memang suka makin ni. Berkali2 tambah. Resioi aku ada tulis kat sini.


Buat salad daging salai..

Try buat roti titab...


Cuba buat ayam percik..

Yang penting anak2 dan husband suka nak makan... kalau ada bahan boleh buat. Cari resipi simple2 jek, tak nak ada ingredient yg payah nak cari dan buat hahaha.


Ada juga beli online, pos laju sebab memang ada kat umah.

Hehe bukan buku resipi, tapi buku2 pasal pengurusan kewangan dan perniagaan online. Lagipun sejak pregnant lagi business online jadi sendu sikit sebab jadi malas sekejap. Tak larat nak manage T_T. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...